Japan Travel - Japan Travel Guide - Travel to Japan - Melancong ke Jepun

PENGALAMAN PETIK BUAH-BUAHAN DI JEPUN

WHAT TO DO

Kali ini Japan Pro Travel Guide mahu kongsikan antara aktiviti menarik yang perlu anda rasai di Jepun secara ringkas. Anda perlu tahu dinegara 4 musim, buah-buahannya berbeza-beza mengikut musim. Kalau anda berminat nak merasa suasana ladang-ladang di Jepun anda kena pilih mengikut musim dan keadaan suhu di kawasan mengikut geografi ketika itu.

Musim Bunga (Spring)

  • Strawberry

Musim Panas (Summer)

  • Cherry
  • Peach
  • Anggur & Blueberry
  • Melon

Musim Luruh (Autumn)

  • Anggur
  • Apple
  • Pear
  • Limau
  • Persimmon (Kaki)

LOKASI CADANGAN

Japan Pro Travel Guide mencadangkan beberapa tempat yang biasa kami bawa dan tempat yang agak mesra dengan pelancong. Dalam 20% tanah di Jepun adalah ladang tetapi tidak semua ladang menerima kedatangan orang asing dan terdapat juga ladang yang perlu buat tempahan terlebih dahulu. Ladang-ladang ini kebanyakkan agak mustahil pengunjung boleh sampai dengan kenderaan awam melainkan menggunakan kenderaan sendiri (kereta) atau kenderaan guide.

千弥農園 – Kyoto  

Jika anda ke Kyoto, ladang ini adalah terbaik dan mesra dengan pelanggan. Mereka juga sudah biasa dengan kehadiran orang Islam yang dibawa oleh JPTG kesini & tidak perlu kekok untuk solat didalam ladang mereka. Bulan September hanya dibuka untuk buah anggur dan bulan November hingga Disember dibuka untuk buah persimmon (orang Malaysia panggil pisang kaki). Semasa penghujung November hingga Disember waktu terbaik datang menikmati manis & lemaknya buah persimmon dari pokok.

Waktu Operasi : 10.00 am – 04.30 pm (Kemasukkan terakhir pukul 4 petang)

Harga Masuk : 500 ~ 1500 Yen / Pax makan sampai puas

山城多賀フルーツライン – Diantara Kyoto & Nara

Jika anda daripada Kyoto ke Nara Park, anda boleh singgah disini jika mahu. Buah yang ditanam disini hanya anggur, limau dan persimmon. Disekitar ladang ini juga ada ladang-ladang lain yang boleh anda cuba.

Waktu Operasi : 09.00 am – 5.30 pm (Kemasukkan terakhir 3.30 petang)

Harga masuk : 800 – 1500 Yen / Pax makan sampai puas

勧修寺観光農園 – Kyoto 

Ladang ini berdekatan dengan Fushimi Inari, Kyoto. Hanya buah anggur sahaja ditanam disini & mudah untuk kesana dengan menggunakan bus dari stesen kereta api/subway yang terdekat.

Waktu Operasi : 09.00 am – 4.00 pm (Kemasukkan terakhir 3.30 petang)

Harga masuk : 1100 – 1600 Yen / Pax makan sampai puas

Misaka Farm – Berhampiran Fuji

Jika anda ke Fuji dan ingin merasa suasana petik buah diladang, anda terpaksa bergerak kearah bandar Kofu. Disana terdapat banyak ladang seperti Misaka Farm. Buah yang ditanam diladang ini hanya peach dan anggur, jadi anda hanya perlu datang semasa musim panas sahaja. Semasa musim bunga, pokok-pokok peach akan berbunga seperti sakura & lebih cantik jika nak dibandingkan dengan bunga sakura itu sendiri.

Waktu Operasi : 09.00 am – 4.30 pm (Kemasukkan terakhir 4.00 petang)

Harga masuk : 840 – 1560 Yen / Pax makan sampai puas

ファミリー農場さの – Berhampiran Fuji

Ladang ini mempunyai anggur yang pelbagai jenis & peach. Manis anggurnya tak terkata. Hanya dibuka pertengahan bulan Ogos hingga pertengahan bulan Oktober bergantung pada stok buah. Pemiliknya sangat prihatin dengan isu semasa negara luar termasuk Malaysia.

Waktu Operasi : 09.00 am – 4.30 pm (Kemasukkan terakhir 4.00 petang)

Harga masuk : 1200 – 2800 Yen / Pax makan sampai puas

見晴し園 – Berhampiran Fuji 

Ladang ini menyediakan pelbagai jenis buah mengikut musim seperti strawberry, peach, anggur & apple. Dikawasan ini terdapat banyak ladang anggur lain yang boleh anda singgah. Panorama sepanjang perjalanan juga sangat cantik dan memukau.

Waktu Operasi : 09.00 am – 5.00 pm (Kemasukkan terakhir 4.30 petang)

Harga masuk : 850 – 1350 Yen / Pax makan sampai puas

山本観光果樹園 – Berhampiran Otaru, Hokkaido

Ladang ini terletak di bandar Yoichi berhampiran dengan tempat popular Otaru. Yang menariknya ladang ini menanam hampir 10 jenis buah dalam masa 4 bulan bermula daripada bulan Jun hingga Oktober.  Kawasan sekitar Yoichi ini dipenuhi dengan ladang buah-buahan. Antara buah yang ditanam ialah strawberry, plum, cherry, peach, anggur, apple, pear, blueberry dan lain-lain mengikut jadual musimnya. Disekitar ladang ini juga terdapat banyak ladang lain boleh anda ronda.

Waktu Operasi : 09.00 am – 5.00 pm (Kemasukkan terakhir 4.30 petang)

Harga masuk : 880 – 1850 Yen / Pax makan sampai puas

Cukup rasanya sekadar ini perkongsian kali ini. Jadi anda boleh memilih lokasi yang berhampiran dengan anda dan klik sahaja butang [GET DIRECTIONS] dan pilih cara untuk anda kesana daripada applikasi tersebut.

Nota tambahan;

Elak pembaziran dengan petik melampau-lampau dan akhirnya dibuang. Kesemua ladang ini tidak membenarkan anda membawa keluar buah daripada ladang mereka melainkan ditimbang dan dibayar secara berasingan dengan tiket masuk. “Jangan rembat ye” dalam bahasa pasarnya.

SHARE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *