ITINERARY & QUOTATION

Kami menyediakan pelbagai pakej dan itinerary untuk perjalanan anda ke Jepun. Menariknya, kami membenarkan pelanggan membuat pilihan mengikut cita rasa sendiri.

Dengan sistem baru kami, yang pertama di Malaysia dan di Jepun, anda boleh customize perjalanan anda ke Jepun dalam masa 3 minit dan sistem secara automatik mengira kos yang akan anda keluarkan mengikut apa yang telah anda pilih.

Kami berusaha mencipta sistem ini yang memakan masa hampir satu tahun kerana setiap pelanggan berbeza selera, bajet dan cita rasa. Hasil pengalaman kami sejak 2013, kami buatkan pelanggan akan datang boleh memilih mengikut kehendak dan bajet masing-masing.

Setiap sebut harga yang diberi sebelum ini melibatkan emosi, status pekerjaan, latar belakang dan kerenah. Semestinya orang kaya diberi harga mahal, latar belakang dato’ datin dan artis diberi harga mahal, yang banyak kerenah tak dilayan, yang kurang bajet diberi harga luar biasa murah sampai kualiti perjalanan rosak.

Dengan sistem baru kami, masalah diatas selesai dan kami tidak mengira siapa anda. Sebaliknya anda sendiri yang merancang bagaimana jenis perjalanan, jenis penginapan dan bajet anda di Jepun.

Seperti pakej-pakej yang disediakan diluar sana, anda tidak boleh menukar apa yang telah ditetapkan sesuka hati. Harga pakej yang dipaparkan telah mereka tetapkan mengikut bilangan hari, jenis kenderaan, jenis penginapan yang mereka rancang.

Pilih salah satu daerah dibawah yang anda mahu dan dapatkan sebut harga anda di Jepun sekarang!

SHARE