Japan Travel - Japan Travel Guide - Travel to Japan - Melancong ke Jepun

TRIP MUSIM PANAS KELUARGA MAS DI TOKYO 5 HARI 4 MALAM

JAPAN TRAVELOG SEKITAR TOKYO

Posting kali ini kami nak share travelog Encik Faizal, Encik Muhd Nor, Puan Siti Najla, Puan Khadijah & keluarga selama 5 hari 4 malam di Tokyo. Itinerary 5 hari 4 malam di Tokyo ini disusun khas untuk mengikut bajet dan penerbangan mereka. Perjalanan mereka boleh dijadikan rujukan contoh itinerary di Tokyo & Fuji.


HARI PERTAMA

Mereka menggunakan Malaysia Airline (MAS) dari Kuala Lumpur dan mendarat di Narita Airport pada pukul 7.15 pagi. Guide yang ditugaskan, dah bermalam di Narita Airport menanti ketibaan mereka awal pagi. Untuk makluman, Narita Airport ni sangat jauh dari Tokyo. Jarak anggaran seperti Kuala Lumpur ke Seremban.

Sementara menanti selesai urusan immigration dan kastam, guide bersiap sedia dan memastikan kereta sudah disediakan diruangan parking airport. Kali ni kami menggunakan dua buah kereta saiz compact (Honda Jazz & Suzuki Swift). Sebuah kereta dipandu oleh guide, sebuah lagi dipandu oleh En. Faizal. Cara ini lebih murah berbanding menyewa sebuah Hiace Van untuk memuatkan 9 orang dan bagasi.

Setiba sahaja diruangan menunggu lebih kurang jam 8.30 pagi, mereka dah tak sabar untuk meneruskan perjalanan tanpa perlu sarapan pagi. Perjalanan hari pertama agak jauh, akan terus ke Fuji dan bermalam disana satu malam. Perjalanan dari Narita airport akan memakan masa hampir 3 jam untuk sampai ke kawasan lembah gunung Fuji.

Japan Travel - Japan Travel Guide - Travel to Japan - Melancong ke Jepun

Dalam perjalanan, mereka dibawa singgah di Gotemba Premium Outlet terlebih dahulu memandangkan tenaga masih lebat dan poket masih tebal. Tak ada apa yang menarik disini kalau tak ada barang yang nak dicari. Sekadar cuci mata je. Tetapi jangan terkejut mereka habiskan masa dekat separuh hari dekat sini. Habis lari jadual untuk hari ni.

Takde restoran halal disediakan di Gotemba Premium Outlet masa ni walaupun ruangan solat disediakan. Ruang dewan makan disini sangat besar dan banyak meja kerusi disediakan. Jadi mereka makan tengah hari bekal yang dibawa dari Malaysia sebagai alas perut.

Masa dah suntuk, jam dah menunjukkan pukul 5 petang. Lepas solat asar guide mula bagi hint “Jom gerak… nak bermalam kat sini ke?”.. Matahari dah nak terbenam baru nak gerak ke lokasi seterusnya.

Japan Travel - Japan Travel Guide - Travel to Japan - Melancong ke Jepun

Kumpulan terus menuju ke Kawaguchiko. Sepatutnya hari ni ikut itinerary asal, akan ke Kawaguchi Lake & Yamanaka Lake. Tetapi memandangkan masa dah lewat, jadual hari ni akan diubah ke esok hari dan buang dari itinerary lokasi yang tak perlu.

Sebelum gelap sempat juga tengok gunung Fuji dari dalam kereta. Dan cuaca pun sangat cantik hari ni. Musim panas siangnya agak panjang. Jadi pukul 6 petang masih cerah. Kalau musim sejuk lambat macam ni, sah dah gelap sampai ke hotel.

Japan Travel - Japan Travel Guide - Travel to Japan - Melancong ke Jepun

Sampai di Fujikawaguchiko city, guide terus bawa ke hotel dan check in terlebih dahulu. Hotel di Fuji ni kami (Japan Pro Travel Guide) pilih Kagelow Mt. Fuji Hostel, murah & selesa, memandangkan satu malam dan kekangan bajet. Walaupun hotel ni berkonsep hostel, tetapi setiap bilik adalah privasi dan sangat unik. Tandas dan bilik mandi terletak diluar bilik tidur dan dikongsi dengan tetamu hotel yang lain. Tandas/bilik mandi wanita dan lelaki diasingkan.

Japan Travel - Japan Travel Guide - Travel to Japan - Melancong ke Jepun

Selesai check in, maghrib pun dah habis. Masa untuk cari makan malam. Di lembah gunung Fuji masih rare nak jumpa kedai makanan halal. Hanya 2 restoran halal disana. Yang kami (Japan Pro Travel Guide) recommend adalah Alladin Indo Restaurant [Click & Go] berdekatan Resort Inn Fujihashi ni sahaja. Plain Nan yang sangat gebu buat kaki lepak mamak akan mula melupakan mamak lepas balik dari Jepun.

Lepas selesai makan terus balik hotel dan rehat memandangkan badan dah penat. 7 jam dalam flight dan memandu dalam 3 jam hari ni.

Japan Travel - Japan Travel Guide - Travel to Japan - Melancong ke Jepun

HARI KEDUA

Pagi ni sepatutnya pukul 9 pagi dah check out dan mula bergerak ke lokasi seterusnya, tetapi almaklumlah bila ramai-ramai dengan anak-anak ni. Jadual meleset lagi. Pukul 10 lebih baru check out dan bergerak.

Destinasi hari ni, ke ladang anggur didaerah Fuefuki, lebih kurang 20km dari Kawaguchiko. Di Fuefuki terdapat banyak ladang anggur, momo (peach) dan epal yang hanya berbuah semasa musim panas hingga musim luruh. Mereka ke Family Sano Farm [Click & Go] seperti yang telah JPTG susun untuk mereka. Anggur yang pelbagai jenis didalam satu ladang dan pemilik yang ramah dan fasih berbahasa Inggeris.

Dengan kos seorang 1500Yen (RM56), boleh makan sepuasnya anggur diladang ni tanpa ada sekatan masa. Nak bawa balik akan dikira kiraan lain mengikut berat per kilogram. Manis dan segar anggur disini tak terkata. Nak tahu rasanya? Kena cuba sendiri.

Japan Travel - Japan Travel Guide - Travel to Japan - Melancong ke Jepun
Japan Travel - Japan Travel Guide - Travel to Japan - Melancong ke Jepun
Bersama Pakcik Sano pemilik ladang
Japan Travel - Japan Travel Guide - Travel to Japan - Melancong ke Jepun
Siap dapat rasa makan buah momo (peach) percuma!

Selesai aktiviti petik anggur, terus patah balik ke Kawaguchi Lake dan berkelah untuk makan tengah hari di tepi tasik. Perjalanan agak santai kerana menggunakan kereta dan tak perlu tergesa-gesa kerana guide akan sentiasa ada untuk mengurus masa dengan baik.

JPTG suka memilih Koumi Park [Click & Go] kerana kawasan yang strategik, bersebelahan Michi no Eki Katsuyama (RnR), padang yang cantik dan pet dilarang berada dikawasan padang ini. Selesa nak berkelah dan dijadikan tempat untuk singgah solat semasa musim panas.

Japan Travel - Japan Travel Guide - Travel to Japan - Melancong ke Jepun

Selesai makan dan solat, terus ke destinasi seterusnya di kawasan Yamanaka Lake. Tasik kedua dikawasan lembah Fuji. Disana ada satu ladang bunga yang besar, Yamanakako Hananomiyako Park [Click & Go] berlatar belakangkan gunung Fuji. Tapi rezeki mereka kurang baik hari ni kerana banyak awam melindungi permandangan gunung.

Japan Travel - Japan Travel Guide - Travel to Japan - Melancong ke Jepun
Nampak samar-samar je gunung Fuji
Japan Travel - Japan Travel Guide - Travel to Japan - Melancong ke Jepun
Japan Travel - Japan Travel Guide - Travel to Japan - Melancong ke Jepun
Nampak jugak akhirnya bentuk gunung Fuji walaupun pencahayaan agak kurang cantik
Japan Travel - Japan Travel Guide - Travel to Japan - Melancong ke Jepun
Menghabiskan masa sekitar taman

Ikutkan plan itinerary asal cukup dalam 30 minit kat sini. Tetapi mereka tak puas nak menikmati setiap bunga yang ada dan meronda satu taman ni. Ditambah mood anak-anak tengah happy main dalam taman ni. Guide agak terpinga-pinga menunggu waktu untuk ke tempat seterusnya.

Masa dah terlalu suntuk, matahari dah mula nak terbenam dan guide terus cadangkan untuk terus ke Tokyo, memandangkan malam ni kereta kena hantar sebelum pukul 10 malam. Dan terus tumpang di rumah/homestay guide di Tokyo.

Untuk makluman anda : Mulai tahun 2018, kami tidak lagi membenarkan guest menumpang rumah/homestay guide memandangkan guide perlukan privasi dan rehat yang cukup. Selain itu, isu perlesenan homestay sangat hangat dan masalah bising yang menyebabkan jiran terganggu dan buat laporan polis.

Japan Travel - Japan Travel Guide - Travel to Japan - Melancong ke Jepun

HARI KETIGA

Itinerary hari ni hanya ke Tokyo Disneyland [Click & Go] sahaja dari pagi sampai malam. Tiket masuk sudah dibeli awal di convenience store 2 hari sebelum, jadi tak perlu berbaris untuk beli tiket masuk. Ada masa tiket habis dijual, jadi seeloknya beli 2-3 hari lebih awal. Jangan terlalu awal takut ada perubahan jadual dan tiket akan burn.

Japan Travel - Japan Travel Guide - Travel to Japan - Melancong ke Jepun

Guide hanya hantar sampai pintu masuk sahaja dan tunggu diluar sampai waktu keluar. Mereka enjoy sakan sampai penutup pesta bunga api pukul 8 malam. Puas hati kalau datang musim panas. Disamping siang yang panjang, suhu semasa tak membuatkan anda terasa nak balik awal.


HARI KEEMPAT

Masa sangat mencemburui mereka. Hari ni sebenarnya hari terakhir tinggal untuk menerokai bandar Tokyo. Esok flight berlepas awal pagi, jadi mustahil nak dapat berjalan lagi.

Hari ni guide cuba sedaya upaya ke tempat-tempat wajib seperti Ueno, Asakusa dan lain-lain. Tetapi seperti biasa, awal pagi dapur berasap dulu lepas selesai makan pagi baru mula gerak keluar.

Pembukaan hari terus ke Masjid Assalam Okachimachi [Click & Go], nak tengok dan merasai keadaan dan suasana masjid di Jepun. Kemudian terus ke Ameyoko Market [Click & Go] untuk melihat suasana street market di Jepun. Di sini banyak stall makanan halal yang murah berbanding restoran.

Japan Travel - Japan Travel Guide - Travel to Japan - Melancong ke Jepun
Japan Travel - Japan Travel Guide - Travel to Japan - Melancong ke Jepun

Destinasi seterusnya ke Ueno Park [Click & Go] sekadar cuci mata dan menyaksikan street performance. Street performance ni buat mereka leka dan susah nak gerak ke destinasi seterusnya. Singgah Hard Rock Cafe di Ueno Station atas permintaan En Faizal sekejap dan terus ke destinasi seterusnya.

Japan Travel - Japan Travel Guide - Travel to Japan - Melancong ke Jepun

Sekejap je masa berjalan. Kami terus terkejar-kejar ke Asakusa sebab nak makan ramen halal. Kami memilih Naritaya Halal Ramen [Click & Go] di Asakusa kerana lokasinya yang strategik dan berhampiran dengan lokasi lain.

Sampai je kena berbaris dekat sejam untuk tunggu giliran.Kedainya sangat kecil dan hanya boleh muat sekitar 15-20 orang sahaja satu masa. Selesai makan dah pukul 6.30 petang. Dah mula maghrib dan kedai-kedai souvenir disepanjang Nakamise shopping street [Click & Go] dah 80% tutup.

Japan Travel - Japan Travel Guide - Travel to Japan - Melancong ke Jepun
Japan Travel - Japan Travel Guide - Travel to Japan - Melancong ke Jepun
Ramen Halal

Hanya sempat bergambar disekitar Sensoji Temple dan suasana kedai ditutup. Kebetulan mereka takde plan nak beli souvenir pun.

Japan Travel - Japan Travel Guide - Travel to Japan - Melancong ke Jepun
Japan Travel - Japan Travel Guide - Travel to Japan - Melancong ke Jepun

Hari dah gelap, badan masing-masing dah penat. Guide terus bawa ke tempat terakhir untuk hari ni, Shibuya Crossing Junction [Click & Go], yang mana popular dengan simpang yang paling sibuk didunia.

Dari Asakusa sangat mudah nak ke Shibuya, dari permulaan subway Ginza Line di Asakusa, sampai ke penghujung Ginza Line adalah Shibuya.

Japan Travel - Japan Travel Guide - Travel to Japan - Melancong ke Jepun
Shibuya Crossing Junction

Kaki dah mula lenguh dan kebas. Banyak lagi tempat nak dibawak. Tapi mustahil dalam masa sehari nak cover semua tempat di Tokyo. Jadi guide terus cadangkan untuk terus balik ke rumah dan kemas bagasi. Esok kena keluar sebelum pukul 6 pagi.

Japan Travel - Japan Travel Guide - Travel to Japan - Melancong ke Jepun
Tokyo Skytree

Disebabkan masa tak cukup, sempat bergambar dengan Tokyo Skytree dari kawasan rumah je. Jadilah untuk buat gambar kenangan.


HARI KELIMA

Seawal pagi keluar dari rumah, guide pun kena siap sekali sebab kena kosongkan rumah untuk next guest. Terus ke Narita Airport. Kami tak galakkan anda bergerak dari Tokyo kalau depature time anda seawal pagi. Seeloknya menginap disekitar Narita untuk malam terakhir.

Tetapi disebabkan kekangan masa kami ambil risiko untuk buat susunan bergerak seawal pagi dari Tokyo ke Narita. Dan kebetulan rumah berhampiran dengan station Keisei-Hikifune, yang mana hanya gunakan satu train direct terus ke Narita Airport tanpa perlu tukar.

Japan Travel - Japan Travel Guide - Travel to Japan - Melancong ke Jepun
Sayonara

Sampai awal di Narita Airport sekitar pukul 7.30 pagi dan terus berbaris untuk check in bagasi. Selesai check in bagasi, guide bawa ke Restoran Halal Tentei di Terminal 2, Narita Airport untuk makan pagi memandangkan masih lambat nak menunggu waktu makan dalam flight nanti.

Japan Travel - Japan Travel Guide - Travel to Japan - Melancong ke Jepun
Japan Travel - Japan Travel Guide - Travel to Japan - Melancong ke Jepun

Pukul 9 pagi menjadi waktu terakhir untuk mereka ucap selamat tinggal kepada guide untuk terus masuk ke immigration. Masa yang sangat singkat dan tak puas dah dijangka. Dari awal kami nasihatkan supaya tambah sekurang-kurangnya sehari lagi supaya tak terkejar-kejar dan perjalanan lebih selesa.

Takpe, ada rezeki nanti repeat lagi. Kakitangan MAS kan ada tiket percuma setiap tahun hehehehe…

MAKLUMAT PERCUTIAN

  • 5 orang dewasa & 3 orang kanak-kanak
  • 5 Hari 4 Malam
  • Kos : RM1900 / Pax (Tidak termasuk tiket flight & makanan sahaja)
  • Private Transport 2 hari – Convoy 2 buah compact car
  • Penginapan – Economy Homestay
SHARE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *