Japan Travel - Japan Travel Guide - Travel to Japan - Melancong ke Jepun

CARA DAPATKAN POCKET WIFI, SIMKAD ATAU WIFI DI JEPUN?

TIP PERJALANAN

Kali ini JPTG nak kongsikan cara untuk mendapatkan data simkad atau pocket wifi di Jepun supaya anda dapat akses dengan dunia luar dan mudah untuk guna semua applikasi.

Untuk pengetahuan anda, untuk dapatkan simkad nombor telefon tidak mudah bagi pelancong di Jepun, tetapi sejak kebelakangan ini sudah ada nombor telefon atau telefon sewa atau nombor telefon sementara. Nombor telefon tidak perlu untuk anda sebagai pelancong di Jepun. Cukup sekadar data internet sahaja, mudah dan lebih jimat.

Sebelum itu, kami nak ingatkan kalau ada iklan pass train, flight atau apa-apa sales melibatkan perjalanan di Jepun dalam ruangan iklan jangan lepaskan peluang terus klik dan cek tawaran produk jualan mereka. Iklan-iklan tersebut timbul ikut apa yang tengah anda cari dan offer tersebut kadang kala tak masuk akal. Dan tenggelam timbul. Bila kita nak dia tak timbul.

Lebih mudah atau jika anda malas fikir banyak, subscribe sahaja plan internet daripada provider telco anda seperti celcom, digi dan lain-lain. Jika anda takut tersilap langkah dan terkena caj lain yang tersembunyi jadi lebih baik anda OFF sahaja CELLULAR DATA NETWORK/DATA ROAMING di telefon anda.

Anda juga boleh dapatkan sim data sebelum berlepas di KLIA atau travel agensi tertentu di Malaysia. Mungkin lebih murah sekitar RM60-80 ringgit mengikut pakej data internet.

Jika anda tidak bercadang untuk membeli di Malaysia, mahu menempah online atau beli setelah tiba disana, anda boleh menggunakan wifi airport setelah tiba di Jepun. Cukup sekadar anda update kepada ahli keluarga yang anda sudah selamat mendarat atau update status.

Dimana boleh dapatkan Data Sim atau pocket wifi di Jepun?

Dibawah kami berikan beberapa syarikat atau tempat yang boleh anda dapatkan simkad data atau pocket wifi dengan mudah pada harga berpatutan dan pakej yang terbaik.

Free Wifi atau Hotspot

Kalau anda dalam keadaan mahu berjimat dan sanggup bersusah sedikit, cukup sekadar gunakan wifi free di Jepun. Hanya daftar dengan email anda, boleh terus guna bila anda lalu kawasan yang mempunyai wifi mereka. Dimanakah terdapat free wifi di Jepun?

Vending Machine di Arrival Hall

Ini adalah cara yang tak digalakkan. Jika simkad anda beli tidak berfungsi, sukar untuk anda dapatkan bantuan. U-mobile adalah simkad termurah dan berbaloi jika anda beli di vending machine.

7 Eleven

Di 7 eleven anda sudah boleh beli data simkad yang bermula 2,500Yen mengikut pakej data internetnya.

JAL ABC

JAL ABC kebiasaannya berada di Arrival Hall setiap airport. Pakej dan speed sim kad mereka adalah terbaik setakat ini bagi kami. Anda boleh beli dari pakej terendah 1GB/Month atau Unlimited 7 hari hanya 4,000Yen dan Unlimited 14 hari 5,200Yen. Anda juga boleh sewa pocket wifi dengan JAL ABC, bergantung pada stok semasa yang ada pada mereka.

CD Japan

Pocket Wifi : Bermula dari 2,750 Yen (5 hari) ~ keatas mengikut bilangan hari & pakej

Cadangan terbaik Wimax High-Speed untuk penggunaan dalam bandar dan Softbank High-Speed jika anda ada rancangan bergerak ke kawasan perkampungan atau pendalaman.

Sim Kad Data : Bermula dari 1,400 Yen (5 hari) ~ keatas mengikut bilangan hari & pakej

PuPuru Wifi

Pocket Wifi : Bermula 700 Yen / hari untuk unlimited data + Insuran 300Yen / hari + Delivery 1,000Yen

Antara pocket wifi provider terbaik di Jepun

Sakura Mobile

Sakura mobile antara syarikat yang boleh kami cadangkan untuk anda. Mereka menyediakan data sim,  pocket wifi & juga simkad untuk buat panggilan. Anda boleh pilih pelbagai pakej yang mereka sediakan dari semurah RM70 hingga semahal-mahal produk.

Japan Experience

Japan experience boleh dikatakan broker atau orang tengah untuk anda dapatkan sim kad dan pocket wifi. Selain itu, anda juga boleh dapatkan PASMO, SUICA, JR Pass, Tourist Pass dan lain-lain dengan mereka. Premium poket wifi unlimited mereka bermula dari 5,450 Yen untuk 5 hari pertama dan boleh digunakan sehingga 10 devices.

SHARE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *