Japan Travel - Japan Travel Guide - Travel to Japan - Melancong ke Jepun

SKI & SNOWBOARD DI JEPUN

WHAT TO DO

Dalam posting kali ni kami nak share bab ski & snowboard. Antara ski dengan snowboard mana yang lebih anda suka? Bagi yang pertama kali mencuba sukan musim sejuk ni, ski adalah yang paling mudah untuk dipelajari. Bagi admin ski adalah yang terbaik, mudah dan kurang penat. Tapi founder JPTG lebih suka snowboard disebabkan lebih mencabar dan nampak Kakkoiiii! (Cool)

Bila waktu sesuai untuk aktiviti ni?

Musim sejuk dan musim duit tebal. Ski resort kebanyakkan akan bermula pada pertengahan bulan Disember mengikut zon masing-masing. Di Hokkaido kebiasaannya lebih awal berbanding negeri-negeri lain di Jepun.

Selain tu mesti musim duit tengah tebal jugak. Kos nak layan ski & snowboard ni agak mahal. Kebiasaanya anda perlu sediakan sekitar 12,000~15,000Yen (RM500~600) untuk sewa peralatan, pakaian & tiket lift.

Di Tokyo atau Osaka boleh ke nak main ski?

Tak ada ski resort di Tokyo atau Osaka. Di sekitar bandar Tokyo & Osaka tak diselaputi salji walaupun musim sejuk kecuali ribut salji berlaku. Jadi kemana hendak dituju?

Anda kena besarkan sedikit bajet dan keluar dari bandar tersebut ke negeri terdekat. Sebagai contoh di Tokyo, anda perlu ke negeri Niigata, Nagano atau Yamanashi. Dibawah kami akan senaraikan ski resort terdekat dengan Tokyo & Osaka;

Berdekatan dengan Tokyo

Berdekatan dengan Osaka

Klik sahaja setiap lokasi diatas untuk dapatkan pilihan pengangkutan kesana melalui aplikasi Google Map. Jika anda memilih pengangkutan awam, kadang-kadang aplikasi tak dapat mencari route untuk terus ke lokasi. Sila pilih station terdekat dengan lokasi yang diberi, dan cari semula route.

SHARE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *