Japan Travel - Japan Travel Guide - Travel to Japan - Melancong ke Jepun

23 TEMPAT MENARIK DI SEKITAR SAPPORO, HOKKAIDO

SEKITAR SAPPORO (HOKKAIDO) TIP PERJALANAN

NAK KE HOKKAIDO TAPI TAK TAHU NAK KEMANA?

Kami cadangkan 23 lokasi utama di sekitar Sapporo yang harus atau wajib anda pergi bergantung pada musim. Mudah untuk anda pergi & tak memakan masa untuk sampai. Yang penting trip tak penat & enjoy!

Jangan lupa share pada kawan-kawan yang plan nak ke Hokkaido tahun ni.

Sebelum itu, kami nak ingatkan kalau ada iklan pass train, flight atau apa-apa sales melibatkan perjalanan di Jepun dalam ruangan iklan jangan lepaskan peluang terus klik dan cek tawaran produk jualan mereka. Iklan-iklan tersebut timbul ikut apa yang tengah anda cari dan offer tersebut kadang kala tak masuk akal. Dan tenggelam timbul. Bila kita nak dia tak timbul.

#23 ODORI PARK

Japan Travel - Japan Travel Guide - Travel to Japan - Melancong ke Jepun

Klik link map kat atas untuk ke lokasi. Odori Park boleh dikatakan center Sapporo city. Dari Odori Park anda boleh jumpa Sapporo TV Tower, berjalan sedikit ke arah Sapporo Station boleh jumpa Hokkaido Government Office. Berlawanan arah pula anda akan jumpa Tanukikoji. 

Tak tahan sejuk boleh guna laluan bawah tanah. Sepanjang jalan pun banyak kedai boleh shopping.

Semasa musim sejuk kawasan Odori Park ni dipenuhi lampu (illumination) yang cantik. Jadi jangan lupa kesini!

#22 TANUKIKOJI

Japan Travel - Japan Travel Guide - Travel to Japan - Melancong ke Jepun

Shopping street berbumbung hampir 3km. Kawasan yang mudah anda nak shopping atau cuci mata. Dihujung jalan Tanukikoji anda akan jumpa sebuah pasar pagi (Nijyo Market). Kalau ada masa lebih, luangkan waktu pagi anda disini cari buah-buahan, king crab atau hasil laut lain.

Tak cukup Tanukikoji, boleh turun ke shopping street bawah tanah pulak.

#21 SHIROI KOIBITO, CHOCOLATE FACTORY 

Japan Travel - Japan Travel Guide - Travel to Japan - Melancong ke Jepun

Antara tempat yang cantik untuk anda lawati. Kilang yang kreatif ni sediakan anda taman yng cantik & menarik. 600¥ bayaran untuk anda masuk kedalam kilang & berpeluang saksikan proses pembuatan chocolate Shiroi Koibito secara live.

Produk Shiroi Koibito yang mengandungi shortening HARAM untuk pengguna muslim. Kami sudah sahkan info ni melalui call dengan syarikat Shiroi Koibito sendiri. 

Ruang solat disediakan di tingkat 2.

#20 FORMER HOKKAIDO GOVERNMENT OFFICE

Japan Travel - Japan Travel Guide - Travel to Japan - Melancong ke Jepun

Semasa musim sejuk, waktu malamnya diterangi dengan lampu yang sangat cantik. Senibina bangunan & tamannya menjadi tarikan utama. Kalau nak enjoy, takde apa-apa disini

#19 MASJID SAPPORO 

Japan Travel - Japan Travel Guide - Travel to Japan - Melancong ke Jepun

Kalau dah sampai tu, apa salahnya singgah kan? Anda boleh tambah pengalaman melihat keadaan masjid di negara bukan Islam. Tidak segah masjid di Malaysia. Di sekitar masjid ini terdapat 3-4 restoran halal & dekat dengan Sapporo University.

#18 MT. MOIWA

Japan Travel - Japan Travel Guide - Travel to Japan - Melancong ke Jepun

Bagi yang minat permandangan dari tempat tinggi atau lampu-lampu bandaraya, anda boleh naik ke puncak gunung Moiwa ni. Kos untuk kereta cable turun dan naik ke puncak, 1700¥ untuk dewasa dan 850¥ untuk kanak-kanak. 

Musim luruh, waktu terbaik untuk naik ke atas adalah petang atau senja. Musim sejuk, waktu terbaik adalah waktu anda rasa kat luar tak sejuk. Kalau tak tahan sejuk lupakan saja tempat ni, nanti anda akan rasa menyesal & kerugian.

#17 NINGLE TERRACE, FURANO

Japan Travel - Japan Travel Guide - Travel to Japan - Melancong ke Jepun

Di bawah pengurusan Prince Hotel Furano. Waktu yang dicadangkan untuk datang adalah waktu malam. Lampu yang dipasang menyerlahkan kecantikkan kawasan binaan kayu ni. Rumah kecil tu semuanya kedai souvenir. Souvenir yang diorang jual mungkin anda boleh tengok sahaja, harganya agak kurang berbaloi.

#16 FURANO SNOWLAND

Japan Travel - Japan Travel Guide - Travel to Japan - Melancong ke Jepun

Sebelah Ningle Terrace dan agak tersorok kaunternya. Ada banyak aktiviti musim sejuk ditawarkan, harga bergantung pada pakej yang ditetapkan. 

Luar musim sejuk, kawasan ini jadi kawasan aktiviti sukan dan taman bunga.

#15 BIEI FARM AREA

Japan Travel - Japan Travel Guide - Travel to Japan - Melancong ke Jepun

Kawasan Biei majoritinya adalah kawasan ladang. Semasa musim panas anda akan lihat pelbagai jenis tumbuhan ditanam disana. Semasa musim sejuk kawasan ladang tersebut nampak rata seperti padang pasir yang tandus. 

Kami lebih suka gunakan jalan kampung. Mudah nak berhenti bila jumpa kawasan yang cantik.

#14 ASAHIYAMA ZOO

Japan Travel - Japan Travel Guide - Travel to Japan - Melancong ke Jepun

Jauhnya? Ya agak jauh dari Sapporo City. Kebiasaannya, bila anda ke Furano & Biei, lebih baik anda bermalam disekitar kawasan ni. Almaklum kawasan Furano dan Biei ni sangat kurang penginapan. Kalau ada terlalu mahal, yang murah tak sesuai untuk keluarga. Ada homestay tapi jauh dari kemudahan dan kejiranan pun tak banyak (seram jugak).

Jadi Asahikawa adalah bandar terdekat untuk menginap. Banyak hotel & homestay yang berpatutan kawasan bandar Asahikawa. Bila dah alang-alang anda menginap disini, luangkan masa 1-2 jam di Asahiyama Zoo. Tiket masuk hanya 820¥.

Zoo yang tak besar tetapi dekorasi dan penyusunan sangat cantik. Idea zoo ni patut dibawa masuk ke Malaysia.

#13 HIMAWARI NO SATO

Japan Travel - Japan Travel Guide - Travel to Japan - Melancong ke Jepun

Boleh dikatakan, disini adalah perkampungan bunga matahari. Bila anda kesini, seluas-luas kawasan hanya ditanam bunga matahari sahaja.

Waktu yang paling sesuai untuk kesini bulan Julai hingga pertengahan Ogos.

#12 SHIROGANE BLUE POND

Japan Travel - Japan Travel Guide - Travel to Japan - Melancong ke Jepun

Tasik kecil bewarna biru. Jika anda pernah ke tasik biru negara lain seperti Indonesia, anda akan kata “Ini je ke?”

Ye itu je.. Masuk percuma

Musim sejuk anda tak perlu kesini. Tasik ni akan membeku dan akhirnya akan putih dipenuhi salji.

#11 SHIRAHIGE WATERFALL

Japan Travel - Japan Travel Guide - Travel to Japan - Melancong ke Jepun

Anda hanya boleh tengok dari atas jambatan besi yang dibina. Jangan mimpi dapat mandi bawah air terjun ni.

Bagi pencinta alam, anda sesuai untuk kesini. Bagi yang kurang berminat anda tidak perlu membuang masa kesini terutamanya dimusim sejuk.

#10 UNKAI TERRACE 

Japan Travel - Japan Travel Guide - Travel to Japan - Melancong ke Jepun

Kalau anda google tempat ni, gambar yang ditunjuk cantik-cantik. Awan terbentang luas lebih rendah dari tapak kaki anda.

Jangan terlalu excited. Nanti dulu… Langit tak selalunya cerah, awan tak selalunya ada. Waktu terbaik untuk anda jumpa situasi awan terbentang luas tu hanya sekitar bulan Jun sahaja. Waktu lain agak sukar bergantung pada cuaca, tekanan udara, dan aliran angin. Sebelum kesini disarankan anda semak kajian cuaca atau call kaunter pertanyaan Unkai Terrace.

Unkai Terrace : +81 167-58-1111

Semasa musim panas, anda perlu terpacak dikaunter tiket sekitar pukul 4 pagi. Gondola atau kereta cable akan mula beroperasi jam 4 pagi dan tutup jam 8 pagi. Kos tiket 1900¥ seorang.

Kalau tak dapat tengok awan tu, anda boleh berehat diatas bukit ni sambil menikmati kehijauan bumi Tuhan.

#09 TOMITA FARM

Japan Travel - Japan Travel Guide - Travel to Japan - Melancong ke Jepun

Waktu terbaik bermula bulan Jun hingga sekitar awal Oktober. Bunga juga ada musimnya. 

Mudah anda sampai kesini kalau menggunakan kenderaan awam (train).

Tempat solat juga disediakan tetapi perlu ambik perhatian kerana tempat wuduk tak disediakan buat masa ni. Jadi anda perlu berwuduk ditempat lain dan kembali ke ruang solat. Dan lagi satu bilik solat ni tak asingkan mengikut jantina & anda perlu mengikut giliran.

#08 SHIKISAI NO OKA

Japan Travel - Japan Travel Guide - Travel to Japan - Melancong ke Jepun

Berhampiran dengan Tomita Farm. Kalau anda masih belum berpuas hati, anda boleh teruskan lagi perjalanan je Shikisai No Oka. 

Kawasan berbukit yang ditanam bunga mengikut pattern lebih memukau mata anda. Anda digalakkan berjalan kaki sahaja. Tak perlu gunakan khidmat “train” mereka untuk ronda didalam ladang bunga ni. Nanti anda kecewa… tak percaya boleh cuba. Kosnya 500¥ seorang per trip.

#07 SHIKOTSU LAKE

Japan Travel - Japan Travel Guide - Travel to Japan - Melancong ke Jepun

Tasik yang jernih, tenang & dikelilingi bukit ni sesuai untuk anda berehat seketika. Kawasan ni tumpuan kaki pancing dah peminat sukan air.

Kami selalu singgah disini dalam perjalanan ke Noboribetsu city. Semasa musim sejuk segala kemudahan ditasik ini akan ditutup.

#06 DATE JIDAIMURA, NOBORIBETSU

Japan Travel - Japan Travel Guide - Travel to Japan - Melancong ke Jepun

Boleh dikatakan tempat himpunan seni dan kebudayaan Jepun. Tiket masuknya agak mahal sedikit. 

Dewasa : 2900¥
Kanak-kanak : 1500¥

Dalam ni nak jumpa ninja, samurai, hantu, semua ada…

#05 NOBORIBETSU BEAR PARK

Japan Travel - Japan Travel Guide - Travel to Japan - Melancong ke Jepun

Tak nak jumpa beruang yang comel ni? Menariknya bear park ni berada di puncak gunung. Anda perlu gunakan servis ropeway/cable car untuk sampai keatas.

Dari atas sana anda boleh nampak permandangan pekan kecik dibawahnya dan tasik Kuttara yang berada di puncak gunung sebelahnya

#04 JIGOKUDANI / HELL VALLEY 

Japan Travel - Japan Travel Guide - Travel to Japan - Melancong ke Jepun

Kawasan sulfur yang dijadikan kawasan pelancongan. Kawasan ni dikaitkan dengan kepercayaan bangsa Jepun yang mana ia dijaga oleh makhluk “tepi jalan”. Patung makhluk tu ada kat tepi-tepi jalan sebelum anda sampai ke lokasi ni.

Kalau anda ada penyakit asma atau lelah, elak datang kesini. 

Mereka menyediakan jalan untuk mendaki bukit disekitar kawasan tersebut. Jika anda berminat dan mempunyai banyak masa, anda boleh cuba explore kawasan ni.

Hati-hati ketika musim sejuk. Walaupun kawasan ni dikelilingi bukit dan kawasan gunung berapi, angin dingin yang bertiup boleh buat anda putus asa berjalan. Tiada tempat solat disediakan. Dan jalan berbukit yang licin disebabkan jalan membeku. 

Jalan antara information center ke tempat tinjauan kawasan sulfur yang paling bahaya. Dan banyak kes pengunjung tergelincir dan terlentang dijalan tersebut.

#03 OTARU CANAL 

Japan Travel - Japan Travel Guide - Travel to Japan - Melancong ke Jepun

Kawasan kilang dan gudang yang dijadikan kawasan pelancongan. Kemudian kawasan sekitar canal dihias dengan lampu jalan dan batuan yang kemas. 

Realitinya, air longkang utama dari bandar terdekat mengalir ke canal ini dan terus ke laut. Apa yang membuatkan canal ni popular menjadi satu tanda tanya. Satu pelusuk dunia datang bergambar kat sini.

Sejarah canal ni masih kabur dan kadang kala hebat juga Japanese menaikkan sesuatu “from nothing to something”.

Kat sini ada disediakan khidmat cruise. 1500¥ per trip.

#02 SAKAIMACHI

Japan Travel - Japan Travel Guide - Travel to Japan - Melancong ke Jepun

Pekan kecil yang mana dipenuhi deretan kedai souvenir dan seafood. Lanskap dan reka bentuk bangunan kawasan ni agak menarik. Seperti anda berada di negara barat. 

Kat sini terdapat satu restoran seafood yang sediakan makanan muslim friendly & ruang solat, Donburi Chaya Otaru Sakaimachi.

#01 LADANG BUAH YOICHI

Japan Travel - Japan Travel Guide - Travel to Japan - Melancong ke Jepun

Dikawasan selepas bandar Otaru terdapat banyak ladang yang dibuka untuk orang awam dan pelancong.

Jangan lepaskan peluang rasai nikmat manis buah dipokok. Biasa kita beli dipasar. Ladang disini konsep, bayar dan makan sepuas hati. Tapi tak boleh bawa balik buah yang ada (bayar ikut berat).

Anda perlu semak jadual musim buah di Hokkaido. 

Strawberry : Jun 
Cherry : Jun – Julai
Plum, Prune & Peach: Ogos – September
Anggur : September – Oktober
Apple & Pear : September – November

 

SHARE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *