Japan Travel - Japan Travel Guide - Travel to Japan - Melancong ke Jepun

BAGAIMANA DAPATKAN AIRPORT TRANSFER KE TOKYO, OSAKA & SAPPORO?

TIP PERJALANAN

Kali ini JPTG mahu kongsikan tip melancong ke Jepun dan info mengenai airport transfer untuk anda masuk ke bandar utama atau sebaliknya.


Kansai International Airport (KIX)


KIX ⇔ Central Osaka & Kyoto

Jika mendarat diwaktu siang atau selesai urusan immigration sebelum pukul 11 malam anda boleh terus memilih mana-mana kenderaan mengikut bajet anda. Jika anda menggunakan pass, pastikan dahulu train yang termasuk dalam jaringan pass tersebut bagi mengelakkan anda terkena caj tambahan.

Disebelah malam, train terakhir untuk masuk ke Osaka kebiasaannya pada pukul 11.30~11.55 malam. Manakala untuk ke Kyoto, train terakhir lingkungan pukul 10.30 malam. Jadi anda boleh memilih untuk menggunakan midnight bus, teksi atau servis airport transfer lain. Ataupun jika dah terlalu lewat disebabkan flight delay atau masalah di bahagian immigration dan kastam, anda boleh buat pilihan untuk bermalam di airport sahaja.

BACA : BOLEH KE TIDUR DI AIRPORT?

JR Haruka Limited Express [Jadual Train]

  • KIX ⇔ Tennoji Station (30 minit)  : 1,710 Yen (1,100 Yen menggunakan ICOCA)
  • KIX ⇔ Shin-Osaka Station (50 minit) : 2,330 Yen (1,300 Yen menggunakan ICOCA)
  • KIX ⇔ Kyoto Station (70 minit) : 3,170 Yen

JR Line

  • KIX ⇔ Tennoji Station (50 minit) : 1,060 Yen
  • KIX ⇔ Osaka Station (70 minit) : 1,190 Yen
  • KIX ⇔ Kyoto Station (120 minit) : 1,880 Yen

Nankai Airport Line [Jadual Train]

Airport Limousine Bus 

Teksi & Lain-lain (Tak Disyorkan)                                                                                                                            

  • Teksi KIX ⇔ Central Osaka : 15,000 ~ 20,000 Yen
  • Bus Hire, KIX ⇔ Central Osaka : 19,500 Yen ~ keatas  ΔGet Quote
  • Bus Hire, KIX ⇔ Central Kyoto : 39,000 Yen ~ keatas  ΔGet Quote
  • China KKday, KIX ⇔ Central Osaka : 17,000 Yen ~ keatas  ΔSemak disini
  • China KKday, KIX ⇔ Central Kyoto : 44,444 Yen ~ keatas  ΔSemak disini
  • Yasaka, KIX ⇔ Central Kyoto : 4,200 Yen (adult), 2,100 (child)   ΔSemak disini
  • Japan Pro Travel Guide : 9,000 Yen Bergantung pada kekosongan (Hubungi kami 3 hari sebelum mendarat)

Tip : Walaupun anda sempat menggunakan train atau bas lewat malam untuk masuk ke pusat Osaka, kenderaan awan dipusat Osaka sudah tidak beroperasi. Anda boleh gunakan teksi jika penginapan anda disekitar bandar Osaka kerana kosnya tidak begitu mahal hanya sekitar 1,500~2,500 Yen untuk lingkungan 7km. Dan anda selamat sampai hingga ke pintu penginapan. Pastikan anda simpan alamat penginapan didalam bahasa Jepun atau gunakan sahaja applikasi map dan tunjukkan pada pemandu teksi.


Haneda International Airport


Haneda ⇔ Central Tokyo

Haneda airport paling hampir dengan bandar Tokyo. Ia hanya memakan masa lebih kurang 30 minit memandu dari pusat Tokyo untuk sampai ke Haneda. Bagi pengguna Air Asia X, kapal biasanya mendarat sebelah malam sekitar pukul 10.30 malam di Haneda Airport International Airport (HND). Untuk urusan immigration dan bagasa memakan masa lebih kurang sejam untuk anda tiba di arrival hall.

BACA : BOLEH KE TIDUR DI AIRPORT?

Tokyo Monorail

Keikyu-Kuko Line  

Airport Limousine Bus

Teksi & Lain-lain (Tak Disyorkan)     

  • Keikyu Taxi, HND ⇔ Central Tokyo :  6,600 Yen ~ keatas  ΔSemak disini
  • Green Tomato, HND ⇔ Central Tokyo :  4,800 Yen ~ keatas  ΔSemak disini
  • TokyoTaxi, HND ⇔ Central Tokyo : 9,360 Yen ~ keatas  ΔSemak disini
  • Japan Pro Travel Guide : 5,000 Yen Bergantung pada kekosongan (Hubungi kami 3 hari sebelum mendarat)

Tip : Jika anda sudah menempah penginapan untuk malam pertama di Tokyo, anda perlu berusaha sampai ke station utama di dalam senarai Yamanote Line sebelum pukul 12 malam.  Dari station tersebut anda boleh gunakan Yamanote Line untuk ke station yang terdekat dengan kawasan hotel atau gunakan teksi jika penginapan anda disekitar bandar Osaka kerana kosnya tidak begitu mahal hanya sekitar 1,500~2,500 Yen untuk lingkungan 7km. Dan anda selamat sampai hingga ke pintu penginapan. Pastikan anda simpan alamat penginapan didalam bahasa Jepun atau gunakan sahaja applikasi map dan tunjukkan pada pemandu teksi.


Narita International Airport


Narita ⇔ Central Tokyo

Jarak antara Tokyo ke Narita lebih kurang 70km yang memakan masa 1 jam dengan berkereta.

JR Line

  • JR Narita Express (NEX), Narita ⇔ Tokyo Station (60 minit) : 3,020 Yen  ΔRound trip pass 4,000Yen
  • JR Sobu Line (Rapid), Narita ⇔ Central Tokyo (85 minit) : 1,300 Yen

Keisei Line [Jadual Train]

  • Keisei Skyliner, Narita ⇔ Nippori Station (40 minit) : 2,470 Yen
  • Narita Sky Access Line, Narita ⇔ Nippori Station (60 minit) : 1,240 Yen
  • Keisei Main Line (Limited Express), Narita ⇔ Nippori Station (75 minit) :  1,030 Yen

Airport Limousine/Shuttle Bus

Teksi & Lain-lain (Tak Disyorkan)

  • Teksi Narita ⇔ Central Tokyo : 16,000 Yen ~ keatas  ΔSemak disini
  • Green Tomato, Narita ⇔ Central Tokyo :  5,200 Yen ~ keatas  ΔSemak disini
  • TokyoTaxi, Narita ⇔ Central Tokyo : 21,180 Yen ~ keatas  ΔSemak disini
  • Bus Hire, KIX ⇔ Central Osaka : 39,000 Yen ~ keatas  ΔGet Quote
  • Japan Pro Travel Guide : 15,000 Yen Bergantung pada kekosongan (Hubungi kami 3 hari sebelum mendarat)

New Chitose Airport


New Chitose ⇔ Central Sapporo

New Chitose Airport ini terletak di luar bandar Sapporo dan lebih kurang 50km jaraknya. Pengguna AirAsia kebiasaan mendarat awal pagi, jadi tiada masalah dengan pengangkutan awam. Tetapi untuk terbang semula ke Kuala Lumpur, sebelum 7.15 pagi anda perlu berada di kaunter check in. Bermalam di airport untuk menunggu pagi adalah mustahil dan tidak dibenar kerana airport akan ditutup sepenuhnya dan anda tidak boleh berada didalam kawasan lapangan selepas pukul 11 malam.

BACA : BOLEH KE TIDUR DI AIRPORT?

JR Line

  • JR Chitose Line, New Chitose ⇔ Sapporo Station (37 minit) :  1,590 Yen

Airport Limousine/Shuttle Bus

SHARE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *