Japan travel guide. Menyediakan khidmat ground travel / tour guide di Jepun kepada mereka yang melancong ke Jepun tak kira percutian bajet, sederhana atau mewah. Kami juga menyediakan tip percutian ke Jepun dan juga contoh itinerary melancong ke Jepun melalui travelog. Kami cover di Osaka, Tokyo dan Hokkaido untuk setiap musim bunga, musim luruh, musim panas, musim sejuk di Jepun.

BERAPA BAJET NAK KE JEPUN? BERAPA BANYAK DUIT PERLU BAWA?

TIP PERJALANAN

Soalan begini akan ditanya oleh hampir 95% mereka yang akan melancong kemana-mana negara. Bermakna soalan ini adalah normal. Kali ini JPTG akan kongsikan asas kos dan bajet yang perlu anda sediakan untuk melancong ke Jepun.

Jepun bukan negara yang murah nak dibandingkan dengan negara terdekat seperti Korea dan China. Kosnya lebih 3 kali ganda mahal berbanding negara-negara disekitarnya.

Sebelum itu, kami nak ingatkan kalau ada iklan pass train, flight atau apa-apa sales melibatkan perjalanan di Jepun dalam ruangan iklan jangan lepaskan peluang terus klik dan cek tawaran produk jualan mereka. Iklan-iklan tersebut timbul ikut apa yang tengah anda cari dan offer tersebut kadang kala tak masuk akal. Dan tenggelam timbul. Bila kita nak dia tak timbul.

Sebotol air mineral 500ml, bermula pada harga 98Yen (RM3.80)…… Jadi boleh bayangkan kos lain. Harga air mineral harga yahudi ni kita boleh jumpa masa naik Genting Highland je.

Kos utama dibahagikan kepada 3 bahagian yang mana akan menjadi seperti formula dibawah.

Tiket Penerbangan + Kos Asas (Ground) + Makan/Shopping/Kecemasan = Kos Keseluruhan


TIKET PENERBANGAN KE JEPUN

Jepun mempunyai 5 lapangan terbang antarabangsa yang biasa digunakan oleh Airline dari Malaysia.

  • HND : Haneda International Airport (Tokyo)
  • NRT : Narita International Airport (Tokyo/Chiba)
  • KIX : Kansai International Airport (Osaka)
  • CTS : New Chitose International Airport (Sapporo, Hokkaido)
  • FUK : Fukuoka International Airport (Fukuoka)

Kos untuk setiap destinasi adalah berbeza, bergantung pada tawaran semasa syarikat airline tersebut dan musim. Semestinya disetiap musim ada kemuncak (peak season), tiket masa ni biasanya akan mahal.

Harga tiket termurah pernah direkod pada harga RM700~800 untuk pergi dan balik Kuala Lumpur – Tokyo/Osaka. Dan RM400 promosi AirAsiaX ke Fukuoka. Tetapi harga begini jarang sekali boleh dapat. Dan harga tiket kebiasaannya sekitar RM1200~1800 pergi dan balik. Anda boleh memilih musim dan tarikh sesuai terlebih dahulu dan buat bandingan harga menggunakan skyscanner.

Baca juga : 4 Musim Dan Geografi Di Jepun
Baca juga : Tarikh Sesuai Melancong Ke Jepun

KOS ASAS/GROUND DI JEPUN

Kos ini berbeza mengikut corak perjalanan, bilangan hari dan bilangan ahli kumpulan atau keluarga anda. Kos bagi kumpulan besar yang mana masing-masing mengeluarkan duit poket sendiri semestinya berbeza dengan sebuah keluarga besar yang mana seorang sahaja mengeluarkan duit poketnya.

Bagi mereka yang menggunakan khidmat ground guide atau pakej asas (ground package), anda tidak perlu memikirkan semua perkara ini lagi sebabnya sudah diurus oleh mereka. Kos ground ini juga berbeza mengikut itinerary, jenis penginapan dan style perjalanan.

Perlu diingatkan kos ground dibawah RM2000/pax (seorang) yang ditawarkan oleh individu/agensi adalah kos bagi low budget travel. Jika anda memilih pakej-pakej pada harga tersebut, anda perlu bersedia berpenat lelah berjalan dan penginapan yang kurang selesa. Jadi anda tidak boleh merungut atas pilihan sendiri.

Dapatkan Harga Pakej Asas JPTG –> Quotation System

Jika anda tidak mahu menggunakan khidmat guide dan mahu merancang perjalanan sendiri kerana mempunyai banyak masa untuk merancang. Maka, senarai perkara asas di Jepun adalah seperti dibawah;

  • Insuran perjalanan
  • Penginapan
  • Pengangkutan awam
  • Pengangkutan persendirian (jika ada)
  • Tiket masuk ke tempat lawatan
  • Kemudahan internet dan lain-lain

Insuran Perjalanan

Insuran perjalanan adalah perkara paling penting sekali untuk travel ke Jepun. Kos perubatan di Jepun yang teramat mahal dan negara yang penuh dengan bencana alam ni boleh buat anda papa kedana dalam masa yang singkat.

Kos insuran tidak mahal, bergantung pada syarikat, bilangan hari, tahap pelindungan dan umur anda. Hanya sekita RM60~80 bagi individu, dan RM150~200 untuk keluarga. Boleh semak disini [Cashless Travel Insurance] atau hubungi kami untuk pembelian insuran dan bantuan online saat kecemasan.

Kos Penginapan

Penginapan sangat memainkan peranan penting dalam percutian anda. Di Jepun, kos besar adalah penginapan dan kenderaan. Jangan mengharapkan penginapan yang murah dan selesa di Jepun.

  • Backpackers / Hostel : RM80 ~ 150 / malam
  • Hotel Bajet : RM150 ~ 200 / malam
  • Hotel Selesa : RM 200 keatas / malam
  • Homestay / Guesthouse : RM100 ~ 200 / malam

Kos diatas adalah anggaran untuk seorang pada satu malam.

Pengangkutan Awam

Kos pengangkutan ini bergantung pada itinerary anda. Berapa banyak lokasi anda pergi setiap hari dan jenis kenderaan awam yang digunakan. Untuk pergerakkan didalam bandar sahaja, asas tanpa sebarang pass anda perlu sediakan 1,000~1500 Yen (RM40-60) setiap hari.

Kos pengangkutan untuk kanak-kanak 6 – 11 tahun adalah separuh harga dewasa. Dan kanak-kanak dibawah 6 tahun percuma!

Jika anda bercadang untuk perjalanan jauh atau lebih dari satu bandar utama, anda perlu menyediakan lagi duit tambahan untuk tiket bas atau train perjalanan tersebut.

Pengangkutan Persendirian

Pengangkutan persendirian di Jepun teramat mahal. Kos sebuah kereta kecil bermula dari RM400 sehari. Manakala MPV bersaiz Toyota Alphard dan Vellfire sekitar RM1000 sehari. Kos tersebut belum termasuk kos minyak, tol dan parking.

Tiket Masuk Ke Tempat Lawatan

Kos asas sediakan sahaja dalam 4,000 Yen (RM160) seorang untuk ketempat biasa-biasa. Atau anda boleh ke tempat percuma sahaja kalau terlalu nak berjimat.

Jika anda mahu ke tempat eklusif & mahal seperti Tokyo Disneyland, Universal Studio Japan dan lain-lain, anda perlu sediakan duit tambahan untuk kos tiket masuk ke tempat tersebut.  

Kemudahan Internet Dan Lain-Lain

RM60 ~ 250 mengikut jenis & bilangan hari yang anda mahu. Anda boleh semak disini jenis-jenis SIM DATA atau Pocket Wifi yang boleh anda dapatkan.


KOS MAKANAN / SHOPPING / KECEMASAN

Kos Makanan

Bawa bekalan atau masak sendiri adalah cara yang paling jimat untuk anda. Kos masak sendiri mengikut pengalaman kami hanya sekitar 3000Yen (RM120) sehari untuk setiap kumpulan/keluarga. Jadi anda perlu memilih penginapan yang ada menyediakan kemudahan dapur untuk memasak.

Bagi mereka yang mahu jimat masa dan tenaga, anda boleh memilih untuk makan direstoran sahaja. Harga setiap menu restoran Halal di Jepun sekitar 1000~1600Yen (RM40~60).

Kos Shopping

Kos shopping ini terlalu subjektif untuk diterangkan kerana ianya berbeza mengikut selera individu. Sekurang-kurangnya untuk anda membeli souvenir atau sedikit barang peribadi sediakanlah sekurang-kurangnya 20,000 ~ 30,000 Yen (RM800 ~ 1200). Harga souvenir di Jepun paling murah 300Yen (RM12) seunit! Jadi boleh kira anggaran kalau nak beli untuk saudara mara, jiran tetangga dan rakan sekerja.

Kos Kecemasan / Kemalangan

Walaupun anda sudah membeli polisi insuran, anda tetap wajib menyediakan sedikit duit kecemasan sebagai backup untuk sebarang kemungkinan dan diasingkan dari dompet anda. Sediakan di dalam note yen dalam lingkungan 20,000 ~ 50,000 Yen (RM700 ~ 2000).


KOS KESELURUHAN MENGIKUT PENGALAMAN

Kos keseluruhan mengikut formula yang diberi, setiap orang adalah berbeza. Kami hanya berikan contoh anggaran kos sahaja supaya anda dapat gambaran berapa bajet yang perlu disediakan untuk melancong ke negara Jepun yang popular dengan serba serbi mahal.

Trip Tokyo & Sekitarnya Sahaja 6 Hari 5 Malam

  • Trip Low Budget : RM3000~4000 / pax (All In)
  • Sederhana : 4000~5000 / pax (All In)
  • Selesa : RM5000~7000 / pax (All In)

Trip Tokyo – Osaka 8 Hari 5 Malam

  • Trip Low Budget : RM3500~4500 / pax (All In)
  • Sederhana : 5000~7000 / pax (All In)
  • Selesa : RM7000~9000 / pax (All In)

Contoh kos diatas adalah jumlah kesuluruhan kos-kos yang diterangkan diatas. Kos kemungkinan lebih murah atau lebih mahal bergantung pada harga tiket penerbangan dan penginapan semasa.

Jangan terlalu mudah terima pada penulisan perjalanan di Jepun pada harga RM800, RM1500 dan mana-mana kos yang terlalu murah dan tidak masuk akal.

Realitinya anda perlu hadap perkara-perkara yang merosakkan percutian yang sepatutnya menenangkan. Kalau anda memang sukakan sesuatu cabaran, kekangan bajet, tiada warga emas/kanak-kanak, ya sesuai untuk anda mengikut cara tersebut.

Travelog yang dikongsikan boleh direka tanpa ada penilai. Banyak perkara disebalik tabir yang ditutup. Ada yang kami jumpa tidur diruang solat dan jalanan. Ada yang menumpang di rumah pelajar yang selalu menjadi rungutan kalangan pelajar sendiri.

Ada yang mengikat perut, menggendong bayi dalam kesejukan menunggu bas. Ada yang terpaksa buka tabung untuk melansungkan perjalanan, ada yang tersangkut bila tiada duit kecemasan, tetapi cerita begini masih belum ada yang war-warkan. Yang diwar-warkan hanya bagaimana perjalanan dengan kos serendah itu.

Bila sudah kesini, nikmati apa yang sepatutnya anda nikmati. Jangan terlalu fikirkan penjimatan sampai terpaksa membuang masa dan tenaga. Kalau tak mampu atau bajet belum cukup, anda boleh ke negara yang lebih murah seperti Korea & China atau tangguhkan percutian anda sehingga bajet mencukupi.

Yang penting jangan berhutang sebab nak gah bercuti ke negara maju. Dan lagi penting jangan lupa bayar hutang member dulu sebelum melancong.

SHARE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *