OLYMPIC 2020 JAPAN @ TOKYO 2020

WHAT TO DO

Olimpik 2020 atau dikenali sebagai Tokyo 2020 dijadualkan akan bermula pada 24 Julai 2020 dan tamat pada 9 Ogos 2020. Ini dah kali ke-2 Jepun menjadi tuan rumah untuk sukan Olimpik.

Jepun melabur ratusan billion Yen untuk menjadi Host sukan dunia ni. Agaknya apa kesannya pada ekonomi diorang? Yang pasti Oktober 2019 ni GST akan naik dari 8% ke 10%! Horrayyy!

Haneda International Airport juga sekarang ni sedang dibesarkan 2 kali ganda dan dijangka bakal siap Mac 2020. Dan beberapa line train juga ditambah! Sekarang line yang sedia ada pun dah macam cacing dalam mangkuk.

Adakah sesuai datang sebagai pelancong semasa sukan Olimpik berlansung?

Pendapat kami, kalau anda memang datang untuk menyaksikan sukan olimpik dan ada target acara yang nak ditonton, silakan.. Sebaliknya, bagi mereka yang datang sebagai pelancong elok lah ditunda jadual anda selepas olimpik.

Kesan daripada banjiran manusia diseluruh dunia di Tokyo, menyebabkan sesak sana sini, keadaan agak rush dan tak sesuai untuk anda terutamanya bersama kanak-kanak dan warga emas.

Crew kami akan bersedia di Tokyo sepanjang olimpik berlansung sebagai guide kepada delegasi kelab-kelab sukan dan badan-badan tertentu. Anda boleh dapatkan nasihat kami untuk penyusunan jadual.

Mereka yang nak menggunakan khidmat ground guide kami, digalakkan menempah penginapan sendiri melalui mana-mana aplikasi. Kami sedia memberi khidmat nasihat dalam urusan tempahan. Kemudian sila dapatkan kos ground melalui sistem di bawah;

>>Tokyo Quotation System <<

Dimanakah pembukaan dan penutup diadakan?

Pembukaan dan penutup akan diadakan di New National Stadium (新国立競技場) berhampiran dengan tempat popular seperti Jingu Gaien Ginkgo Avenue dan Shinjuku Gyoen National Garden. Klik disini untuk semak lokasi melalui google map.

Sekarang, stadium ni masih dalam penambahbaik dan dibesarkan untuk menampung sekitar 80,000 orang.

Jadual perlawanan setiap game

Setiap game jadual seperti dibawah ni. Boleh cek game yang anda suka. Tempat berlansung juga berbeza setiap game.

Sumber : tokyo2020.org

Macam mana nak beli tiket?

Harga tiket untuk Opening ceremony disekitar 12,000Yen ~ 300,000Yen (RM450 ~ RM11,500)

Harga tiket untuk Closing ceremony disekitar 12,000Yen ~ 220,000Yen (RM450 ~ RM8,400)

Harga tiket untuk game-game olimpik sekitar 8,000Yen (RM300).. Semak semua harga tiket disini Tokyo 2020 Official Ticket Website. Mereka perlu mendaftar TOKYO 2020 ID dan menyemak jadual jualan tiket. Pastikan mereka ada nombor telefon tempatan yang sah.

Fasa pertama penjualan tiket telah ditutup bulan Mei yang lepas. Untuk fasa seterusnya, mulai Autumn 2019 ini pula. Tarikh pembukaan masih belum diumumkan.

Tiket ini perlu ditempah secara online di Jepun dan boleh dibayar secara CASH di convenience store, seperti 7 Eleven, Familymart, Lawson dan Seicomart.

Beli online dan bayar di convenience store, tiket masih belum diterima selepas pembayaran. Anda atau wakil pembeli akan terima tiket olimpik ini selepas bulan Mei 2020 nanti. Kos penghantaran tiket untuk setiap pembelian bermula 864Yen (RM32). Tiket ini akan dihantar ke alamat di Jepun sahaja yang telah didaftar dalam laman web TOKYO 2020.

Kami menawarkan perkhdmatan untuk membeli tiket anda dengan caj 30% daripada harga tiket. Caj ini termasuk kos penghantaran domestik dan international (Jepun – Malaysia). Bagi mereka yang menggunakan khidmat ground guide kami, semua tiket tidak dikenakan caj tambahan.

Benda penting korang kena tahu!

Drone adalah dilarang semasa temasya sukan berlansung. Bukan semasa temasya je, sekarang pun drone sudah di “Ban” dikawasan utama dan kawasan pelancongan. Jadi tak perlu bawak ok.

Ketika acara sukan ini, Tokyo akan dipenuhi dengan pelbagai bangsa dari seluruh dunia. Jadi jaga keselamatan diri dan barangan anda. Jika barang tercicir potensi untuk mendapatkannya semula adalah tipis.

Sekian info daripada kami. Maju sukan untuk negara,

SHARE

2 thoughts on “OLYMPIC 2020 JAPAN @ TOKYO 2020

  1. terima kasih kerana kongsikan maklumat.
    ya, sy salahseorg yg bakal menjejakkan kaki di jepun ketika olimpik berlangsung. sy pergi bersama kwn (dia dah penah sampai jepun sblm ni). both of us mmg minat sukan. kalau ada rezeki mmg nak tgk mana2 acara sukan tp yg melibatkan atlet malaysia shj laa… buat ms skrg kami masih dlm peringkat perbincangan dan susun iti. kalau ada info tambahan lbh2 lg yg berkaitan dgn situasi ‘Olimpik’ harap dapat dikongsikan dlm blog ni. sy dah bookmark. hrp dpt membantu. terima kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *