Japan Travel - Japan Travel Guide - Travel to Japan - Melancong ke Jepun

CARA MENCARI TEMPAT SOLAT & MAKANAN HALAL/MUSLIM FRIENDLY DI JEPUN

TIP PERJALANAN

Mencari yang halal itu adalah wajib untuk setiap individu muslim. Di Jepun, Halal Navi dan Halal Gourmet Japan semakin meluas digunakan bukan sahaja oleh pelancong, juga digunakan oleh pelajar dan mereka yang bekerja di Jepun.

Anda boleh muat turun salah satu daripada applikasi diatas. Kami lebih mencadangkan anda menggunakan Halal Gourmet Japan atas sebab tertentu.

Halal Gourmet Japan applikasi khas untuk di Jepun sahaja. Daripada lokasi anda sekarang anda boleh dapatkan senarai restoran & tempat solat dengan mudah.

Kemudian anda boleh semak dan buat perbandingan status setiap kedai tanpa dipengaruhi oleh penulisan pelancong lain terutama restoran atau kedai yang tiada status halal atau “free pork”, “free alcohol”.

Sebaiknya anda pilih restoran yang sudah mendapat sijil Halal dan “Muslim Friendly” melainkan anda berada dikawasan luar bandar yang memang tiada pilihan.

Menggunakan Halal Navi, anda boleh melihat review dan komen yang dikongsikan oleh mereka yang pernah berkunjung ke restoran tersebut. Elak restoran yang memaksa anda meminta daripada staff untuk tidak masukkan itu dan ini dalam menu pilihan.

Akan berlaku salah faham dan semestinya restoran atau kedai sebegini tidak begitu faham mengenai isu halal haram kandungan makanan. Mereka hanya tahu perkara general “no pork/meat” and “no alcohol”, tetapi tidak dari asas penyediaan makanan dan kandungan lain dalam makanan itu sendiri.

Sudah terlalu banyak pilihan restoran dan makanan Halal hari ini di Jepun, jadi tiada lagi istilah darurat untuk anda terutamanya sebagai pelancong.

SHARE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *