Japan Travel - Japan Travel Guide - Travel to Japan - Melancong ke Jepun

Osaka Akuarium – Kaikyukan

SEKITAR OSAKA

Kaikyukan adalah antara akuarium utama & besar di Jepun. Akuarium terbesar setakat ini berada di Okinawa, Churaumi Aquarium. Akuarium ini sangat kami cadangkan anda pergi terutama bagi mereka yang minat dengan dunia hidupan marin. Teknik reka bentuk dalaman akuarium ini sangat menarik dan sebaiknya Malaysia membina sebuah bangunan akuarium sebegini untuk memupuk nilai cinta alam dikalangan rakyat.

Didalamnya terdapat pelbagai spesis hidupan marin dan yang paling menariknya terdapat sebuah tanki akuarium yang sangat besar didalamnya hingga boleh memuatkan spesis ikan paus dan ratusan spesis lain.

Waktu sesuai untuk kesini kami cadangkan pukul 5 petang dan sebelum 7 malam. Sepanjang musim sejuk, diluar bangunan Kaikyukan ini dihias dengan ribuan lampu perhiasan yang sangat cantik. Dan bangunan disebelahnya, Tempozan Market Place terdapat gerai souvenir, restoran dan juga bilik solat/surau di tingkat 3 bangunan itu.

Bagi mereka yang  mahu menggunakan ruang solat tersebut sila ke kaunter tiket terlebih dahulu dan mereka akan bukakan bilik tersebut untuk anda. Disebelah bilik solat terdapat sebuah restoran Turki, “Istanbul Table” yang dikatakan menyediakan makanan Halal (tidak tersenarai dalam Halal Gourmet). Jika anda selesa untuk makan disitu disilakan, jika tidak anda boleh ke restoran Halal yang lain.

Bagaimana hendak ke Osaka Akuarium ini? Seperti biasa klik sahaja butang  [maxbutton id=”3″ url=”https://goo.gl/maps/PPKXv6CcSyk” ]


Waktu Operasi : 10.00 am – 20.00pm

Harga Tiket : 2300 Yen

Website Rasmi : Kaikyukan

 

[maxbutton id=”4″ ]

SHARE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *