Japan Travel - Japan Travel Guide - Travel to Japan - Melancong ke Jepun

ETIKA PERLU DIJAGA SEPANJANG ANDA BERADA DI JEPUN

TIP PERJALANAN

Sebut mengenai etika, terlalu luas kalau hendak dikupas satu persatu. Realitinya ia melibatkan common senses sahaja. Perlu anda tahu, negara Jepun sangat menjaga etika tak kira sewaktu bekerja, ataupun diluar waktu kerja. Dalam post kali ini, JPTG mahu menerangkan sedikit sebanyak etika anda sebagai pelancong yang perlu dijaga sepanjang berada disana.

Beberapa perkara perlu anda ambil tahu dan amalkan disana, dan sebaiknya amalkan juga dinegara sendiri;

  1. Jangan meludah merata-rata.
  2. Simpan sampah didalam poket selagi tidak jumpa tong sampah. Tong sampah agak sukar ditemui dikawasan awam.
  3. Berbaris untuk apa-apa urusan sekalipun.
  4. Berbaris sebelum masuk kedalam kenderaan awam dan pastikan penumpang keluar terlebih dahulu sebelum anda masuk.
  5. Berdiri di sebelah kiri semasa menggunakan escalator untuk beri laluan pada mereka yang mahu cepat.
  6. Dikawasan Osaka (Kansai) mereka berdiri disebelah kanan semasa menggunakan escalator.
  7. Pastikan telefon bimbit anda berada dalam mood silent semasa berada dalam kenderaan awam.
  8. Jangan menjawab panggilan atau berbual panjang di telefon semasa berada dalam kenderaan awam.
  9. Elak bertenggek atau berkumpul dilaluan awam atau didepan pintu keluar masuk bangunan.
  10. Jangan menangkap gambar individu tanpa meminta izin.
  11. Kawal kelincahan anak-anak semasa didalam kenderaan awam & penginapan.
  12. Jangan membuka bungkusan barangan dikedai sesuka hati tanpa keizinan tuan kedai/pekerjanya.
  13. Elak solat dikawasan lalu lintas atau ruang orang ramai.
  14. Jangan membasuh kaki didalam sinki & memercikkan air dilantai.
  15. Semasa berwuduk anda boleh gunakan sinki untuk basuhan muka, kepala dan tangan tetapi gunakan spray atau botol untuk basuhan kaki.
  16. Jangan membawa sampah dari luar dan buang di tong sampah convenience store seperti 7e, Familymart dan lain-lain.
  17. Baca dan tengok lambang di tong sampah sebelum anda buang.
  18. Jangan mendesak peniaga tawarkan harga jika mereka tidak mahu kerana budaya tawar menawar bukan kebiasaan mereka.
  19. Lintas jalan ditempat yang betul, jangan melintas sesuka hati.
  20. Pastikan jangan membuat tumpahan makanan atau minuman dikawasan awam terutamanya di Airport.
  21. Jangan memetik bunga ditaman-taman sesuka hati.
  22. Elak bawa masuk makanan dari luar kedalam restoran kecuali dengan kebenaran.
  23. Kemas semula meja & kawasan selepas anda guna untuk berkelah.
  24. Jangan buang air besar terutamanya melalui saluran bilik mandi.
  25. Memicit-micit buah digerai adalah perbuatan biadab bagi orang Jepun.
SHARE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *