Japan Travel - Japan Travel Guide - Travel to Japan - Melancong ke Jepun

Mount Fuji 5th Station – Subaru Line

SEKITAR TOKYO

Terdapat 4 lokasi berbeza 5th station di Gunung Fuji ini mengikut daerah permulaan.

4 lokasi tersebut ialah;

  • Subaru Line 5th Station
  • Fujinomiya 5th Station
  • Gotemba 5th Station
  • Subashiri 5th Station

Dari 4 lokasi diatas, Subaru Line merupakan lokasi yang paling popular kerana ia mudah untuk diakses menggunakan kenderaan awam & bermula dari lembah dimana 5 tasik popular terletak. 5th station tidak dibuka sepanjang tahun untuk dikunjungi. Semasa musim sejuk jalan utamanya akan ditutup sepenuhnya. Bermula musim bunga jalan ini akan mula dibuka perlahan-lahan bermula dari 1st station, 2nd station, 3rd station hinggalah 5th station bergantung pada keadaan semasa salji dipermukaan gunung.

Semasa musim panas, aktiviti mendaki akan membuatkan jalan menaiki gunung menjadi sibuk dan sesak. Pihak pengurusan akan menutup jalan tersebut dan hanya kenderaan awam (shuttle bus) sahaja dibenarkan melalui jalan ini. JPTG kebiasaannya akan memandu kereta menaiki gunung ini hingga ke 5th station. Kadar tol adalah 2060Yen (±RM70).


Bagaimana hendak pergi sendiri tanpa JPTG?

Ada 4 cara untuk anda menjejakkan kaki ke 5th station Gunung Fuji ini. Dibawah JPTG berikan 4 cara yang anda boleh pilih bergantung pada bajet dan itinerary anda.


Menaiki Bas dari Kawaguchiko Station  [maxbutton id=”3″ url=”https://goo.gl/maps/EZQ1dK2FdFq” ] atau Fujisan Station  [maxbutton id=”3″ url=”https://goo.gl/maps/spFWpYMpq662″ ]

Harga tiket bas untuk pergi dan balik dari Kawaguchiko/Fujisan Station ↔ Fuji 5th Station adalah 2,100 Yen.

Daripada Tokyo anda boleh klik sahaja butang [Go!!] diatas dan pilih kenderaan pilihan anda samada bas atau train dan terus ke stesen pilihan anda. Anda perlu membeli tiket itu setelah sampai di Kawaguchiko Station. Jarak masa antara bas berbeza mengikut musim “Climbing Season” & “Off Season”, anda boleh semak dikaunter tiket tersebut. Dibawah disertakan jadual tetapi tidak dikemas kini untuk 2018.

>>Semak Jadual Bas Climbing Season<<

>>Semak Jadual Bas Off Season<<


Menaiki Bas dari Shijuku Station

Harga tiket bas Shinjuku Station ↔ Fuji 5th Station adalah 2,700  Yen sehala (Pergi & balik 5,400 Yen).

Menaiki bas dari Shinjuku tidak lah terlalu jimat, tetapi mungkin mudah untuk anda yang kesuntukan masa. Jika anda tiada plan untuk bermalam di lembah gunung Fuji, menaiki bas ini mungkin yang terbaik untuk anda.


Menyewa Kereta atau Menaiki Teksi dari Kawaguchiko Station

Anda boleh memilih untuk terus menggunakan khidmat teksi atau kereta sewa jika mahukan keselesaan terutamanya sedang membawa kanak-kanak atau orang tua. Kos bermula daripada 12,000 Yen dan keatas. Kos tol 2,060 Yen dan jalan mula dibuka pada jam 9 pagi dan akan ditutup pada 4.30 petang.

Tetapi perlu diingatkan, jalan mendaki Subaru Line akan ditutup semasa musim mendaki gunung (Climbing Season), jadi anda tiada pilihan melainkan menggunakan bas sahaja.

 

Nota tambahan :

JR Pass atau Fuji Hakone Pass tidak boleh digunakan untuk menaiki bas ke destinasi ini.


[maxbutton id=”4″ ]

SHARE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *