About Us

Japan Travel Guide

Freddynamix SekaiBiz Consultant adalah sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan membantu perniagaan rakyat Malaysia di Jepun. “Business to support a business”. Kami sudah mula beroperasi sejak 2014, secara kecil-kecilan dan mula beroperasi secara professional mulai 2016.

Antara servis yang telah kami berikan adalah seperti berikut;

  • Membantu pengurusan hotel / homestay, pengangkutan, pemandu pelancong dan lain-lain kepada agensi pelancongan dari Malaysia.
  • Membantu mengurus pertemuan bisnes antara peniaga dari Malaysia dan pembekal di Jepun
  • Membantu menjadi perantaraan dan perunding bagi agensi hartanah dari Malaysia dan Jepun
  • Membantu peniaga kecil atau peniaga online mendapatkan bekalan barangan dari kedai ke kedai di Jepun untuk perniagaan mereka di Malaysia
  • Membantu mengurus stok peniaga dari Jepun untuk dihantar ke Malaysia dengan selamat
  • Merangka sistem dalam applikasi dan website perniagaan
  • Membantu dalam kerja pemasaran produk dan servis
  • Dan lain-lain

Japan Pro Travel Guide (JPTG) hanya diberi nama untuk penjenamaan salah satu daripada servis kami di Jepun supaya mudah difahami dan dikenali. Kami mewujudkan JPTG supaya pengurusan lebih teratur kerana kami bekerjasama dengan individu atau agensi yang terlibat dengan pelancongan sahaja, bukan kesemua servis yang wujud dalam Freddynamix SekaiBiz Consultant mereka bekerjasama. JPTG sebelum ini hanya tertutup kepada beberapa agensi pelancongan sahaja. Mulai 2017, servis ini dibuka kepada semua agensi pelancongan (B2B), freelance travel agent (B2B) dan juga pelancong sendiri (B2C) boleh menghubungi kami secara terus untuk pengurusan asas atau ground package di Jepun.

Bilangan pelancong Malaysia yang kurang berminat dengan konsep “Open Trip” iaitu bercampur dengan pelbagai ragam ahli kumpulan semakin meningkat. Maka servis “Private Trip” semakin menjadi perhatian kerana lebih selesa dan privasi yang sangat tinggi. Kos juga kadang kala lebih berbaloi daripada “Open Trip“.

Freddy Alwis Idris atau Eddy merupakan founder Freddynamix SekaiBiz Consultant. Bekas pelajar kejuruteraan mekanikal & elektrikal, di Nagaoka University of Technology, dibawah tajaan Yayasan Pelajaran Mara. Eddy berkerja secara sambilan sebagai pembantu agensi hartanah di Bandar Nagaoka, dan juga mengambil kerja travel/tour guide sejak tahun 2013. Mulai penghujung tahun 2014, Eddy mula mendapat idea untuk memulakan perniagaan sendiri dan mendaftar syarikat sendiri. Walaupun sibuk mengurus servis selain pelancongan, JPTG masih diketuai oleh Freddy Alwis Idris dan digerakkan bersama beberapa orang part timer guide, crew & IT team. Oleh kerana anda selalu nampak wajah yang sama didalam page dan website tidak semestinya hanya tuan badannya sahaja yang akan membawa kumpulan anda di Jepun. Jadual kami disusun mengikut kekosongan dan prioriti.

Kami sangat menjaga rahsia strategi perniagaan bagi agensi atau pemilik perniagaan yang menggunakan khidmat kami di Jepun. Sejajar dengan tujuan utama perniagaan kami iaitu bisnes yang membantu bisnes lain.


HUBUNGI KAMI

Japan Base : +8170-1812-3505
Malaysia Base : +6019-4062434
Email : japanprotravelguide@gmail.com
Whatsapp :
Klik Disini


Terus ke sistem sebut harga kami;
Tokyo >>Klik Disini<<
Osaka >>Klik Disini<<
Hokkaido>>Klik Disini<<

SHARE