Japan travel guide. Menyediakan khidmat ground travel / tour guide di Jepun kepada mereka yang melancong ke Jepun tak kira percutian bajet, sederhana atau mewah. Kami juga menyediakan tip percutian ke Jepun dan juga contoh itinerary melancong ke Jepun melalui travelog.

BIGPAY GANTI CASH UNTUK KAKI TRAVEL MALAS PEGANG DUIT

PENGETAHUAN AM

Kali ini JPTG nak kongsikan satu info yang agak berlainan dari isi laman web ni. Kami nak kongsikan satu alternatif baru iaitu BigPay yang dikongsikan oleh Encik Eddy Jptg di timeline facebook beliau, untuk kaki travel yang malas bawa cash dan tiada kad kredit.

Kalau tiada kad kredit, kad debit kan ada? Apa susah nak apply yang baru pula kan? Pendapat kami, dari guna tak dapat apa-apa, lebih baik dapat sesuatu bila berbelanja.

Jom kita baca apa yang dikongsikan berkenaan kad bigpay ini.

BigPay card ni memang terbaik!! Dah tak payah bergantung dengan kad atm bank. Topup je sekadar perlu, lepas tu guna macam kad kredit/debit macam biasa. Nak jalan-jalan bawak kad ni je. Kad atm simpan sebagai back up.

Sebelum ni macam tak percaya. Cuba apply dan test sikit-sikit dulu. Test untuk online OK, test kat IKEA pun OK, test isi minyak kat Petronas pun OK, beli nasik lemak kat petronas pun BOLEH, test untuk bayar medical card bulan-bulan pun BOLEH. Takde beza dengan card bank selagi ada duit dalam tu.

Cara apply bigpay
Cara apply bigpay
Cara apply bigpay

Apa yang best pakai kad ni? Topup masuk duit dapat point, guna pun dapat point!!

Topup RM50 dapat 1 point
Guna RM20 dapat 1 point

Topup je terus dapat point. Tetapi untuk point selepas penggunaan, point tu akan dapat lepas payment status SETTLED. Kalau pending tak dapat point lagi.

Cara apply bigpay
Kalau pending, point takkan dapat lagi
Cara apply bigpay
Dah settled, terus dapat point

Kalau dikira point tu sikitnya!!! Ok la dapat something dari korang guna kad atm, apa pun tak dapat. Kalau kad kena curi terus bukak APP BigPay dan FREEZE CARD. Tak payah nak call bank apa bagai.

Masa travel, jangan topup terlalu banyak dan sediakan juga cash. Sebabnya akan ada tempat yang mana tak boleh guna kad, cash sahaja. Kalau lansung tak bawak cash, leceh pulak nak kena pergi cari ATM untuk keluarkan duit.

Dan kalau apa-apa jadi pada kad, korang masih ada duit back up. Jangan semua duit yang ada topup dalam bigpay. Kalau kad hilang menangis… Nak tunggu refund dari bigpay mungkin makan masa yang lama.

Cara freeze kad bigpay
Hilang je terus freeze

Lagi best untuk kaki travel, kalau beli tiket airasia dapat point topup, point bayar flight, point tiket airasia lagi. 3 penjuru dapat point. Dan dapat diskaun tambahan untuk setiap bayaran. Untung kan?

Lagi best bagi saya sebagai bisnes owner boleh cek terus siapa yang tolak duit dari kad tu guna app. Bigpay akan tulis siapa atau untuk apa duit digunakan.

Sebelum ni tak tau siapa yg tarik duit dari kad bank. Bila cek guna online banking, hanya ada tulis Sale Debit atau Pre-Auth Debit je, lepas tu blur nak cek siapa tarik duit tu.

CARA NAK APPLY KAD BIGPAY

#1 Install je apps BigPay melalui Google Play Store / Apps Store
#2 Sign Up pastu follow je step dibawah
#3 Isi maklumat peribadi
#4 Selfie sekali
#5 Kalau takut nak topup banyak, pakai code ni “SYBUSJCRBH” kat Referral/promotion code
#6 Pakai code tu dapat 10 ringgit FREE buat test suka-suka beli barang online
#7 Lepas diorang verify maklumat, kad sampai rumah. Pastu aktifkan je.

Saya dah test, siap bukak akaun air asia big member baru. Semata2 nak tengok betul ke diorang bagi point atau sekadar nak kencing orang. Dibawah update terbaru point yang ada. Perbelanjaan memang agak kasar dan dicampur point dari airasia dan hotel-hotel semasa jalan-jalan.

Cara apply bigpay
Sekarang point saya dah banyak ni. Tapi berbelanja memang agak kasar

Note tambahan:
Tak sesuai pakai kat ATM, takde beza sangat. Guna je card bank biasa untuk convert kepada cash kat tangan. Untuk kegunaan ATM luar negara, Maybank the best compare CIMB. Bank lain tak tau.

SHARE

2 thoughts on “BIGPAY GANTI CASH UNTUK KAKI TRAVEL MALAS PEGANG DUIT

  1. Salam. Few days ago, Jumaat lalu, saya ada buat pengeluaran wang di bank atm di indonesia. Kesal sgt, transaction fail, tapi duit dlam akaun bigpay saya dah ditolak. Then, terus buat report, kena tggu within 7 days. Tadi pagi saya check, transaction status settled. Bila call bigpay servis mereka ckap da buat refund kat saya. Kesal betul, duit masih tak refund dlm akaun. Trauma nak guna bigpay.

    1. Wassalam.. Kami memang dah letak nota tambahan tak digalakkan untuk ATM. Caj pun tinggi macam bank biasa dan tak secure sebab bigpay bukan bank. Jadi bila bukan bank transaksi antara bank, tambahan melibatkan luar negara ni confirm lembab.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *