Japan Travel - Japan Travel Guide - Travel to Japan - Melancong ke Jepun

JENIS JR PASS, SUBWAY PASS, TOURIST PASS DLL

TIP PERJALANAN

Japan sangat pakar dalam dunia pemasaran. Mereka mampu membuat sesuatu yang “nothing become something”. Jadi, jika anda tidak pandai memilih dan buat kira-kira, anda akan termakan ayat marketing mereka yang kononnya menggunakan pass adalah cara paling jimat.

Sebelum itu, kami nak ingatkan kalau ada iklan pass train, flight atau apa-apa sales melibatkan perjalanan di Jepun dalam ruangan iklan jangan lepaskan peluang terus klik dan cek tawaran produk jualan mereka. Iklan-iklan tersebut timbul ikut apa yang tengah anda cari dan offer tersebut kadang kala tak masuk akal. Dan tenggelam timbul. Bila kita nak dia tak timbul.

Jimat atau tidak adalah bergantung pada itinerary dan corak perjalanan anda sendiri. Pengaruh perkongsian di media sosial sedikit sebanyak memberi kesan pada pilihan pass anda. Orang kata beli pass itu, maka kita pun beli pass itu.

Diakui banyak diantara mereka tak menggunakan sepenuhnya pass yang ada. Jika dikira pada itinerary yang dikongsikan, ada yang tak perlu gunakan pass. Ada yang gunakan pass yang salah.

Tip paling berkesan dalam memilih pass adalah menyusun itinerary. Kemudian kira kos pengangkutan tanpa sebarang pass. Dan bandingkan kos tersebut dengan kos menggunakan pass. Ubah itinerary mengikut kesesuaian tempoh pass dan pengangkutan yang boleh guna pass tersebut.

Pass-pass ini kebanyakkan lebih murah dibeli melalui travel agency sebelum anda berlepas ke Jepun. Jadi beli sebelum pergi secara online atau terus walk in ke pejabat travel agency yang ada menjual pass-pass ini.

Sebelum kita mengenali pass ini, anda perlu faham tentang 3 perkara dibawah. Jika tidak anda akan terkeliru. Kami akan menerangkan secara ringkas setiap pass, anda boleh membaca lebih lanjut mengenai setiap pass dengan klik tajuk/nama pass tersebut.

Pertama : Kawasan

Anda perlu memahami sedikit sempadan kawasan seperti Kansai, Kanto, Tohoku, Chubu dan lain-lain. Setiap kawasan ini mempunyai jaringan kenderaan awam tersendiri dan pass tersendiri. Dan anda perlu tahu anda mampu menjelajah dari mana hingga kekawasan mana sebelum memilih pass yang sesuai.

Kedua : JR Line & Bukan

Paling popular disebut dalam dunia pengangkutan awam adalah Japan Railway (JR). JR ini umpama KTMB kita di Malaysia, yang terbesar & 70% jaringan pengangkutan di Jepun dioperasi oleh JR.

Pentadbirannya juga berbeza dengan kenderaan awam dibawah syarikat swasta yang lain. Mudah dikenali sebagai JR Line. Manakala syarikat lain seperti Kintetsu Line (Kansai), Tobu Line (Kanto) dan lain-lain adalah daripada 30% jaringan pengangkutan awam di Jepun.

Ketiga : IC Card  

IC Card ini fungsinya sama seperti Touch & Go di Malaysia. Bezanya IC Card hanya boleh digunakan untuk kenderaan awam dan pembelian runcit, tidak boleh digunakan untuk tol jalan raya. IC Card ini tiada tamat tempoh dan anda boleh gunakan bila-bila masa hampir seluruh kawasan di Jepun.

IC Card ini dikeluarkan berbeza mengikut daerah tetapi fungsinya tetap sama seperti ICOCA, PASMO, SUICA dan lain-lain. JPTG akan terangkan lebih lanjut mengenai IC Card ini pada post lain.

TRAIN PASS UNTUK SELURUH JEPUN


Nationwide Japan Rail Pass 7, 14, 21 Days

Boleh digunakan hampir seluruh JR line di Jepun termasuk bullet train, beberapa bas dan ferry. Pass ini sesuai untuk mereka yang mengejar banyak lokasi dalam masa yang singkat & kos pengangkutan awam dalam itinerary anda mencecah atau melebihi 30,000 Yen.

Anda boleh semak harganya di laman web rasmi JR disini. Menggunakan tiket “Ordinary” sudah memadai jika anda mahu menggunakan pass ini.

Ada beberapa situasi membuatkan anda sesuai menggunakan pass ini;

  • Tiket penerbangan anda mendarat dan berlepas di Tokyo sahaja dan anda mahu berjalan hingga ke Osaka beberapa hari dan patah balik ke Tokyo.
  • Sama situasi seperti diatas, tetapi anda mahu ke Hokkaido menggunakan kenderaan darat pergi dan balik dalam masa singkat.
  • Ahli anda kurang dari 5 orang, dan mahu menjejaki lebih 5 negeri di Jepun. Jika lebih dari 5 orang , kos keseluruhan anda membeli pass ini boleh menggunakan servis private guide yang akan menggunakan kereta.

JR Seishun 18 Kippu

Anda boleh gunakan tiket ini menaiki semua local & rapid JR line diseluruh Jepun. Tetapi tak boleh digunakan untuk bullet train. Kami tidak mencadangkan anda menggunakan pass ini kerana anda akan membuang banyak masa didalam local train.

Harga tiket ini sama untuk semua peringkat umur : 11,850 Yen

TRAIN PASS DI KAWASAN KANSAI (OSAKA & SEKITARNYA)


Kansai Thru Pass (2 & 3 Hari)

Anda boleh menggunakan pass ini menaiki semua train, subway dan bas selain daripada JR line di seluruh kawasan Kansai (Osaka, Kobe, Kyoto, Himeji, Wakayama dan Koyasan) selama 2 atau 3 hari.

Persoalannya disini, adakah anda sudah merancang perjalanan di Kansai dan mengira kos kenderaan awam tanpa menggunakan pass ini dan dengan menggunakan pass?

2 Hari : 4,000 Yen
3 Hari : 5,200 Yen

**6~11 tahun separuh harga tiket diatas

JR Kansai Area Pass

Pass ini pula berlawanan fungsi dengan Kansai Thru Pass. Hanya boleh digunakan untuk JR train dan bas di sekitar Kansai. Jika anda hanya membeli pass ini maka anda perlu membayar untuk kos tambahan selain JR line. Adakah sesuai jika terus membeli Kansai Thru Pass dan JR Kansai Area Pass sekaligus? Tidak, dan tindakan yang sangat membazir.

Mengikut pengalaman kami, kos pengangkutan di Osaka secara purata setiap hari hanya 1400Yen jika anda bergerak ke banyak tempat dalam masa sehari.

Jika sehari anda bergerak tidak lebih dari 3 tempat dan keluar dari penginapan pun pukul 11 lebih, kos puratanya sekitar 800 Yen sehari. Jadi buat kiraan kos perjalanan anda sebelum dapatkan pass.

1 Hari : 2,200 Yen
2 Hari : 4,300 Yen
3 Hari : 5,300 Yen
4 Hari : 6,300 Yen

**6~11 tahun separuh harga tiket diatas

JR Kansai Wide Area Pass (5 Hari)

Pass ini asas daripada JR Kansai Area Pass yang diluaskan kawasannya hingga ke sekitar kawasan Kansai seperti Okayama (Kawasan Chugoku), Takamatsu (Kawasan Shikoku) dan lain-lain.

Jika anda memang mempunyai perancangan menjelajah ke semua kawasan di Kansai dan sekitarnya dalam tempoh 5 hari. Anda sesuai menggunakan pass ini jika anda sudah mengira kos dan masanya adalah berbaloi.

Dengan pass ini anda boleh mencuba bullet train (shinkansen) daripada Osaka ke Okayama beberapa kali anda mahu dan berhenti distesen antara dua tempat ini seperti Kobe & Himeji. Lebih lanjut anda perlu klik tajuk diatas dan terus ke website rasminya.

5 Hari Sahaja
Dewasa : 9,000 Yen
**6~11 tahun separuh harga tiket diatas

Takayama-Hokuriku Tourist Pass

Kalau anda memang nak habiskan masa dikawasan Shirakawago, Takayama, Hida Hagiwara dan Kanazawa, pass ini sangat berbaloi digunakan.

Pass ini termasuk penggunaan bas syarikat Nohi, Hokutestu dan Toyama Chitetsu. Pass lain kebanyakkan tidak meliputi jaringan bas.

5 Hari Sahaja
Dewasa : 15,000 Yen
**6~11 tahun separuh harga tiket diatas

JR Kansai Hokuriku Area Pass

Pass diatas banyak meliputi kawasan sekitar shirakawago sahaja. Tetapi kalau anda nak cover lebih lagi. Sampai ke Tottori, Himeji, Wakayama, kami lebih sarankan anda ambil pass ini.

Berbeza dengan pass diatas. Anda perlu keluarkan kos tambahan untuk penggunaan bas terutamanya ke Shirakawago.

7 Hari Sahaja
Dewasa : 16,000 Yen
**6~11 tahun separuh harga tiket diatas

Kintetsu Rail Pass

Pass ini hanya boleh digunakan untuk Kintetsu Line sahaja. Anda tidak boleh menggunakan pass ini untuk JR line dan line syarikat lain.

Adakah berbaloi menggunakan pass ini kerana ia hanya boleh digunakan pada satu syarikat sahaja? Berbaloi atau tidak adalah bergantung pada perancangan perjalanan (itinerary), keadaan, bajet & masa anda.

Jika anda lebih mementingkan masa daripada bajet mungkin anda boleh membeli JR Kansai Wide Area Pass bersama Kansai Thru Pass atau menggunakan IC Card sahaja, jadi anda tidak perlu pening memilih line tertentu dan membuang masa berjalan kaki untuk ke stesen lain.

Jika anda lebih mementingkan bajet dan bilangan tempat hendak dituju, anda boleh pilih salah satu pass dan bersedia untuk mengelak tersalah line dan banyak berjalan kerana stesen terdekat lokasi anda tidak termasuk dalam pass yang anda beli.

1 Hari : 1,500 Yen
2 Hari : 2,500 Yen
5 Hari : 3,600 Yen (Kintetsu Rail Pass)
5 Hari : 4,800 Yen (Kintetsu Rail Pass Plus)

**6~11 tahun separuh harga tiket diatas

Ise-Kumano-Wakayama Area Tourist Pass (5 Hari)

Pass ini agak kurang popular. Jika anda ingin menjelajah di sekitar kawasan diantara Nagoya, kawasan persisiran laut Wakayama & Osaka, anda boleh menggunaka pass ini selama 5 hari. Mungkin sesuai untuk kaki pancing.

5 Hari : 12,000 Yen
**6~11 tahun separuh harga tiket diatas

Koyasan World Heritage Ticket

Pass round trip ke Gunung Koya ini juga agak kurang popular. Koyasan adalah perkampungan atau pekan keagamaan bagi penganut Budha. Disini terdapat banyak kuil dan pusat pembelajaran mereka. Jika anda berminat anda boleh tempat ini yang telah didaftar sebagai UNESCO World Heritage pada tahun 2004.

Regular : 2,860 Yen
Limited Express : 3,400 Yen

**6~11 tahun separuh harga tiket diatas

Osaka Amazing Pass (1 & 2 Hari)

Pass ini agak popular dikalangan pelancong yang mengunjungi Osaka. Pass ini bukan sahaja boleh digunakan untuk pengangkutan awam (9 subway utama), juga merangkumi tiket masuk atau tiket perkhidmatan dibeberapa tempat pelancongan yang boleh anda semak disini. JR Line tidak boleh digunakan dengan pass ini.

Jika anda memang mahu menghabiskan masa didalam Osaka ke tempat-tempat menarik sebanyak mungkin, anda sesuai mengambil pass ini. Jika anda hanya bercadang pergi 2 hingga 3 lokasi utama, dan memberi masa serta menikmati masa disana anda tak digalakkan menggunakan pass ini.

1 Hari : 2,500 Yen
2 Hari : 3,300 Yen

Osaka One-Day Pass 

Pass ini hanya boleh digunakan sehari sahaja dan semua subway dan bas di Osaka (JR Line terkecuali). Sila semak terlebih dahulu laluan yang boleh anda guna dengan pass ini. Selain itu, anda boleh menggunakan pass ini untuk dapatkan diskaun tiket masuk di beberapa tempat.

Apakah perbezaannya dengan Osaka Amazing Pass? Sudah pasti harganya lebih murah daripada Osaka Amazing Pass dan juga boleh digunakan untuk 9 subway utama di Osaka.

Osaka Amazing Pass memberikan pakej tiket masuk percuma & diskaun untuk beberapa tempat tarikan. Osaka One Day Pass hanya diskaun diberikan pada beberapa tiket masuk yang boleh disemak disini.

Isnin-Jumaat : 800 Yen
Sabtu, Ahad & Cuti Umum : 600 Yen

Kyoto Sightseeing Ticket

Anda boleh dapatkan pass ini disetiap stesen subway di dalam Kyoto.

1 Hari : 900 Yen
2 Hari : 1,700 Yen

Kyoto One Day Bus Ticket

Anda boleh gunakan pass ini didalam pusat bandar Kyoto hingga ke Arashiyama. Tidak digalakkan kerana ketika musim cuti umum jalan terlalu padat dan sesak. Jadi masa anda akan terbuang.

1 Hari : 600 Yen

Kyoto Subway One Day Ticket 

Pass ini tidak sesuai digunakan. Subway di Kyoto tidak banyak seperti di Osaka. Memilih pass daripada osaka adalah lebih baik.

1 Hari : 600 Yen

TRAIN PASS DI KAWASAN KANTO (TOKYO & SEKITARNYA)


JR Tokyo Wide Pass (3 Hari) 

Pass ini antara yang terbaik di Tokyo dan sangat berbaloi untuk digunakan. Dengan pass ini anda boleh berpengalaman menaiki bullet train (shinkansen) dari Tokyo hingga ke Gala Yuzawa di Negeri Niigata, Karuizawa di Negeri Nagano & Nasushiobara di Negeri Tochigi pada kos yang sangat jimat.

Pass ini boleh digunakan selama 3 hari sahaja bermula dari hari pertama anda menggunakannya. Pass ini sangat sesuai digunakan jika anda mahu ke Gala Yuzawa atau Karuizawa menggunakan kenderaan awam. Kosnya lebih jimat daripada membeli tiket biasa.

12 Tahun Keatas : 10,000 Yen
**6~11 tahun separuh harga tiket diatas

JR East Pass (Nagano & Niigata Area – 5 Hari)

Pass ini diluaskan kawasannya dari JR Tokyo Wide Pass. Pas ini boleh digunakan selama  5 hari dari hari pertama digunakan. Dalam tempoh 5 hari ini anda boleh menjelajah seluruh negeri disekitar Tokyo, seperti Nagano, Niigata, Tochigi dan lain-lain. Anda boleh menggunakan pass ini menaiki bullet train (shinkansen) ke negeri-negeri tersebut, jadi sangat menjimatkan masa perjalanan.

12 Tahun Keatas : 18,000 Yen
**6~11 tahun separuh harga tiket diatas

Hokuriku Arch Pass (7 Hari)

Jika anda seorang yang sukakan cabaran, anda boleh menggunakan pass ini. Pass ini sesuai untuk mereka yang mahu jelajah dari Osaka ke Tokyo atau Tokyo ke Osaka & didalam itinerary mesti termasuk lokasi seperti Nagano, Shirakawago, Alpine Route, Kanazawa, Kyoto, Nara, Kobe.

Untuk mengatakan pass ini sangat berbaloi tidak juga. Kerana tempoh pass ini adalah 7 hari dan harganya menghampiri harga Japan Rail Pass. Selain itu, jaringan pengangkutannya juga adalah terhad berbanding Japan Rail Pass.

12 Tahun Keatas : 24,000 Yen
**6~11 tahun separuh harga tiket diatas

Tokyo Free Kippu

Pass tiket untuk sehari ini hanya untuk kegunaan dalam bandar Tokyo dan sekitarnya sahaja. Pass ini boleh digunakan untuk local dan rapid JR line, Tokyo Metro dan beberapa syarikat pengangkutan lain.

Anda boleh semak di website rasminya dengan klik pada nama pass diatas. Berbaloikah? Itu pasti menjadi soalan utama. Berbaloi atau tidak bergantung pada corak perjalanan anda.

Mengikut pengalaman JPTG belum ada lagi kumpulan yang kami bawa didalam Tokyo kos pengangkutannya melebihi 1,200Yen. Terutamanya mereka yang berkeluarga, membawa anak kecil, dan yang paling hebat keluar dari penginapan jam 11 pagi atau lepas solat zohor.

Selain itu sehari anda mampu meneroka lebih kurang 3 tempat sahaja kerana menghabiskan masa menikmati setiap sudut yang ada. Jika anda seorang yang “asal sampai”, dan mampu menjelajah lebih dari 4 tempat sehari, anda perlu menggunakan pass ini.

12 Tahun Keatas : 1,590 Yen
**6~11 tahun separuh harga tiket diatas

Tokunai Pass

Pass ini hanya boleh diguna didalam Tokyo sahaja seperti Tokyo Free Kippu. Tetapi bezanya, ia hanya boleh digunakan untuk JR Line sahaja. Jika anda sangat mementingkan bajet dan sanggup berjalan jauh untuk ke stesen-stesen JR, anda boleh menggunakan pass ini.

Selain itu anda perlu memastikan setting di Apps anda betul atau anda akan tersalah Train Line syarikat lain dan terpaksa mengeluarkan duit untuk itu pula.

12 Tahun Keatas : 750 Yen
**6~11 tahun separuh harga tiket diatas

Mt. Fuji Shizuoka Area Tourist Pass Mini (3 Hari)

Pass ini amat jarang digunakan bagi pelancong yang datang dalam masa yang singkat. Pass ini khas untuk kawasan disekitar gunung Fuji. Anda tidak boleh menggunakan pass ini bermula dari Tokyo atau Osaka sekalipun.

12 Tahun Keatas : 18,000 Yen
**6~11 tahun separuh harga tiket diatas

N’EX TOKYO Round Trip Ticket

Jika anda ke Tokyo melalui Narita International Airport, terutamanya pengguna Malaysia Airline, anda sesuai menggunakan pass ini untuk perjalanan masuk ke Tokyo dan balik semula ke Narita International Airport.

Jarak Narita International Airport ke pusat Tokyo agak jauh berbanding Haneda International Airport. Anda boleh memilih untuk jimat kos atau jimat masa.

Jika anda lebih mementingkan kos, anda boleh menggunakan train local sahaja. Tetapi jika anda mementingkan masa, menggunakan laluan express lebih baik dan pastikan anda menggunakan pass ini.

Harga Round Trip:
12 Tahun Keatas : 4,000 Yen
**6~11 tahun separuh harga tiket diatas

Tobu Nikko Free Pass

Pass ini khas digunakan dikawasan Nikko. Masih kurang popular tetapi mungkin ada yang ingin menggunakannya.

Odakyu Enoshima Kamakura Free Pass

Kurang popular.

Kamakura Enoshima Pass – JR

Kurang popular.

Hakone Kamakura Pass – Odakyu

Kurang popular.

Hakone Free Pass

Jika anda ke Tokyo, Hakone adalah destinasi yang patut anda tuju terutamanya bagi pecinta alam. Semasa musim bunga dan musim luruh, permandangan sepanjang laluan ini sangat menarik & memukau mata anda.

Pass ini sangat sesuai digunakan jika anda tidak menggunakan kenderaan seperti kereta. Harganya juga berbaloi jika dibandingkan anda membeli tiket tanpa pass.

Pass ini boleh digunakan selama 2 hari & 3 hari bergantung pada keperluan anda. Anda boleh baca lebih lanjut mengenai pass ini didalam website rasmi Odakyu disini.

Harga daripada Shinjuku Station;
12 Tahun Keatas : 5,140 Yen
6-11 Tahun : 1,500 Yen

Fuji Hakone Pass

Pass ini bukan sahaja boleh digunakan untuk ke Hakone, malah untuk ke kawasan popular Kawaguchi Lake & 4 tasik lain dilembah gunung Fuji. Pass ini boleh digunakan selama 3 hari berturut-turut dan anda boleh semak laluan yang boleh digunakan di website rasminya disini.

12 Tahun Keatas : 5,140 Yen
6-11 Tahun : 1,500 Yen

Ito Free Pass / Ito Kanko Free Pass

Pass yang kurang popular kerana kawasan Ito agak kurang menarik setakat ini. Tetapi jika anda ingin menjelajah sendiri ke tempat baru anda boleh cuba pass ini.

12 Tahun Keatas : 4,400 Yen
6-11 Tahun : 2,190 Yen

Tokyo Subway Ticket

Tiket ini boleh digunakan untuk kesemua Subway (Tokyo Metro & Toei Line) di Tokyo kecuali JR line. Anda akan dikenakan caj lain jika ternaik train JR line walaupun menggunakan tiket ini.

Adakah berbaloi menggunakan tiket ini? Mengikut pengalaman kami ia tidak berbaloi kecuali anda membeli tiket untuk 3 hari & digabung dengan IC Card untuk JR line, dan anda memang akan meluangkan masa selama 3 hari di Tokyo. Bergantung pada tahap pergerakkan anda.

1 Hari : 800 Yen
2 Hari : 1,200 Yen
3 Hari : 1,500 Yen

Toei and Tokyo Metro One-Day Economy Pass

Tiket ini sama juga seperti diatas, boleh digunakan untuk kesemua Subway (Tokyo Metro & Toei Line) di Tokyo kecuali JR line. Pass ini boleh digunakan oleh semua orang dan boleh dibeli dimana-mana stesen di Tokyo.

1 Hari : 900 Yen

Tokyo Metro 24-Hour Ticket

Tiket ini boleh digunakan untuk kesemua Tokyo Metro di Tokyo kecuali JR line & Toei line. Boleh dibeli dengan mudah dimesin tiket disetiap stesen.

1 Hari : 600 Yen

Toei One-Day Pass

Tiket ini pula hanya untuk Toei line sahaja, tidak boleh digunakan untuk JR line dan subway Tokyo Metro.

1 Hari : 700 Yen

TRAIN PASS DI KANTO & TOHOKU


JR East-South Hokkaido Pass

JR Tohoku-South Hokkaido Rail Pass

JR East Pass (Tohoku Area)

TRAIN PASS DI KEPULAUAN HOKKAIDO


JR Hokkaido Rail Pass

JR Hokkaido Free Pass

Subway 1-Day Card (830 yen)

Donichika Ticket (520 yen)

KAWASAN CHUBU


Alpine-Takayama-Matsumoto Area Tourist Pass

Tateyama Kurobe Option Ticket

JR Hokuriku Area Pass

JR Aozora Free Pass

KAWASAN CHUGOKU


JR Sanyo Sanin Area Pass

JR Sanyo Sanin Northern Kyushu Pass

JR Kansai Hiroshima Area Pass

JR Okayama Hiroshima Yamaguchi Area Pass

JR Hiroshima Yamaguchi Area Pass

JR Sanin Okayama Area Pass

JR Setouchi Area Pass

KAWASAN SHIKOKU


All Shikoku Rail Pass

JR Shikoku Free Kippu

KAWASAN KYUSHU


Kyushu Rail Pass

SHARE

25 thoughts on “JENIS JR PASS, SUBWAY PASS, TOURIST PASS DLL

  1. salam…
    saya akan ke japan 8 hari..and akan turun haneda airport..untuk 2 nd day, saya nak ke shirakawago dan menginap di takayama. so dr tokyo ke takayama..pass ape yang sesuai saya beli? dan selepas tu..saya akan balik ke tokyo semula.. hari ke 4 saya nak ke kawaguchiko lake and mount fuji sighseeing.. (pass ape yang sesuai utk saya pakai)…dan untuk saya jalan2 di tokyo..pass ape yang sesuai utk dipakai.. adakah saya perlu beli pass berlainan utk ke takayama, mount fuji dan jalan2 di dalam tokyo? mohon bantuan saudari…

    1. Boleh guna Hokuriku Arch Pass atau JR Pass 7 hari tu lagi bagus. JR Pass 7 hari tu boleh guna kemana2 incase nak tukar jadual.

      1. Salam,
        Nai tanya, bolehkah kami beli jr tokyo wide pass semasa tiba di narita airport tanpa membuat tempahan online sebelum datang ke jepun.

  2. Salam,
    Saya akan menjalani training selama 14 hari. Saya akan tiba di Haneda dan akan menginap di Ikebukuro. Pass apa yg sesuai? Utk 10 hari seterusnya, saya akan bergerak pergi dan balik dari Ikebukuro Station ke Ochanomizu station. Pass apa yg sesuai? Pada hujung minggu iaitu pd hari Sabtu dan Ahad, saya ingin berkunjung ke Nikko dan Kawaguchi Lake utk view Mt Fuji. Pass apa yg sesuai? Sabtu dan Ahad seterusnya saya akan cuba utk melawat Shinjuku, shibuya, harujuku, ueno,akihabara, asakusa. Pass apa yg sesuai. Terimakasih .

    1. Ikebukuro Station < --> Ikebukuro : Tak perlu apa-apa pass. Guna ic card je.

      Tokyo – Nikko – Fuji : Boleh guna Tokyo Wide Pass

      Dalam Tokyo sahaja ada banyak pilihan.
      Tokyo Free Kippu
      Tokunai Pass
      Tokyo Subway Ticket 1/2/3 hari
      Tokyo Metro 24-Hours
      **Setiap tiket ni ada line tertentu je boleh naik.
      **Taknak pening pakai je IC Card. Senang

  3. salam,
    kalau untuk trip tokyo-osaka return, jalan2 bandar tokyo,mount fuji, osaka dan kyoto.
    Apa suggestion admin untuk pass? cukup JR pass shj atau sy perlu ambil pass lain seperti osaka amazing pass.

    1. Tokyo Osaka kami dah berikan penjelasan dalam post diatas.

      Ada beberapa situasi membuatkan anda sesuai menggunakan pass ini;

      • Tiket penerbangan anda mendarat dan berlepas di Tokyo sahaja dan anda mahu berjalan hingga ke Osaka beberapa hari dan patah balik ke Tokyo.
      • Sama situasi seperti diatas, tetapi anda mahu ke Hokkaido menggunakan kenderaan darat pergi dan balik dalam masa singkat.
      • Ahli anda kurang dari 5 orang, dan mahu menjejaki lebih 5 negeri di Jepun. Jika lebih dari 5 orang , kos keseluruhan anda membeli pass ini boleh menggunakan servis private guide yang akan menggunakan kereta.

    2. Untuk pass lain dalam bandar bergantung pada bajet sendiri. Bagi kami tak perlu sebab kami tahu selok belok di Jepun. Bagi pelancong tanpa guide mungkin perlu supaya bila sesat dalam bandar kos ditampung oleh pass.

  4. Salam. Saya Dan rakan2 4 org akan ke jepun lusa 27.8.
    Jadi jumlah kami 5 org.Boleh Kah kami gunman private servis dgn kereta. Apa maksudnya dgn kereta?
    Terima kasih. Jazakallah khaira

    1. Maaf tuan soalan tak berapa jelas. Gunman elok guna private transport dan guide berbahasa Jepun. Kalau naik public transport alamatnya ke lokap nanti.

  5. Assalamualikum tuan,
    Saya satu backpackers akan ke jepun 11 hari, termasuk perjalan pergi balik. Saya akn masuk melalui Haneda airport dan menginap di tokyo 4 hari, dan hari keempat akn ke nagano untuk ke Tateyama Kurobe Alpne Route dan turun ke Toyama. Saya akn bermalm satu mlm di Toyama dan keesokan hari akn pergi ke osaka(kyoto dan nara) bermlm 5 hri dan akan keluar melalaui osaka kansai airport. Mohon pencerahan dri pihak tuan, pass mana yg sesuai untuk saya dan my team? Terima ksih

    1. Pakai JR Pass Nation Wide 7 hari dan beli Tateyama Kurobe Option Tiket One Way. Guna JR Pass tu mula dari hari nak keluar dari Tokyo.

  6. Assalamu’alaikum
    Penerbangan saya kl osaka dan osaka kl
    Sampai osaka saya terus ke tokyo 9 hari dan dari tokyo ke osaka 8 hari dan balik kl….5 dewasa 2 kanak2
    Pass apa yg sesuai

    1. Bergantung pada itinerary. Untuk ulang alik Tokyo-Osaka elok guna 7 Day Nationwide JR Pass, tapi tarikh Osaka ke Tokyo dan patah semula ke Osaka kena dalam masa 7 hari. 9 hari dah tak boleh. Kalau 9 hari tu elok beli tiket biasa je tanpa JR pass. Kos semestinya tinggi. 17 hari di Jepun ni kalau salah susun itinerary boleh habis simpanan. Hati-hati ye.

  7. KALAU SAYA NK MENGINAP DI SEKITAR BANDAR SAHAJA DAN AKAN MENGGUNAKAN TRAIN UNTUK KE AKIHABARA, SHINJUKU, UENO, TOKYO DISNEYLAND DAN NAK KE STESEN BAS UNTUK KE MOUNT FUJI-(TEMPOH LAWATAN SELAMA 6 HARI), TIKET APA YNG SESUAI UTK COVER SELURUH TEMPAT INI?

  8. Hai admin, boleh minta pandangan?

    Group sy akan ke osaka dari narita (cdgn JR Pass 7 day nationwide) , stay osaka 4 hari (cdgn Osaka Amazing Pass 1 hari) , stay kyoto 2 hari (minta cdgn admin utk guna pass apa) , balik ke tokyo hari ke 6 ( JR Pass), MT Fuji day trip (JR Pass), tokyo 5hari (minta cdgn admin utk guna pass apa). Trima kasih admin 🙏🏻

    1. Kalau dah guna JR pass tak perlu bazirkan duit lagi beli pass lain. Kalau itinerary betul boleh lagi jimat. Cukup ada JR Pass & IC card (suica/pasmo/etc). Pass lain bergantung pada itinerary. Tak semestinya ke Jepun kena wajib pakai pass itu dan ini.

  9. Hi Admin,

    Saya ke japan November 2019 untuk 15 hari, Seminggu lagi. Nak minta pencerahan min, Saya dah beli (7day JR PASS NATIONWIDE) . Bila tengok balik train Nozumi & mizuho xcover untuk 7daysJR WIDEPASS . Tapi kebanyakan train saya nampak je TOKAIDO -SANYO SHINKASEN NOZOMI walaupun dari TOKYO HANEDA KE OSAKA. macamana nak baca route train ni ya min . Kiranya dari osaka nak ke Nagoya, Hiroshima & Hitachi seaside park mmg xcover under 7day JR Pass ni ke cemana ? tqsm min

  10. Hi Admin,

    Saya akan ke Tokyo pada 27/12/2019 sehingga 4/1/2020. Saya akan tiba di Narita Airport pada jam 17.30pm dan akan menetap di Yokohama untuk 1 malam. 28/12 saya check in di Kawasaki untuk 7 malam , antara tempat yang akan dikunjungi adalah Odaiba, Shinjuku, Disneysea, Ueno. Ticket apa yang sesuai untuk cover tempat yang akan dikunjungi

    1. Kenapa membazirkan masa dan kos train duduk jauh dari Tokyo. Kalau tengok pada list tempat nak pergi tu baik duduk dalam Tokyo je, tak perlu guna pass kalau susun itinerary betul2. Yokohama & kawasaki bukan tempat strategik untuk menginap.

  11. hi admin,
    sy akn bercuti ke sana dlm 5d4n only n turun kansai airport. apartment di namba n bercadang nk ke sekitar osaka, kyoto. USJ pulak akn pi sepanjang hari hari last tu…so mn yg sesuai utk sy guna ya? kami pergi 3 org sahaja.

    1. Tengok pada itinerary. Kalau banyak tempat nak pergi boleh ambik kansai thru pass atai osaka amazing pass. Kalau relek dan santai tak perlu ambik apa2 pass. Guna IC card je lagi jimat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *