Nationwide Japan Rail Pass 7, 14, 21 Days

Pass / Special Ticket

Boleh digunakan hampir seluruh JR line di Jepun termasuk bullet train, beberapa bas dan ferry. Pass ini sesuai untuk mereka yang mengejar banyak lokasi dalam masa yang singkat & kos pengangkutan awam dalam itinerary anda mencecah atau melebihi 30,000 Yen.

Anda boleh semak harganya di laman web rasmi JR disini. Menggunakan tiket “Ordinary” sudah memadai jika anda mahu menggunakan pass ini.

Ada beberapa situasi membuatkan anda sesuai menggunakan pass ini;

  • Tiket penerbangan anda mendarat dan berlepas di Tokyo sahaja dan anda mahu berjalan hingga ke Osaka beberapa hari dan patah balik ke Tokyo.
  • Sama situasi seperti diatas, tetapi anda mahu ke Hokkaido menggunakan kenderaan darat pergi dan balik dalam masa singkat.
  • Ahli anda kurang dari 5 orang, dan mahu menjejaki lebih 5 negeri di Jepun. Jika lebih dari 5 orang , kos keseluruhan anda membeli pass ini boleh menggunakan servis private guide yang akan menggunakan kereta.

Tip penting sebelum beli JR Pass

  • Kira kos perjalanan dan buat itinerary sebelum tetapkan untuk guna JR Pass ni atau tak.
  • Pastikan beli sebelum penerbangan anda ke Jepun.
  • Dinasihatkan beli melalui travel agensi Jepun yang sah. Hubungi kami untuk khidmat nasihat.
  • Beli dan terus dapatkan voucher JR Pass. Pastikan nama di voucher dan passport sama.
  • Voucher tu jangan lupa bawa ke Jepun, gambar tak diterima. Anda perlu tukar voucher tu di kaunter JR dan dapatkan kad JR Pass sebenar.
  • Terlupa bawa atau hilang voucher tu sama dengan beli semula. Tiada jalan penyelesaian lain.
  • Kad JR Pass mesti dijaga seperti passport sepanjang perjalanan.
  • Hilang kad JR Pass, anda kena bayar tiket train seperti biasa. Tiada istilah bincang tepi di Jepun.

Dimana boleh beli JR Pass ni?

Anda boleh beli secara online atau terus ke pusat jualan tiket. JR Pass ni mahal, jadi jangan beli secara online sebarangan terutama nampak tawaran JR Pass murah dari biasa. Kami lebih cadangkan anda terus ke pusat jualan tiket seperti HIS Travel. Lebih selamat dan mudah.

Perhatian! Syarikat Japan Railway (JR) tak pernah bagi tiket percuma, murah dan diskaun. Harga tiketnya sama untuk semua wakil jualan. Yang menyebabkan perbezaan harga adalah perubahan currency semata-mata.

GREEN GREEN ORDINARY ORDINARY
Dewasa6-11 Tahun Dewasa 6-11 Tahun
7 Hari39,600 Yen19,800 Yen29,650 Yen14,820 Yen
14 Hari64,120 Yen32,060 Yen47,250 Yen23,620 Yen
21 Hari83,390 Yen41,690 Yen60,450 Yen30,220 Yen

Beza Green dan Ordinary tu sama seperti beza business class dan economy class dalam flight. Ordinary dah cukup memadai. Reserve seat adalah percuma disetiap kaunter station JR.

Kanak-kanak dibawah 5 tahun percuma tetapi anda perlu bayar tiket kanak-kanak jika perlukan reserve seat untuk mereka. Free kalau anda gunakan non reserve seat. Perlu diingatkan gerabak untuk reserve seat dan non reserve seat adalah berbeza.

Nozomi dan Mizuho tak boleh guna JR Pass?

Nozomi dan Mizuho nama yang diberikan pada bullet train (shinkansen). Setiap bullet train di Jepun diberi nama khas. Untuk ke Osaka ke Tokyo, ada beberapa bullet train boleh digunakan seperti Kodama, Sakura, Hikari dan juga Nozomi. Kesemua train ini gunakan track/line yang sama.

Bagi pengguna JR Pass ini tak boleh sama sekali menggunakan bullet train yang bernama Nozomi dan Mizuho. Jadi anda perlu cari train yang bernama Sakura, Kodama, Hikari dan lain-lain.

Dalam bandar utama Tokyo & Osaka boleh guna ke?

Teliti senarai line yang boleh dan tak boleh guna di dalam laman web JR Pass atau peta yang ada didalam kad JR Pass. Didalam bandar besar seperti Tokyo dan Osaka ada banyak line train. JR Pass ni hanya boleh guna untuk company JR.

JR Pass ni boleh diguna pada line Tokyo Monorail. Anda kena tahu yang mana satu line Tokyo Monorail, dan bezanya dengan Tokyo Metro. Tokyo Monorail ni untung pada mereka yang mendarat atau berlepas dari Haneda International Airport. Jadi, jangan guna kad JR Pass untuk Tokyo Metro. Sediakan cash atau IC Card untuk line yang tak boleh guna JR Pass.

Untuk bas pun sama. Tak semua bas boleh gunakan JR Pass. Semak senarai bas di dalam laman web utama JR Pass. Kebanyakkan JR Bus boleh gunakan pass ni. Tetapi realitinya jarang guna bas JR, jadi sediakan IC Card atau cash.

SUMBER
Official Website JR Pass (English)
Official Website JR Pass (Japanese)

SHARE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *