Japan Travel - Japan Travel Guide - Travel to Japan - Melancong ke Jepun

Fuji-Q Highland

SEKITAR TOKYO

Fuji-Q Highland satu-satunya taman tema dilembah Fujiyoshida. Pelancong Malaysia ke sini lebih untuk menikmati permandangan alam, jadi taman tema kurang mendapat sambutan terutama bagi yang sudah merancang ke Tokyo Disneyland. Tetapi berada di taman tema ini jauh lebih dingin dan tenang kerana dikelilingi permandangan bukit dan gunung.

Harganya juga lebih murah berbanding Tokyo Disneyland dan sesuai untuk remaja yang minat dengan “extreme ride”. Fuji-Q Highland memiliki roller coaster yang pernah memecah rekod dunia terpantas, putaran terbanyak dan lain-lain. Anda berminat untuk merasai “world record roller coaster”? Jom ke Fuji-Q Highland dan rasai sendiri pengalamannya. Tarikan lain seperti Thomas Land & Anime World juga terdapat di dalam taman tema ini yang sesuai untuk kanak-kanak.

Cara untuk ke Fuji-Q Highland? Klik sahaja butang  [maxbutton id=”3″ url=”https://goo.gl/maps/ze8hcu23von” ]


Waktu Operasi : 9.00 am – 5.00 pm

Tiket Masuk Sahaja : 1,500 Yen

Tiket Masuk & Ride : 5,700 Yen

Official Website : Fuji-Q Highland

 

[maxbutton id=”4″ ]

SHARE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *