Japan Travel - Japan Travel Guide - Travel to Japan - Melancong ke Jepun

APAKAH PERBEZAAN “OPEN TRIP” DAN “PRIVATE TRIP”?

PENGETAHUAN AM

Semasa anda tengah scroll di Google dan fb mencari travel agensi untuk melancong ke luar negara, anda jugak perlu ambil tahu perbezaan antara 2 jenis trip ni.

APA YANG DIMAKSUDKAN “OPEN TRIP”?

Pakej “Open Trip” dibuka kepada sesiapa sahaja yang bersetuju dengan isi pakej dan berkemampuan dengan caj yang dikenakan. Anda akan dikumpulkan didalam satu kumpulan besar. Biasanya jumlah ahli/pelanggan setiap kali open trip 15~40 orang atau lebih ramai.

Segala terma dan syarat sudah ditetapkan dan tidak boleh diubah sesuka hati kerana ia melibatkan pelanggan lain, bukan anda sahaja.

Menariknya open trip ni, anda akan berjumpa kenalan baru dan hampir 80% urusan perjalanan diurus oleh penjual pakej percutian tersebut. Daripada pembelian tiket penerbangan, penginapan, pengangkutan dan lain-lain diurus bergantung pada pakej yang diiklankan.

Kalau anda didalam kumpulan kecil, single atau couple, sangat sesuai untuk menyertai open trip.

Kurang menariknya, anda mesti dan wajib mengikut masa/jadual yang telah disusun. Kegagalan anda boleh menyebabkan perjalanan satu kumpulan besar tersebut terbantut.

Selain itu, anda juga perlu sabar melihat kerenah ahli kumpulan, dan semestinya kadang kala akan berlaku pertelagahan dan percanggahan terutama bila anda sekumpulan dengan mereka yang tak boleh bertoleransi lansung.

APA YANG DIMAKSUDKAN “PRIVATE TRIP”?

Private trip ni hanya khas untuk kumpulan atau keluarga anda sahaja tanpa ada individu lain atau kumpulan lain sepanjang perjalanan anda. Guide khas disediakan untuk menjaga anda sepanjang perjalanan.

Apabila ada perkataan private, tak semestinya mahal. Kenapa kami nyatakan “Private” tak semestinya mahal? Kebiasaannya private trip tiada pakej tetap. Semua bergantung pada permintaan dan bajet anda sendiri. Ini baru dinamakan “Budget Travel” yang sebenar. Budget bukan bermaksud murah, tapi mengikut bajet anda.

Anda bebas memilih tarikh penerbangan mengikut waktu sesuai, harga yang termurah, anda juga bebas memilih untuk kemana dan kemana. Semestinya kos semakin meningkat jika permintaan anda terlalu tinggi.

Anda juga bebas mengubah jadual dan corak pergerakkan sepanjang percutian kerana tak melibatkan orang lain.

Private trip sangat tak sesuai untuk kumpulan kecil kurang dari 3-4 orang. Kos akan menjadi mahal bagi kumpulan kecil kerana kos guide adalah sama walaupun anda bergerak seramai 7 atau 10 orang.

Japan Pro Travel Guide menyediakan perkhidmatan private guide sahaja. Bagi mereka yang sudah mendapatkan tiket penerbangan atau dalam perancangan, boleh terus mendapatkan quotation daripada kami secara online atau offline.

Kami tidak menyediakan open trip sama sekali dan open trip mesti melalui travel agensi di Malaysia yang berdaftar.

SHARE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *