Japan Travel - Japan Travel Guide - Travel to Japan - Melancong ke Jepun

BILAKAH TARIKH SESUAI MELANCONG KE JEPUN?

TIP PERJALANAN

Kali ini Japan Pro Travel Guide mahu kongsikan cara pemilihan tarikh yang sesuai untuk ke Jepun. Bagaimana cara terbaik untuk memilih tarikh ke Jepun? Ada 6 perkara yang perlu anda semak sebelum membeli tiket penerbangan.

#1 PILIH 4 MUSIM 

Musim apa yang anda mahu? Sejuk (winter), luruh (autumn), panas (summer) atau bunga (spring). Setiap musim ini melibatkan tempoh siang/malam, suhu dan permandangan. Jika anda lebih suka permandangan yang berbeza dengan Malaysia, jadi pilihlah selain musim panas. Tetapi sebaliknya di Hokkaido, musim panas merupakan masa terbaik untuk kesana.

Walaupun Jepun adalah sebuah negara kecil, tidak sebesar China & US, kesan perubahan musim tetap berbeza mengikut kawasan & geografi. Sebagai contoh, pada awal Disember, boleh dikatakan sudah memasuki musim sejuk. Tetapi dikawasan seperti Osaka & Tokyo mustahil untuk anda berpengalaman melihat salji tetapi tetap sejuk. Di kawasan pergunungan Nagano & Niigata salji sudah mula menebal semasa awal Disember.

Begitu juga di Hokkaido, berkemungkinan salji hanya turun sedikit sahaja pada awal Disember di kawasan Sapporo. Sebaliknya dikawasan seperti Asahikawa (jarak hanya 140km dari Sapporo), salji sudah teramat tebal hingga beberapa jalan sudah ditutup dan tasik mula membeku. Untuk lebih lanjut mengenai perbezaan musim & geografi ini, anda perlu lanjutkan bacaan di post “4 Musim & Geografi

#2 TETAPKAN TARGET/TUJUAN UTAMA KE JEPUN

Hal target dan tujuan ini sangat penting dalam menetapkan masa. Jika anda meminta servis “private guide” daripada kami, tujuan utama & target anda mahu ke Jepun adalah soalan pertama untuk memudahkan kami menyusun itinerary dan memilih masa yang sesuai untuk anda. Jika anda lebih kepada melihat perbezaan & kecantikan alam semula jadi, kami lebih mencadangkan anda memilih musim bunga, luruh & sejuk.

Tetapi jika anda lebih sukakan “urban city”, taman tema, shopping dan tempat tarikan disekitar bandar sahaja, pertengahan musim bunga sehingga pertegahan musim luruh adalah waktu yang terbaik. Dalam tempoh itu suhu tidak begitu sejuk untuk anda bersantai di luar & tempoh siangnya lebih panjang.

#3 SEMAK HARGA TIKET PENERBANGAN

Harga tiket juga memberi kesan untuk anda memilih tarikh. Mungkin tidak terkesan bagi mereka yang tidak kisah dengan harga tiket asalkan selesa & dapat tarikh yang dikehendaki.

Bagi mereka yang lebih memikirkan soal bajet, memilih tiket yang menawarkan harga terbaik adalah pilihan utama. Apabila perkara pertama, kedua & keempat selesai, semakin mudah untuk anda pilih tarikh mengikut tawaran harga.

#4 ANGGARAN “PEAK SEASON” 

Jika anda betul-betul mahu mengejar “peak season” untuk musim bunga & luruh, anda perlu tahu bilakah anggaran tarikh “peak season” itu bermula dan berakhir. Hal ini telah kami terangkan dalam post “4 Musim & Geografi“.

Agak rugi jika anda mahu melihat bunga sakura, tetapi memilih tarikh yang salah. Jadi anda akan kecewa dengan hanya dapat melihat putiknya sahaja ataupun taburan kelopak ditanah.

#5 SEMAK CUTI UMUM MALAYSIA & JEPUN

Semak cuti umum ini perkara biasa terutamanya mereka yang mahu bawa anak-anak sekali melancong ke Jepun. Promosi tiket kapal terbang biasa dibuat untuk musim cuti umum, adakalanya tiket semasa cuti umum teramat mahal. Kemudian, semak juga cuti umum di Jepun. Jika anda mahu ke tempat seperti Tokyo Disneyland/Disneysea & Universal Studio Japan, kami cadangkan anda elak hari cuti umum Jepun kerana anda akan banyak membuang masa berbaris didalam nanti.

#6 KALAU BERMAJIKAN, TANYA BOS DULU BOLEH CUTI ATAU TAK?

Yang terakhir ini, anda sendiri semestinya sudah tahu. Jadi tak perlu kami bagi cadangan bagaimana cara dapatkan cuti dari majikan dengan mudah.

Sekian untuk perkongsian kali ini, sekiranya anda masih keliru memilih tarikh jadi hubungi sahaja kami untuk bantuan. Jika anda perlukan servis “private guide” daripada kami selepas selesai mendapatkan tiket penerbangan, sila whatsapp ke inbox kami “flight itinerary”, bilangan ahli, umur kanak-kanak jika ada & tujuan/target anda.

SHARE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *