Japan Travel - Japan Travel Guide - Travel to Japan - Melancong ke Jepun

Osaka Castle

SEKITAR OSAKA

Osaka castle salah satu trade mark di Osaka. Jadi jika anda ke Osaka, kurang lengkap kalau anda tak kesini melihat kecantikkan taman dan seni binanya. Selain itu, dibangunan Miraiza Osaka-Jo terdapat souvenir yang dijual dengan harga yang murah dan banyak pilihan. Istana utama ditengah-tengahnya itu adalah hasil pemulihan dan binaan semula pada tahun 1997, dilengkapi dengan aksesori moden dan elevator. Disekeliling istana ini terdapat banyak spot untuk bergambar. Dimusim bunga dan musim luruh, tona warnanya sangat tenang.

Masuk ke kawasan istana ini adalah percuma. Jika anda mahu masuk kedalam bangunan istana utama (600 Yen) dan Nishinomaru Garden (200 Yen) bayaran akan dikenakan.

Bagaimana cara untuk kesini?

Jika anda kurang kekuatan mendaki bukit dan tangga yang tinggi, menggunakan Subway Taimachi Line dan masuk melalui Otemon Gate.

  • Subway Taimachi Line, Tanimachiyonchome Station  [maxbutton id=”3″ url=”https://goo.gl/maps/Qxi375oDYsK2″ ]  ⇒  Otemon Gate  [maxbutton id=”3″ url=”https://goo.gl/maps/8Fso2G8FQS22″ ]

Jika anda sukakan permandangan yang lebih cantik, melalui taman-taman yang cantik anda boleh masuk melalui Tamastukuri Gate atau Aoyamon Gate. Hati-hati dengan tangga yang tinggi.

  • JR Line, Osakajokoen Station  [maxbutton id=”3″ url=”https://goo.gl/maps/DPahD8eLVH82″ ]  ⇒  Aoyamon Gate [maxbutton id=”3″ url=”https://goo.gl/maps/fqVCYpDmdVt” ]
  •  Subway Nagahori / JR Line, Morinomiya Station  [maxbutton id=”3″ url=”https://goo.gl/maps/BS9XXFhq14A2″ ]  ⇒ Tamastukuri Gate  [maxbutton id=”3″ url=”https://goo.gl/maps/N98B6s3Prdx” ]

Waktu Operasi : 9.00am – 5.00pm (4.30pm kemasukan terakhir)

Tutup : 28 Disember – 1 Januari


[maxbutton id=”4″ ]

SHARE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *