Japan travel guide. Menyediakan khidmat ground travel / tour guide di Jepun kepada mereka yang melancong ke Jepun tak kira percutian bajet, sederhana atau mewah. Kami juga menyediakan tip percutian ke Jepun dan juga contoh itinerary melancong ke Jepun melalui travelog. Kami cover di Osaka, Tokyo dan Hokkaido untuk setiap musim bunga, musim luruh, musim panas, musim sejuk di Jepun.

TRAVEL INSURAN YANG SESUAI UNTUK KE JEPUN

TIP PERJALANAN

Insuran perjalanan atau travel insuran antara perkara yang biasa tak diambil peduli oleh para pelancong termasuk part timer travel guide sendiri.

Mungkin disebabkan masih belum berlaku apa-apa, jadi ramai yang ambil ringan mengenai insuran perjalanan ini. Malang tak berbau ya dan kos perubatan amat mahal di Jepun.

Terdapat banyak tawaran travel insuran di Malaysia pada harga serendah RM40 seorang.  Tetapi kali ini JPTG mahu ketengahkan mengenai cashless travel insurance.

Kenapa cashless? Kebanyakan insuran perjalanan memaksa anda keluar duit sendiri terlebih dahulu untuk kos kecemasan atau kemalangan, kemudian claim di Malaysia.

Jika anda mempunyai duit yang banyak tidak menjadi masalah, jika duit tidak berapa mencukupi menjadi masalah besar untuk anda selesaikan kos kemalangan terutamanya kos perubatan.

Setakat ini di Malaysia hanya AIG sahaja yang menyediakan cashless travel insurance. Jika ada yang lain anda boleh kongsikan diruangan komen. Klik link dibawah untuk dapatkan quotation insuran anda dengan AIG.

Travel Insurance For Japan-AIG

Update :

Mulai 2019 kami tidak lagi menggunakan AIG atas sebab servis yang kurang memuaskan & persen untuk anda dapat perlindungan adalah rendah. Daripada 5 kes mungkin hanya 1 berjaya dapat claim.

Anda boleh mencuba produk dari Etiqa TripCare 360 Takaful. Kami juga masih dalam tempoh mencuba dan menilai servis mereka. Mulai 2019, Japan Pro Travel Guide menggunakan produk etiqa untuk semua pelanggan kami di Jepun.

Anda boleh dapatkan polisi insuran tersebut melalui online atau hubungi kami. Kami akan sediakan ejen yang akan mengurus hal insuran anda supaya memudahkan urusan claim dan bantuan kecemasan.

Terdapat 2 syarikat yang menawarkan cashless travel insurance di Jepun. Tetapi anda hanya boleh membuat pembelian di Jepun sahaja melalui online. JPTG akan mengurus insuran perjalanan ini melalui 2 syarikat dibawah untuk pelanggan kami yang memilih premium class.

  1. TOKIO MARINE – TOKIO OMOTENASHI POLICY 
  2. SOMPO JAPAN NIPPONKOA

SHARE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *