SHIRAKAWAGO UNESCO WORLD HERITAGE SITE

SEKITAR OSAKA SEKITAR TOKYO WHERE TO GO

Shirakawago (Shirakawa Village) atau dikenali sebagai Hida Shirakawago berada di barat laut negeri Gifu berhampiran dengan sempadan negeri Ishikawa dan Toyama. Shirakawago didalam tulisan Jepun 白川郷 yang mana kalau kita terjemahkan tulisan tersebut bermaksud Desa Sungai Putih.

白川 (Shirakawa) : Sungai putih
郷 (Go) : Kampung atau desa

Perkampungan ini popular dengan bangunan rumah lama dikenali sebagai Gassho Style House yang masih dijaga dan dikekalkan sampai ke hari ini. Dan dikelilingi alam semula jadi yang masih belum diterokai. Sekitar perkampungan ini boleh dikatakan 90% adalah hutan dan kawasan pergunungan.

Apa itu Gassho Style House?

Rumah kediaman yang dibina daripada blok kayu (saiz lebih kurang sebatang pokok) sebagai tiang dan kekuda untuk menyokong bumbungnya. Bumbungnya yang berbentuk seperti buku tebal yang sedang dibuka dan diterbalikkan itu dibuat daripada jerami padi.

Bumbung ini sebenarnya membezakan Gassho style house dengan binaan rumah lain di Jepun. Bentuk bumbung direka khas untuk menahan berat salji yang tebal dan mengekalkan suhu didalam rumah.

shirakawago

Dan lagi satu jika anda perhatikan kebanyakan rumah-rumah ini dibina menghadap satu arah sahaja. Satu permukaan akan menghadap arah matahari timbul (Timur) dan arah matahari terbenam (Barat).

Semasa musim sejuk ia direka untuk menyerap haba matahari secukupnya untuk menghangatkan rumah. Semasa musim panas pula arah angin dari Utara dan Selatan akan bertiup menyejukkan bumbung.

shirakawago

Bagaimana Cara Untuk Ke Shirakawago?

Banyak cara untuk kesini sama ada dari Tokyo atau dari Osaka. Cara termudah yang biasa kami gunakan ialah memandu. Setakat ini kami tidak pernah bawa pelanggan kesini menggunakan public transport atas faktor keselesaan dan penjimatan untuk kumpulan yang lebih dari 4 orang.

Kami akan bagi tip untuk anda yang travel DIY ke sini tanpa menggunakan servis guide terutamanya untuk solo dan couple trip.

Dari Tokyo Ke Shirakawago

Cara Paling Murah

Menaiki bas dari Shinjuku Station ke Takayama Station
Dari Takayama menaiki bas ke Shirakawago

Tempoh perjalanan sehala : +-7 jam
Jumlah kos sehala : 9,600 Yen
Jumlah kos 2 hala : 18,600 Yen

Semak : Jadual Nohi Bus dari Shinjuku, Tokyo ke Takayama

Cara Paling Mudah

Dapatkan JR Pass 7 hari
Dari Tokyo Station ke Kanazawa Station menggunakan bullet train
Dari Kanazawa ke Shirakawago menggunakan bas
Tempoh perjalanan sehala : +-4 jam 30 minit

Kos JR Pass + Bas
Jumlah kos sehala : 31,200 Yen
Jumlah kos 2 hala : 32,800 Yen

Kos Tanpa JR Pass
Jumlah kos sehala : 16,320 Yen
Jumlah kos 2 hala : 32,240Yen

Kos menggunakan JR Pass dan tidak untuk 2 hala nampak tidak banyak perbezaan. Anda harus ingat perjalanan ini agak jauh. Jika anda tersesat kos masih ditanggung oleh JR Pass selama 7 hari. Anda juga boleh menjimatkan perjalanan di Tokyo dan boleh tambah lagi kemana-mana tempat yang menarik dengan kos yang sama.

Semak : Jadual Bas ke Shirakawago dari Kanazawa/Takayama/Toyama

Dari Osaka Ke Shirakawago

Cara Paling Murah

Menaiki bas syarikat Kintetsu Bus atau Nohi Bus dari Osaka ke Hida Takayama
Dari Takayama menaiki bas ke Shirakawago.

Tempoh perjalanan sehala : +-7 jam
Jumlah kos sehala : 7,600 Yen
Jumlah kos 2 hala : 14,600 Yen

Semak : Jadual Kintetsu Bus dari Osaka ke Hida Takayama

Cara Paling Mudah

Dapatkan Takayama – Hokuriku Area Tourist Pass
Dari Osaka Station ke Kanazawa Station menggunakan Thunderbird Limited Express
Dari Kanazawa ke Shirakawago menggunakan bas
Tempoh perjalanan sehala : +-4 jam 30 minit

Kos Tourist Pass + Bas
Jumlah kos sehala : 15,000 Yen
Jumlah kos 2 hala : 15,000 Yen

Kos Tanpa Tourist Pass
Jumlah kos sehala : 9,850 Yen
Jumlah kos 2 hala : 19,300Yen

Kos untuk kanak-kanak 6 hingga 11 tahun adalah separuh dari kos yang telah kami berikan diatas. Kira-kira diatas anda boleh guna untuk kiraan bajet kesini.

Semak : Jadual Bas ke Shirakawago dari Kanazawa/Takayama/Toyama
Dah sampai sini jangan lupa naik ke Tenshukaku Observation Deck

Menginap Atau Day Trip Yang Terbaik?

Kami cadangkan anda menginap di Kanazawa city atau di Takayama city sekurang-kurangnya 1 malam. Banyak hotel atau hostel yang murah di sana.

Sesetengah hotel di Takayama city seperti J-Hoppers Hida Takayama ada menyediakan trip ke Shirakawago dari hostel mereka. Anda boleh menginap disana dan ambil pakej mereka sahaja.

SHARE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *