Japan Travel - Japan Travel Guide - Travel to Japan - Melancong ke Jepun

PETIK EPAL DI LADANG? TAK SEMESTINYA KE AUSSIE ATAU NEW ZEALAND.. DI JEPUN PUN BOLEH

WHAT TO DO

Mesti ada dari kalangan anda yang berminat nak tengok dengan mata sendiri bagaimana rupa pokok epal, cara ditanam, diproses dan jenis-jenis epal yang ada.

Tapi sebelum tu anda perlu tahu epal juga bermusim, dan tidak berbuah sepanjang tahun. Epal kebiasaannya mula dipetik pada musim luruh bermula bulan November ke bulan Disember.

Sebaliknya di kepulauan Hokkaido, epal mula dipetik pada bulan September.

Persoalannya, ladang ni mudah ke nak jumpa?

Semestinya tak semudah disangka. Kerana ladang-ladang biasanya berada dikawasan pendalaman, dan dikawasan “projek”. Kawasan projek yang kami maksudkan, kawasan tersebut akan dipenuhi dengan ladang epal sahaja, dan pendapatan utama penduduk setempat adalah dari epal tersebut.

Kawasan yang popular, terbanyak ladang epal adalah di sekitar negeri Nagano dan Gunma. Kawasan lembah yang di kelilingi gunung-ganang. Jarak dari Tokyo adalah sekitar 300km.

Di Hokkaido, anda mesti sinonim dengan tempat yang bernama Otaru. Anda hanya perlu lajakkan sedikit perjalanan ke Yoichi city. Kawasan pekan kecil dan dipenuhi ladang buah-buahan. Selain epal, disana anda boleh jumpa cherry, plum, anggur, berry, dan macam-macam. Anda boleh baca di travelog kami ke Hokkaido.

SHARE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *