Japan Travel - Japan Travel Guide - Travel to Japan - Melancong ke Jepun

KAT MANA NAK CUBA PAKAIAN TRADISI ORANG JEPUN?

WHAT TO DO

Kat mana nak cuba bukan masalah utama. Banyak lokasi menyediakan servis sewa pakaian tersebut. Yang perlu anda ambil perhatian adalah bajet anda.

Kos termurah adalah 1000Yen (RM38) setiap pakaian. Disesetengah tempat kosnya mencecah 6000Yen (RM230) untuk sehari sewaan. Semestinya kualiti pakaiannya, cara pemakaian, berbeza mengikut harga. Makin murah boleh dikatakan agak simple dan macam sarung-sarung je.

Kalau dah ke Fuji, boleh singgah di Iyashi No Sato, sebuah perkampungan Jepun yang masih dikekalkan struktur bangunan lamanya. Perkampungan dilereng bukit menghadap gunung Fuji, buat anda terpesona seketika. Disini anda boleh sewa pakaian tradisi pada harga 1000Yen seorang. Boleh pakai seharian disitu. Tapi jarang orang nak duduk sehari disitu, satu jam pun dah cukup.

Ok seterusnya di Tokyo.. Di Tokyo tak terbilang banyaknya servis rental pakaian tradisi mereka. Boleh google je “Rental Kimono” banyak pilihan boleh pilih. Antara tempat yang kami suggest untuk sewa di Asakusa. Disamping kawasan dia yang agak tradisional + moden, sangat sesuai nak bergambar dengan pakaian tradisi Jepun.

Nak ke kedai sewaan tu klik je nama kedai Vasara Kimono Rental, secara automatik bersambung ke applikasi map anda. Kami tak terima apa-apa komisen dari kedai ini, hanya cadangan kami sahaja. Anda boleh pilih kedai lain mengikut rating yang ada dari bekas pelanggan mereka.

Di Osaka macam mana pula? Di Osaka Museum of Housing and Living, anda berpeluang untuk menyewa pakaian tradisional mereka sambil melawat muzium tersebut.

Di Kyoto juga tak kurang banyak kedai menyediakan servis sewa pakaian tradisi. Di sekitar kawasan Gion & Higashiyama District terdapat lebih dari 20 buah kedai menyediakan servis tersebut. Dalam 100 langkah anda akan jumpa kedai servis ni.

Kawasan ni sangat sesuai untuk sewa pakaian sambil meronda. Kawasan yang masih dikekalkan reka bentuk bangunan dan susunan kedainya. Sebarang pertanyaan lain boleh tanya diruangan komen.

SHARE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *