Japan Travel - Japan Travel Guide - Travel to Japan - Melancong ke Jepun

LANDING LEWAT MALAM DI JEPUN. BOLEH KE BERMALAM DI AIRPORT?

TIP PERJALANAN

Kalau diikutkan JPTG tidak menggalakkan anda tidur di airport untuk menjaga imej negara. Kalau di KLIA kita selalu pandang negatif pada warga bangladesh dan indonesia yang tidur bersepah diruangan kerusi dan ruangan kosong yang ada disana.

Begitu juga warga Jepun memandang kita sebenarnya terutama pada mereka yang suka buat bising & membuat kotor kawasan tersebut. Orang Jepun  sendiri juga ramai bermalam dikerusi yang disediakan. Tiada larangan selagi anda menjaga etika.

Sejak kebelakangan ini, airport di Jepun sudah mula menyediakan kawasan rehat dan kawasan khas untuk mereka yang menunggu penerbangan dan menunggu transit seterusnya.

Sangat ditegaskan supaya anda menjaga etika dan kebersihan tempat anda guna terutamanya jangan meninggalkan kotoran atau tumpahan makanan begitu sahaja.

Kebiasaanya sempat sahaja untuk anda terus bergerak masuk ke pusat bandar kerana sekarang mereka sudah menyediakan Airport Transfer Bus untuk lewat malam. Anda boleh baca mengenai aiport transfer disini.

Baca juga : Airport Transfer di Tokyo, Osaka & Sapporo

Tetapi jika anda tiada pilihan kerana flight delay, takut bergerak lewat malam, takut sesat dan sebagainya, anda boleh bermalam di airport sahaja sama ada berbayar ataupun percuma bergantung pada bajet anda. Dibawah kami cadangkan tempat untuk anda berehat sementara tunggu train beroperasi esok pagi.


KANSAI INTERNATIONAL AIRPORT

Hotel Nikko Kansai Airport

Anda boleh tempah bilik di Nikko Hotel melalui online seperti Agoda ataupun walk in sahaja. Kosnya agak mahal dan tidak menjadi masalah jika anda mementingkan keselesaan.

First Cabin Kansai Airport 

Anda boleh tempah melalui website rasmi dengan klik tajuk diatas. Di laman web utama anda boleh semak kekosongan dan harga setiap jenis kabin atau bilik.

KIX Airport Lounge

Recommended. Dilengkapi dengan bilik mandi dan tempat anda berehat mengikut bajet anda. Berada di tingkat 2 seperti gambar diatas dan terdapat restoran, serta 24 hours convenience store diaras yang sama. Anda boleh tahu lebih detail dengan klik nama hotel/lokasi diatas (berwarna biru).

  • Mandi 510Yen / 30 minit pertama
  • Open Seat : 1540 ~ 3290 Yen bergantung pada jam
  • Booth Seats/Group Room : 1850 ~ 3910 Yen bergantung pada jam

Kerusi Awam

Ini cara terakhir jika anda sekadar mahu melelapkan mata sekejap dan berjimat. Tempat yang kami cadangkan adalah di tingkat 2, berhampiran dengan Lawson atau berhampiran dengan Family Mart.

Kawasan tersebut berhampiran dengan tandas, convenience store dan lebih selamat kerana laluan orang ramai dan tidak terlalu terang.

Peringatan : Surau atau prayer room berada ditingkat 3 Terminal 1 (semak peta disini) dan jangan sesekali menggunakan kemudahan tersebut seperti rumah tumpangan atau hotel. Tiada notis larangan tidur disitu tetapi elakkan kerana akan menjadi isu.


HANEDA INTERNATIONAL AIRPORT

Royal Park Hotel Tokyo Haneda

Di Haneda Airport agak sukar dapatkan tempat rehat yang berpatutan pada harga. Royal Park Hotel menyediakan hotel dan tempat rehat (refresh room) pada harga 2,000Yen / jam.

Jika anda mementingkan kualiti rehat anda boleh tempah melalui online (Royal Park Hotel Website) atau walk in sahaja ke hotel tersebut.

Berdekatan Shower Room (Arrival Hall 2F)

Berikutnya adalah berdekatan dengan shower room di arrival hall. Kawasan tersebut sangat strategik untuk anda sekadar berehat. Anda boleh mandi di bilik mandi disediakan dengan bayaran 1030Yen/30 minit dan disebelahnya Tully’s Coffee yang dibuka 24 jam.

Berdekatan Surau/Prayer Room (Departure Hall 3F)

Anda juga boleh memilih untuk berehat berhampiran surau. Dikawasan tersebut agak suram dan tidak menyakitkan mata berbanding kawasan di arrival hall.

Di sekitar surau tersebut selalu dipenuhi oleh pengguna dari pelbagai negara dan bangsa. Jadi anda perlu menjaga keselamatan barang anda. Sama seperti di Kansai International Airport, elakkan diri tidur didalam surau.

Dinasihatkan anda membawa sedikit bekalan makanan kerana sukar untuk dapatkan makanan di Haneda airport terutama selepas pukul 10 malam.


NARITA INTERNATIONAL AIRPORT

Agak jarang penerbangan dari Malaysia mendarat di Narita lewat malam. Tetapi penerbangan balik ke Malaysia awal pagi membuatkan ramai yang menginap berhampiran dengan airport atau didalam airport sementara tunggu kaunter dibuka awal pagi esoknya. Di Narita airport sekarang sudah disediakan kerusi untuk pengguna berehat.

Kebanyakkan kemudahan seperti Nap Room, Shower Room & Lounge ditutup selepas pukul 9 malam, jadi anda perlu merancang sama ada menempah hotel berhampiran atau capsule hotel di airport.

9h Nine Hours Capsule Hotel

Ruangnya kecil untuk tidur bermula dari 4,900 Yen untuk satu malam. Jika anda berkeluarga anda tidak boleh menggunakan servis hotel ini. Anda boleh dapatkan hotel berdekatan airport. Kami cadangkan anda dapatkan hotel berhampiran dengan stesen-stesen di Keisei Main Line seperti Keisei-Narita.

Nota : Surau / prayer room di Narita Aiport


NEW CHITOSE AIRPORT

New Chitose Airport ini boleh dikatakan seperti airport kampung. Terminal antarabangsa dibuka pada pukul 6 pagi dan ditutup sepenuhnya pada pukul 9 malam.

Anda tidak dibenarkan berada didalam bangunan tersebut selepas ia ditutup. Seluruh bangunan airport ini akan ditutup mulai jam 11 malam termasuk terminal domestik.

Kebanyakkan pelancong Malaysia menggunakan AirAsia, mendarat awal pagi dan berlepas ke Kuala Lumpur juga diawal pagi. Anda perlu berada di airport sekurang-kurangnya pukul 7.30 pagi.

Anda TIDAK BOLEH SAMA SEKALI datang awal dan bermalam di airport. Alternatifnya, anda boleh menempah hotel berdekatan dengan kawasan airport di sekitar pekan Chitose dan Chitose Station menggunakan trivago, agoda ataupun booking.com.

Jarak untuk sampai ke airport adalah kurang 4km dan hanya 2 stesen jika menggunakan train. Anda boleh memilih sama ada menggunakan train atau menggunakan teksi sahaja kerana kosnya tidak terlalu mahal terutamanya jika anda berkumpulan.

SHARE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *