Japan Travel - Japan Travel Guide - Travel to Japan - Melancong ke Jepun

BUAH-BUAHAN DARI JEPUN YANG DILARANG MASUK KE MALAYSIA

PENGETAHUAN AM TIP PERJALANAN

Kebanyakkan buah-buahan di Jepun mudah untuk dibawa pulang kerana Jepun tidak melarang kita membawa buah-buahan masuk ke dalam kapal terbang selagi tidak melebihi berat yang ditetapkan.

Tetapi negara yang dituju atau pulang mempunyai sekatan dan kawalan terhadap beberapa jenis tumbuhan dan buah-buahan. Ada buah-buahan yang boleh dibawa masuk tanpa perlu declare, ada yang perlu declare dan dapatkan kebenaran atau export inspection, ada yang dilarang terus.

Buah Yang Perlu Melalui Export Inspection / Quarantine Counter

#1 Limau Mandarin / Mikan (ウンシュウミカン)

Japan Travel - Japan Travel Guide - Travel to Japan - Melancong ke Jepun

#2 Rock Melon (メロン) dan Tembikai (スイカ )

Kedua-dua buah ini sebenarnya tidak perlu melalui quarantine counter untuk dibawa keluar dari Jepun. Tetapi disebabkan isu bakteria buah ini yang menular dari Australia, kami sarankan anda ada bukti jelas yang buah tersebut daripada Jepun.

#3 Sayur

Sebarang jenis sayur seperti ubi, kobis, cili, tomato dan lain-lain juga perlu melalui quarantine inspection. Atau akan dirampas oleh pihak kastam dinegara kita atau dirampas oleh pihak kastam Jepun jika anda bawa didalam “hand carry” luggage.

Jadi buah yang lain, seperti Epal, Strawberry, Anggur, Persimmon (Kaki), Peach (Momo) dan lain-lain tak perlu pun quarantine inspection. Kami berpengalaman bawa balik berkotak-kotak, berkilo-kilo buah-buahan sebagai ole-ole ke Malaysia. Setakat ini tiada masalah di Jepun malah di Malaysia pun tidak disekat kerana bukan buah yang dilarang masuk sesuka hati.

Beli tu seronok, tapi nak bawak balik tu yang tak tahan. Walaupun musim sejuk berpeluh habis ketiak angkut buah ni semua.

Penuh dengan buah je..

Dibawah adalah panduan tambahan untuk sahabat dari negara jiran seperti Indonesia, Brunei dan Singapura.

Jadual Buah-buahan, Sayur & Tumbuhan Dari Jepun ke Malaysia

Jadual Buah-buahan, Sayur & Tumbuhan Dari Jepun ke Indonesia

Jadual Buah-buahan, Sayur & Tumbuhan Dari Jepun ke Brunei

Jadual Buah-buahan, Sayur & Tumbuhan Dari Jepun ke Singapura

SHARE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *