Japan Travel - Japan Travel Guide - Travel to Japan - Melancong ke Jepun

CARA BUAT ITINERARY YANG MUDAH, RINGKAS & TEPAT (MAPS APPLE USER)

TIP PERJALANAN

Kali ini JPTG nak kongsikan cara terbaik untuk buat itinerary. Sangat ringkas, mudah difahami dan sangat fleksibel. Tak perlu lagi buat itinerary dengan jadual excel yang panjang berjela-jela.

Maps dalam iphone applikasi yang jarang diguna. Tetapi di Jepun sangat berguna untuk yang tak suka banyak berjalan. Route yang Maps cadangkan sangat tepat dan tak banyak kena menapak jalan kaki station ke station atau ke lokasi.

Baca Juga : Cara Buat Itinerary (Android & Apple User)

Sekarang zaman teknologi yang mana segalanya dihujung jari. Click and go je tak perlu susah-susah bawa buku dan peta kesana kemari. Memenuhkan tangan lepas tu lupa itu ini. Paling tak tahan, sibuk jinjing peta dan buku punya hal, kamera yang mahal boleh tercicir.

Tak perlu fikir train apa nak guna, pukul berapa nak naik, pukul berapa turun. Semua ini sangat leceh. Belum tentu anda boleh bergerak tepat pada masa.

Tetapi cara ini hanya berkesan ditempat-tempat negara maju seperti Jepun, Korea, China, UK, US dll. Dinegara dunia ketiga tak digalakkan kerana ketepatan sistem pemetaan & jaringan pengangkutan awam mereka masih kurang bagus.

Tahu tak anda, di Tokyo atau Osaka kalau anda terlewat seminit maka applikasi map akan bagi route lain? Malah kalau anda tersilap naik train yang terawal seminit atau terlewat seminit, anda akan ke arah tempat lain. Bukan tempat yang nak dituju.

Kalau anda masih menggunakan cara lama, dalam itinerary dah set nak naik train Line A, turun station itu dan naik Line B pukul sekian-sekian. Tetapi bila tak dapat ikut masa yang dirancang, habis kucar kacir jadual anda hari tu.

Apa yang diperlukan untuk buat itinerary?

Anda hanya perlu ada 3 benda dibawah

  • Komputer atau handphone (Komputer lebih baik)
  • Microsoft word atau yang sama waktu dengannya
  • Google map

LANGKAH 1

Beli tiket penerbangan.

LANGKAH 2 (KOMPUTER / SMARTPHONE)

Senaraikan tempat yang nak dilawat dan tempah penginapan. Cari lokasi tempat yang nak dilawati dan penginapan dalam applikasi Maps . Save sebagai Favorite 💗 dulu siap-siap.

LANGKAH 3 (KOMPUTER)

Sekarang susun isi itinerary. Hari pertama nak kemana? Hari kedua nak kemana? Sebaiknya susun ikut turutan lokasi sambil buka map. Susun seperti mana contoh dibawah gunakan Microsoft word.

Kenapa perlu susun itinerary sambil buka map?

Mudah anda nak susun ikut lokasi supaya lokasi tak berselerak. Hari ini berjalan kawasan A je, esok kawasan B je, lusa kawasan C. Jangan tongeng langgang sekejap A, tempat seterusnya C, seterusnya patah balik A. Anda akan rugi pada kos transport dan buang masa dalam perjalanan.

Tak perlu set masa. Bangun 6 pagi, mandi 7 pagi, sarapan 8 pagi, gerak keluar 9 pagi. Semua ni leceh, anda pergi bercuti bukan program motivasi atau kursus kerajaan. Masukkan lokasi sahaja.

LANGKAH 4 (KOMPUTER)

Dah susun nak kemana & kemana kan? Kalau boleh buat satu page je, jangan terlalu banyak. Masa berjalan nanti leceh nak scroll.

Copy LINK dari Maps & paste kat bawah atau tepi atau lagi advance insert HYPERLINK. Dibawah cara masukkan hyperlink dalam perkataan supaya itinerary anda tak berselerak dan kemas.

Highlight nama lokasi
Right click, dan klik Hyperlink
Pastikan kotak Address masih kosong untuk masukkan link google map
Cari lokasi dalam app Maps dan klik Share
Copy link dan hantar ke whatsapp web atau mana-mana messenger yang mudah copy and paste dalam microsoft word
Paste link tadi di kotak Address dan klik OK
Nama lokasi yang dah dimasukkan link akan bertukar warna biru (anda boleh tukar warna tu kalau tak suka biru). Kemudian ulang step pertama tadi untuk lokasi lain.

LANGKAH 5 (KOMPUTER)

Tak perlu fikir nak naik train apa, bas apa, jalan ke. SAVE dulu Microsoft word file tu. Kemudian SAVE AS –> PDF file.

Pilih “Save As” dan pilih nak simpan folder mana macam biasa
Sebelum klik Save, tukar type file ke PDF dulu. Kemudian Save

LANGKAH 6 (KOMPUTER)

Ambil file PDF tadi dan hantar melalui email, messenger atau whatsapp anda sendiri. Download dan buka dengan smartphone.

LANGKAH 7 (SMARTPHONE)

Klik link atau nama lokasi (yang dah ada hyperlink) dalam PDF file tu. Secara automatik connect ke Apple Maps dan pilih DIRECTIONS. Anda boleh pilih route sama ada drive, jalan kaki atau public transport (transit).

Pastikan lokasi yang ditulis dan lokasi yang muncul di applikasi google map sama. Kalau anda sekarang dekat rumah (diluar Jepun), confirm route not found. Sebabnya app detect lokasi semasa anda.

Dibawah untuk anda cuba fungsi smartphone dan applikasi ok atau tidak. Kalau smartphone hang, itu tandanya kena beli baru!

Klik nama lokasi dibawah dan pilih direction. Kemudian pilih jenis pengangkutan sama ada memandu, motosikal, public transport, jalan kaki atau teksi dibahagian atas.

KL Sentral
Mid Valley Megamall
1 Utama Shopping Centre

Bezanya negara maju dengan Malaysia, kos public transport tak dipaparkan. Dinegara maju kos penggunaan public transport dinyatakan. Jadi mudah untuk anda buat pilihan. Boleh tengok contoh di Langkah 8.

Sedih.. Maps Apple tak boleh kesan route public transport. Maknanya Maps masih belum sesuai digunakan di Malaysia. Di Jepun OK takde masalah.
Contoh Google Map pilihan train ke Mid Valley

LANGKAH 8 (SMARTPHONE)

Sekarang misi adjust bajet dan kira kos transport. “Choose starting point” di google map tu tukar secara manual ikut itinerary dan tengok berapa banyak route maps suggest & kos sehalanya. Buat catatan.

Susunan itinerary beri kesan pada kos transport. Jadi kalau anda jalan sendiri, kena kaji dan kira sendiri. Susun lokasi supaya boleh jama’ solat sepanjang percutian, susun ikut lokasi supaya waktu solat mudah nak solat, dan waktu makan mudah nak jumpa tempat makan.

Ini contoh. IC tu sama dengan sistem kad touch and go kita. Dan disebelah kiri IC kos untuk route tersebut dalam Yen dengan menggunakan IC card.

LANGKAH 9 (KOMPUTER)

Susun bagi smooth & masukkan nota penting lain. Seperti waktu cuti umum, waktu tempat lawatan tu beroperasi, harga tiket, nombor booking dan lain-lain yang rasa perlu.

Perlu diingatkan kepada anda, ada beberapa tempat diluar bandar terutamanya tak boleh dicari menggunakan google map kerana sistem jadual pengangkutan kawasan tersebut tak dimasukkan didalam google map.

Jadi anda kena semak di laman web rasmi lokasi tersebut access untuk kesitu dari station terdekat. Dan buat catatan tambahan.

Kemudian ulang langkah 5.

OK SIAP!!

Ada smart itinerary ni kalau terlajak masa atau lambat pun takde masalah. Makan masa lebih sangat di satu tempat pun takde masalah. Selagi ada masa dan tenaga, CLICK & WE GO!

Pastikan bawa power bank dan pastikan setiap hari dicaj penuh. Penggunaan smart itinerary banyak menggunakan bateri smartphone anda. Print dan bawa juga peta, itinerary atau manual ringkas sebagai back up disaat kecemasan. Smartphone anda boleh buat hal bila-bila masa.

SHARE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *