19 TEMPAT MENARIK DI SEKITAR TOKYO

SEKITAR TOKYO TIP PERJALANAN

Post kali ini, JPTG mahu kongsikan beberapa tempat menarik di Tokyo yang menjadi pilihan utama atau mendapat rating yang tinggi dikalangan pelancong dari luar Jepun dan warga Jepun sendiri.

Kalau nak ke Tokyo mesti terfikir nak kemana kan? Ada beberapa tempat mungkin sudah set dalam kepala, tapi nak juga pergi tempat lain yang popular. Jadi kami senaraikan beberapa lokasi yang mesti anda masukkan dalam senarai.

Tak semua tempat yang disenaraikan ini menarik bagi anda. Setiap orang berbeza cita rasa. Anda boleh baca, nilai dan pilih sendiri. Kami sudah sertakan pelbagai info dari segi lokasi, harga dan apa yang ada disitu.

Apa yang best post ni bukan tempat-tempat yang senaraikan ni je. Anda boleh save page ni dan gunakan kat Jepun nanti. Macam mana tu?

Di Jepun, anda boleh gunakan post ini sebagai rujukan dan “get direction”. Kami sediakan butang “Get Direction” setiap lokasi. Klik sahaja dimana ada berada masa itu.

Butang tersebut akan terus sambungkan ke applikasi google map dan anda pilih jenis pengangkutan mengikut bajet anda sama ada jalan kaki, teksi, train dan memandu.

Nak mudah, selepas anda baca post ini, pilih lokasi yang anda minat dan tekan butang “Get Directions” yang disediakan. Anda akan terus disambungkan ke applikasi google map. Dan terus save atau star lokasi tersebut di map.

#19 HANEDA/NARITA INTERNATIONAL AIRPORT

Tempat menarik di Tokyo

Mendarat sahaja di lapangan terbang atau sebelum berlepas, anda boleh isi masa dengan meronda didalam airport je. Ada beberapa tempat menarik yang mungkin dicari-cari kalangan anda.

Apa yang menarik di Haneda International Airport?

  • Observation Deck : 5F
  • Tokyo Pop Town : 5F
  • Hello Kitty Japan : 5F
  • TIAT Sky Road : 5F
  • Edo Market : 4F

Apa yang menarik di Narita International Airport?

  • Terminal 1 (T1) Observation Deck : 5F
  • Terminal 2 (T2) Observation Deck : 4F
  • Hard Rock Cafe Tokyo : T1, 4F
  • Tokyo 2020 Official Shop : T1 & T2, 4F
  • Narita Sports : T2, 4F
  • Pokemon Store : T2, 4F

#18 TOKYO DISNEY RESORT

Tempat menarik di Tokyo

Tokyo Disney Resort berada dipinggir Tokyo yang popular dengan taman tema besar Tokyo Disneyland dan Tokyo Disneysea. Kami cadangkan anda elak datang kesini hujung minggu dan hari cuti umum.

Apakah perbezaan Disneysea & Disneyland? Dan mana yang lebih menarik?

Jawapan ini terlalu subjektif untuk diberikan. Harga tiket untuk kedua-dua tempat ini sama dan yang berbeza tema didalamnya.

Disneyland lebih popular dan ada dibeberapa negara seperti Hong Kong, Paris, Shanghai & California. Tetapi Disneysea hanya ada di Tokyo sahaja.

Dari segi ride, Tokyo Disneysea lebih adventurous. Bagi mereka yang bersama kanak-kanak, Disneyland adalah pilihan yang lebih sesuai kerana banyak tarikan sesuai didalamnya.

Dari segi show juga berbeza untuk kedua-dua taman tema ini. Anda perlu semak di laman web rasmi mereka untuk lebih lanjut. Begitu juga dengan senarai tarikan didalamnya, anda boleh semak di laman web rasmi dan buat pilihan sama ada masuk ke Disneyland/Disneysea atau masuk kedua-duanya sekali untuk buat perbandingan.

Tiket boleh dibeli secara online dan mesin tiket convenience store seperti 7 eleven, Family Mart dan lain-lain. Tiket mesti dibeli awal untuk elak sold out atau berbaris panjang di kaunter tiket.

Tiket yang dibeli awal boleh dibawa terus ke pintu masuk di belakang bangunan kaunter tiket dan scan sahaja. Tak perlu berbaris dikaunter tiket lagi.

Waktu Operasi
8.00 pagi – 10.00 malam
Jadual berubah pada hari tertentu
Semak jadual disini [Calendar]

Harga Tiket 1 Hari
Dewasa (18 tahun keatas) : 7,400 Yen
Junior (12~17 tahun) : 6,400 Yen
Kanak-kanak (4~11 tahun) : 4,800 Yen

Harga Tiket Starlight
Dewasa (18 tahun keatas) : 5,400 Yen
Junior (12~17 tahun) : 4,700 Yen
Kanak-kanak (4~11 tahun) : 3,500 Yen
**Masuk dari 3.00 petang hujung minggu & cuti umum sahaja

Harga Tiket Malam Sahaja
Dewasa (18 tahun keatas) : 4,200 Yen
Junior (12~17 tahun) : 4,200 Yen
Kanak-kanak (4~11 tahun) : 4,200 Yen
**Masuk dari 6.00 petang hari Isnin-Jumaat sahaja

Set Tokyo Disneyland + Disneysea (2 Hari)
Dewasa (18 tahun keatas) : 13,200 Yen
Junior (12~17 tahun) : 11,600 Yen
Kanak-kanak (4~11 tahun) : 8,600 Yen

#17 KASAI RINKAI PARK

Tempat menarik di Tokyo

Taman awam yang besar berdekatan dengan Tokyo Disney Resort, hanya beza 1 station menggunakan Keiyo Line. Bagi yang berjalan berkumpulan, mungkin ada diantara anda yang tak berminat dengan taman tema. Ataupun kekangan bajet kerana tiket taman tema mahal.

Anda boleh pergi sekadar untuk bergambar di pintu gerbang Disneyland/Disneysea dan terus ke Kasai Rinkai Koen ini sementara ahli lain habiskan masa di Disneyland/Disneysea. Taman ini agak luas, jadi anda boleh klik pada nama tempat yang disenaraikan dibawah untuk terus sambung ke applikasi google map.

Apa yang menarik di Kasai Rinkai Koen?

Tempat menarik di Tokyo

Waktu Operasi
24 jam : Taman bunga dan pinggir laut
10.00 pagi – 7.00 malam : Tarikan berbayar

Harga Tiket
Seperti yang tertera didalam senarai diatas

#16 ROPPONGGI

Tempat menarik di Tokyo
Mori Garden

Salah satu bandar yang popular dipenuhi dengan bangunan tinggi dan lampu-lampu yang cantik di pusat Tokyo. Disini ada beberapa tempat yang menjadi tumpuan pelancong dan mendapat rating tinggi.

Roppongi Hills

https://donnykimball.com/sky-deck-657f9c08bf53

Tokyo City View And Sky Deck (Indoor) + Mori Art Museum

Waktu Operasi
10.00 pagi ~ 10.30 malam

Harga Tiket
Dewasa (18 tahun keatas) : 1,800 Yen
Junior (12~17 tahun) : 1,200 Yen
Kanak-kanak (4~11 tahun) : 600 Yen

Rooftop Sky Deck (Outdoor)

Waktu Operasi
10.00 pagi ~ 7.30 malam

Harga Tiket
Dewasa (18 tahun keatas) : 500 Yen
Junior (12~17 tahun) : 500 Yen
Kanak-kanak (4~11 tahun) : 300 Yen

Mori Arts Center Gallery

Waktu Operasi
10.00 pagi ~ 7.00 malam

Harga Tiket
Dewasa (18 tahun keatas) : 2,000 Yen
Junior (12~17 tahun) : 1,500 Yen
Kanak-kanak (4~11 tahun) : 1,000 Yen

Hard Rock Cafe Tokyo Roppongi

Tempat menarik di Tokyo

Peminat hard rock cafe perlu berjalan kaki sikit untuk ke lokasinya.

Waktu Operasi
11.00 pagi – 11.00 malam

#15 TOKYO TOWER

Tempat menarik di Tokyo

Salah satu trademark yang tak boleh anda lepaskan peluang untuk kesini. Kami cadangkan anda datang di sebelah malam. Disebelah malam lampu dimenara mula dipasang dan nampak lebih cantik berbanding siang.

Bergambar dan masuk ke bangunan utama di tingkat 1-3 adalah percuma. Disini dijual pelbagai souvenir yang lebih murah berbanding di Asakusa. Dan juga cafe. Tokyo One Piece Tower di tingkat 4 dan 5.

Atau anda boleh menambah dalam bajet untuk naik ke main deck untuk melihat permandangan bandar Tokyo dari atas. Main Deck berada pada paras 150 meter dan top deck pada paras 250 meter.

Setiap hari Sabtu, jam 8.00 malam hingga 10.00 malam special Diamond Veil LED di menara akan dinyalakan. Lampu dimenara tersebut sekali sekala berubah mengikut musim dan event tertentu.

Main Observation Deck

Waktu Operasi
9.00 pagi ~ 10.30 malam

Harga Tiket
Dewasa (18 tahun keatas) : 900 Yen
Junior (12~17 tahun) : 500 Yen
Kanak-kanak (4~11 tahun) : 400 Yen

Main Deck + Top Observation Deck

Waktu Operasi
9.00 pagi ~ 10.00 malam

Harga Tiket
Dewasa (18 tahun keatas) : 2,800 Yen
Junior (12~17 tahun) : 1,800 Yen
Kanak-kanak (4~11 tahun) : 1,200 Yen

Main Deck + Tokyo One Piece Tower

Waktu Operasi
10.00 pagi ~ 9.00 malam

Harga Tiket
Dewasa (18 tahun keatas) : 2,900 Yen
Junior (12~17 tahun) : 2,500 Yen
Kanak-kanak (4~11 tahun) : 1,000 Yen

Tokyo One Piece Tower Live Show & Park Pass

Waktu Operasi
10.00 pagi ~ 9.00 malam

Harga Tiket
Dewasa (18 tahun keatas) : 3,200 Yen
Junior (12~17 tahun) : 2,700 Yen
Kanak-kanak (4~11 tahun) : 1,600 Yen
Beli tiket online untuk diskaun tambahan [Park Pass Online]

#14 TOKYO SKYTREE

Tempat menarik di Tokyo

Tahukah anda, Tokyo Skytree adalah binaan tertinggi di Jepun? Dan pernah termasuk dalam rekod tertinggi di dunia sebelum dipintas oleh Burj Khalifa. Ketinggian Tokyo Skytree, 634 meter.

Info Tambahan
Ketinggian Menara Kuala Lumpur 421 meter 
Ketinggian Twin Tower/KLCC 452 meter

Sama juga seperti Tokyo Tower, Tokyo Skytree pun ada special lighting pada masa dan hari tertentu. Setiap hari jam 6.30 petang hingga 12.00 malam lampu LED di menara akan dipasang penuh. Setiap pattern lampu diberi nama Special Lighting, Iki, Miyabi & Nobori. Klik disini untuk semak jenis lampu hari ini [Lighting Schedule].

Tembo Galeria 450 Meter

Waktu Operasi
10.00 pagi ~ 9.00 malam

Harga Tiket
Dewasa (18 tahun keatas) : 1,000 Yen
Junior (12~17 tahun) : 800 Yen
Kanak-kanak (6~11 tahun) : 500 Yen

Tembo Deck 350 Meter

Waktu Operasi
10.00 pagi ~ 9.00 malam

Harga Tiket
Dewasa (18 tahun keatas) : 2,100 Yen
Junior (12~17 tahun) : 1,550 Yen
Kanak-kanak (6~11 tahun) : 950 Yen

Fast Skytree Ticket – Tembo Deck

Harga Tiket
Dewasa (18 tahun keatas) : 3,200 Yen
Junior (12~17 tahun) : 3,200 Yen
Kanak-kanak (6~11 tahun) : 1,600 Yen

Tembo Galeria + Tembo Deck (Combo Ticket)

Harga Tiket
Dewasa (18 tahun keatas) : 3,100 Yen
Junior (12~17 tahun) : 2,350 Yen
Kanak-kanak (6~11 tahun) : 1,450 Yen

Fast Skytree Ticket – Combo Ticket

Harga Tiket
Dewasa (18 tahun keatas) : 4,200 Yen
Junior (12~17 tahun) : 4,200 Yen
Kanak-kanak (6~11 tahun) : 2,100 Yen

#13 ASAKUSA CITY

Tempat menarik di Tokyo

Asakusa salah satu bandar di Tokyo yang masih ada tinggalan suasana Tokyo semasa berdekad yang lalu. Tempat tumpuan utama di Asakusa ialah Sensoji Temple dan bersambung dengan ratusan buah kedai makan, peralatan, souvenir dan lain-lain.

Kawasan Asakusa ini agak luas untuk dijelajah satu persatu. Anda perlu bertenaga atau pilih sahaja tempat yang mahu dituju. Atau boleh gunakan servis beca Jinrikisha yang ditarik oleh seorang guide sambil berlari mengelilingi Asakusa.

Dari Asakusa anda boleh berjalan kaki ke Tokyo Skytree merentasi sungai Sumida melalui Azuma Bridge. Dibawah beberapa lokasi yang biasa menjadi tumpuan para pelancong dalam dan luar negara.

Sensoji Temple

Tempat menarik di Tokyo

Temple tertua di Tokyo dibina pada tahun 654 oleh penganut Buddha. Dikelilingi taman yang kemas dan cantik. Kawasan temple ini percuma untuk dilawati. Dewan utamanya dibuka dari 6 pagi hingga 5 petang.

Kalau anda tak berminat dengan kawasan keagamaan seperti ini, anda boleh meronda dikawasan sekitar Asakusa yang kaya dengan seni bina Jepun lama yang masih dikekalkan.

Nakamise Souvenir Street

Tempat menarik di Tokyo

Lebih dari 200 kedai disepanjang Nakamise Street. Kedai souvenir, makanan dan lain-lain banyak disini. Kawasan ini padat dengan pelancong setiap hari mulai jam 9 pagi hingga 6 petang.

Sumida Park

Tempat menarik di Tokyo

Sebaris taman pokok sakura di sepanjang sungai yang disusun rapi. Antara spot popular semasa musim bunga penghujung bulan Mac untuk berhanami. Selain itu, disini juga diadakan pesta bunga api semasa musim panas, pada bulan Julai.

Hanayashiki Amusement Park

https://e-asakusa.jp/en/spot/4156

Taman tema ini berada di belakang Sensoji Temple. Tidak sebesar taman tema disney, tetapi sudah cukup untuk kanak-kanak.

Waktu Operasi
10.00 pagi ~ 6.00 petang

Harga Tiket Masuk
Dewasa (13 tahun keatas) : 1,000 Yen
Junior (7~12 tahun) : 500 Yen

Harga Tiket Masuk & Ride
Dewasa (13 tahun keatas) : 2,300 Yen
Junior (7~12 tahun) : 1,800 Yen
Kanak-kanak (2~6 tahun) : 1,800 Yen

Tokyo Water Bus

https://www.gotokyo.org/en/spot/265/

Dari Asakusa anda boleh terus ke Odaiba dan Toyosu Fish Market menggunakan cruise. Tokyo water bus/flagship yang popular diberi nama Emeraldas, Himiko & Hotaluna.

Untuk mengelak berbaris panjang untuk membeli tiket, anda boleh beli secara online disini [Online Ticket].

Waktu Operasi
10.00 pagi ~ 5.00 petang

Harga Tiket Sehala (Asakusa – Odaiba)
Dewasa (12 tahun keatas) : 1,720 Yen
Kanak-kanak (6~11 tahun) : 860 Yen

#12 UENO CITY

Tempat menarik di Tokyo

Ueno salah satu bandar didalam Tokyo. Seperti mana Asakusa, Ueno pun ada kelebihannya sendiri. Ueno boleh dikatakan pusat transit untuk pelancong terutamanya pelancong muslim. Disini ada tempat riadah, tempat shopping pun ada, pilihan makanan halal dan street food halal yang murah, dan juga ada masjid untuk singgah solat.

Ueno Park

Tempat menarik di Tokyo

Taman besar didalam bandar ini dibuka 24 jam tanpa sebarang caj tiket masuk. Semasa musim sakura dan kemuncak musim luruh, taman ini jadi tempat tumpuan utama warga Jepun dan pelancong.

Ueno Zoo

Tempat menarik di Tokyo

Mungkin ramai yang tak berminat dengan zoo. “Malaysia pun ada zoo..” Tapi zoo disini boleh anda bandingkan dengan zoo kita. Dari segi penjagaan, susun atur dan kebersihan.

Kami jamin anda akan nampak kelainan dalam zoo ini dari yang biasa anda tengok.

Zoo ini terbahagi kepada 2 zon. East Garden dan West Garden yang disambung dengan monorail atau jalan kaki. Anda boleh semak peta yang ada didalam zoo.

Waktu Operasi
9.30 pagi ~ 4.00 petang

Harga Tiket Masuk
Dewasa (16 tahun keatas) : 600 Yen
Junior (13~15 tahun) : 200 Yen

Tokyo National Museum

Ueno city

Muzium boleh dikatakan paling kurang dikunjungi oleh pelancong dari Asia tenggara termasuk Malaysia. Mungkin disebabkan negara kita terlalu kaya dengan muzium, maka muzium disini kurang menjadi tarikan.

Didalam muzium ini disimpan segala info dan artifak sejarah negara Jepun. Event, lecture, theater dan lain-lain juga dijalankan dalam muzium ini.

Waktu Operasi
9.30 pagi ~ 4.30 petang

Harga Tiket Masuk
Dewasa (18 tahun keatas) : 620 Yen
Junior (0~17 tahun) : Free

Ameyoko Street

Tempat menarik di Tokyo

Ameyoko street dipenuhi dengan kedai barangan harian, stall makanan, pasar basah dan juga barang-barang berjenama. Kasut, jam, beg tangan dan barang terpakai (used/2nd hand) juga ada disini.

Segala yang dijual disini tetap original walaupun hanya dijalanan. Menariknya disini masih ada peniaga yang boleh tawar menawar dalam jual beli.

#11 NIPPORI FABRIC STREET

Tempat menarik di Tokyo

Di Nippori Fabric Street dijual pelbagai jenis kain dari pelbagai gred. Yang pastinya syurga bagi kaum hawa dan bukan satu tempat tarikan bagi seorang lelaki. Anda tak perlu ke Nagoya untuk cari kain pelbagai jenis.

Ada warga Jepun disini mengatakan street ini sudah cukup bagus dapatkan kain berkualiti pada harga yang rendah. Harga mengikut jenis kain. Serendah 600 Yen hingga 10,000 Yen untuk satu meter.

#10 AKIHABARA

Tempat menarik di Tokyo

Akihabara semestinya popular dikalangan orang muda terutamanya. Bandar elektronik ini dipenuhi dengan taburan kedai yang menjual pelbagai perkakas elektrik dan barang-barang elektronik.

Jam, kamera, game, komputer, gadjet, aksesori dan bermacam-macam dijual disini termasuk permainan kanak-kanak. Harga disini tidak semestinya murah. Anda kena pandai buat perbandingan. Mengikut pengalaman kami, harga barangan seperti komputer dan aksesori smart phone lebih murah dinegara kita.

Begitu juga harga diantara mall-mall di Akihabara juga berbeza. Anda boleh buat perbandingan sendiri disana kalau ada barang yang menjadi target untuk dibeli. Yodobashi Camera Akiba mall terbesar dan terlalu banyak pilihan tetapi harga barangnya agak mahal berbanding branch Yodobashi Camera lain. Anda boleh buat perbandingan dengan Bic Camera, Labi Akihabara dan lain-lain.

Dibawah antara tempat-tempat popular yang ada disana. Terdapat banyak lagi mall atau outlet disana yang boleh anda jumpa. Klik sahaja nama tempat dibawah, anda akan terus disambungkan ke applikasi google map.

#9 SHIBUYA CROSSING

Tempat menarik di Tokyo

Sebaik sahaja keluar dari station train melalui Exit Hachiko, anda akan tergamam seketika. Shibuya crossing dikatakan jalan yang paling sibuk didunia dilintasi manusia. Setiap kali lampu merah, kawasan menunggu sebelum melintas akan dipenuhi manusia dalam beberapa saat sahaja.

Selain itu, Paparan TV besar dan papan iklan neon dan LED yang terang disana sini buatkan kawasan ini jadi meriah. Seperti biasa ada yang kurang gemar dengan bersesak sesak dikawasan awam, jadi sila elakkan.

Di station ini juga didirikan statue anjing yang terkenal diberi nama Hachiko atas kisah kesetiaan menunggu tuannya pulang setiap hari. Sehingga suatu hari tuannya mati ditempat kerja dan tidak pulang melalui station ini. Hachiko masih tetap menunggu setiap hari hingga bertahun-tahun sampai ia jatuh sakit dan mati kerana tua.

Di Shibuya juga dikelilingi shopping centre dan lebih dikenali sebagai youth fashion and culture center. Lokasi strategik untuk merakam ribuan manusia melintas ialah dari bangunan Magnet by Shibuya 109 di roof top.

Agak kurang sesuai kesini bersama kanak-kanak dan orang tua kerana perlu melalui premis bar ditingkat 7. Dan menaiki tangga melalui pintu emergency ke roof top. Bayaran untuk ke spot tersebut 300 Yen seorang.

#8 MEGURO

Tempat menarik di Tokyo

Antara tempat menarik dan popular di Tokyo semasa musim sakura berkembang dan semasa kemuncak musim luruh. Pokok sakura yang ditanam dikiri kanan Meguro River ini buat anda hilang akal semasa musim kemuncak.

Anda boleh mula berjalan kaki sepanjang Meguro River dari station Ikejiri Ohashi hingga ke Naka Meguro Station sejauh 2.5km. Dalam perjalanan anda boleh singgah di Meguro Sky Garden dan premis terbesar didunia Starbucks Reserve® Roastery Tokyo.

Atau anda boleh datang melalui Naka Meguro Station dan berjalan dikawasan sekadar mana anda mampu dan berpatah balik ke Naka Meguro Station. Cara ini lebih mudah dan kurang memenatkan.

Klik butang dibawah mengikut pilihan anda dan cari sungai yang terdekat melalui applikasi map. Anda pasti tidak akan sesat.

#07 TOKYO STATION MARUNOUCHI

Tempat menarik di Tokyo

Struktur lama luar bangunan Tokyo Station yang dibina dari bata merah masih dikekalkan hingga ke hari ini. Marunouchi exit dan Yaesu exit dua lokasi berbeza dan dua permandangan berbeza. Didalam Tokyo Station sangat mudah untuk anda tersesat.

Marunouchi exit menghala ke Imperial Palace. Kawasan “business district” yang sangat cantik, tersusun dan kemas. Tiada sampah, tiada gelandangan, tiada peminta sedekah. Dikelilingi bangunan-bangunan tinggi dari setiap penjuru. Kami cadangkan anda ke sini disebelah malam.

SAMBUNGAN SEDANG DIKEMAS KINI

SHARE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *