Japan Travel - Japan Travel Guide - Travel to Japan - Melancong ke Jepun

Universal Studio Japan (USJ)

SEKITAR OSAKA

Universal Studio Japan (USJ) adalah taman tema terbesar di Osaka yang dibina pada Mac 2001. Taman tema ini antara popular dan mendapat kunjungan teramai selepas Tokyo Disney Resort. Kami tak perlu hurai panjang tentang Universal Studio ini sebenarnya kerana website utamanya sudah berikan info daripada A hingga Z terutamanya tarikan didalam taman tema itu sendiri.

Bagaimana cara terbaik untuk dapatkan tiket? Beli dari mana lebih murah?

Harga tiket adalah sama walaupun beli dimana-mana. Jika anda beli didalam RM atau USD akan nampak perbezaan kerana perubahan currency. Tetapi jangan percaya pada penjual tiket separuh harga ataupun 20% diskaun sekalipun. Rakyat Malaysia antara warga yang mudah ditipu dengan perkara murah, tiket murah dan itu ini yang murah.

Tiket boleh dibeli melalui travel agensi utama di Jepun yang berada di Malaysia sendiri seperti HIS, JTB dan lain-lain. Di Kansai International Airport juga anda boleh dapatkan tiket tersebut atau di stesen-stesen utama. Juga boleh dibeli secara online. Jika tidak yakin anda boleh dapatkan diseluruh convenience store seperti Lawson, 7e atau Familymart. Beli sehari sebelum kesana adalah yang terbaik. Andai kata terdapat masalah cuaca atau perubahan jadual, sekurang-kurangnya anda tidak membazirkan kos tiket dengan beli terlalu awal dan terpaksa batal tarikh tersebut.

Perlu diingatkan, bawalah bekalan makanan yang mencukupi untuk masuk kesana. Tiada restoran atau makanan Halal disediakan didalam Universal Studio ini. Jangan makan dikawasan tak sepatutnya, dan kemas semula kawasan yang digunakan selepas makan.

Kenderaan apakah yang sesuai untuk ke Universal Studio Japan?  [maxbutton id=”3″ url=”https://goo.gl/maps/KFGx3wse1GA2″ ]

Website Japan Pro Travel Guide menyediakan butang [Go!!], jadi klik sahaja butang tersebut dan pilih laluan dan jenis kenderaan yang sesuai dengan keadaan dan bajet anda.


Waktu Operasi : 9.00am – 7.00pm

Tiket Masuk :

12-64 Tahun – 7900 Yen

4 – 11 Tahun – 5400 Yen

65 ~ Tahun – 7100 Yen

Lain-lain info boleh rujuk website rasmi : Universal Studio Japan 

 

[maxbutton id=”4″ ]

 

SHARE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *