JR Seishun 18 Kippu

Pass / Special Ticket

Anda boleh gunakan tiket ini menaiki semua local & rapid JR line diseluruh Jepun. Tetapi tak boleh digunakan untuk bullet train (shinkansen). Kami tidak mencadangkan anda menggunakan pass ini kerana anda akan membuang banyak masa didalam local train. Melainkan masa perjalanan anda hampir satu bulan.

Tiket ini dijual pada tempoh tertentu (sebulan) dan boleh digunakan dalam tempoh yang ditetapkan sahaja (sebulan). Semak disini tarikh jualan dan tarikh penggunaan tiket.

Solo Travel :
Boleh gunakan tiket selama 5 hari dari tempoh penggunaan sebulan tersebut.

Group Travel :
Tiket ini boleh dikongsi sehingga 5 orang dan boleh digunakan sebanyak 5 kali. Andai kata anda mahu ke satu destinasi seramai 5 orang, anda boleh kongsi tiket ini dah secara automatik penggunaannya tamat selepas sampai ke destinasi.

Harga tiket ini sama untuk semua peringkat umur : 12,050 Yen

SUMBER
Official Website JR Seishun 18 (English)

SHARE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *