3 APPLIKASI MAP UTAMA UNTUK TRAVEL DI JEPUN DAN CARA PENGGUNAAN

TIP PERJALANAN

Post kali ni antara point yang sangat penting semasa travel di Jepun. Bagi orang luar atau pelancong zaman kini, smartphone, map & internet adalah nyawa. Kami akan terangkan 3 applikasi map utama yang mudah digunakan di Jepun. Dan kami akan terangkan juga cara pengggunaan dan cara membaca route yang dicadangkan oleh applikasi.

#1 GOOGLE MAP

Applikasi map yang paling mudah digunakan di Jepun. Bukan setakat untuk map dan route public transport sahaja, anda boleh gunakan google map untuk baca review tempat yang nak dituju, dapatkan nombor telefon atau website dan lain-lain info penting.

Bagi kami google map adalah pilihan nombor 1 dan mesra pengguna. Maklumatnya juga cukup lengkap dan potensi untuk sesat adalah 10% sahaja.

Contoh Tokyo Tower
Maklumat penting : Waktu beroperasi, Nombor telefon, Website dan Alamat

Contoh Route 01 :
Haneda International Airport ke Kaminarimon (Asakusa)

Cadangan route yang diberi
Cek masa, platform dan nama “Line”

Contoh Route 02 :
Kaminarimon (Asakusa) ke Tokyo Tower

Pilih termurah dan paling kurang berjalan kaki
Cek masa, platform dan nama Line

#2 IPHONE MAPS

Applikasi maps didalam iphone juga salah satu apps yang sangat mudah digunakan dan cadangan route sangat tepat. Boleh juga dapatkan maklumat seperti nombor telefon, website dan lain-lain.

Contoh Route 01 :
Haneda International Airport ke Kaminarimon (Asakusa)

Cadangan route dari Maps
Hati-hati dengan maksud titik dan warna line dalam route

Contoh Route 02 :
Kaminarimon (Asakusa) ke Tokyo Tower

Ada 3 pilihan

#3 JAPAN TRAVEL by NAVITIME

Applikasi ni backup untuk pengguna JR Pass atau pass yang lain. Applikasi ini akan bantu anda semak mana satu train yang boleh guna pass yang dibeli dan train yang tidak boleh gunakan pass.

Jadi perjalanan anda akan lebih smooth. Gunakan serentak dengan salah satu apps diatas sama ada google maps atau apple maps. Tetapi anda tak perlukan apps ni kalau master jenis & kumpulan train di Jepun.

Kalau taknak pening kepala sesat dan rugikan banyak kos dan masa, bergaduh sesama sendiri bila dah penat sesat, guna khidmat travel agensi atau private guide je.

SHARE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *