PENERBANGAN KE JEPUN MENGGUNAKAN ALL NIPPON AIRWAYS (ANA)

TIP PERJALANAN

Post kali ni kami nak kongsikan perjalanan menggunakan All Nippon Airways (ANA). Kalau menggunakan MAS atau Airasia X ke Jepun dah biasa kan? Kadang-kadang ANA ada buat jualan tiket murah ke Jepun. Nak dikatakan murah sangat tak juga, harganya sangat berbaloi dengan kualiti servis krew mereka.

ANA ni salah satu syarikat penerbangan gergasi di Jepun. Dan servis diorang pun memang terbaik. Bila menggunakan penerbangan syarikat Jepun ni, dalam kepala agak risau hal bagasi, cara check in dan lain-lain. Al maklumlah Jepun ni terlalu tegas dan lurus.

Kali ni kami akan kongsikan perjalanan kami menggunakan ANA dari Kuala Lumpur ke Tokyo. Berlepas dari KLIA ya, bukan di KLIA 2. Jangan tersilap lapangan terbang.

Semasa book tiket online, jangan lupa cek bahagian muslim meal. Jadi anda dah tak perlu risau lagi hal makanan diatas flight nanti. Dijamin halal.

Memandangkan manager JPTG pun pertama kali menggunakan ANA kali ni, kami pesan untuk ambil gambar sebanyak mungkin. Malangnya hanya 4 gambar diberi. Katanya tak tahu apa yang special atas flight tu. Krik krik… ANA tak best ke?

Menggunakan All Nippon Airways ANA
Check in macam biasa macam flight lain

Berat bagasi & bilangan bagasi ANA?

Berat bagasi dan bilangan bagasi bergantung pada kelas penerbangan anda. First class lebih daripada Economy class. Bagasi tak boleh terlalu besar. Panjang + lebar + tinggi tak boleh lebih 158cm. Dan juga tak boleh terlalu berat.

First Class
Bilangan Maksimum Bagasi : 3 PCS
Berat Maksimum 3 PCS : 32kg x 3 (96kg)
Hand Carry : 10kg x 1 PCS Sahaja

Business Class
Bilangan Maksimum Bagasi : 2 PCS
Berat Maksimum 2 PCS : 32kg x 2 (64kg)
Hand Carry : 10kg x 1 PCS Sahaja

Economy Class
Bilangan Maksimum Bagasi : 2 PCS
Berat Maksimum 2 PCS : 23kg x 2 (46kg)
Hand Carry : 10kg x 1 PCS Sahaja

Menggunakan All Nippon Airways ANA
Muslim meal akan ditanda pada seat

Seat selesa, sama seperti MAS. Cuma ada satu benda yang agak mengganggu tumpuan didalam flight. Overhead locker diatas kepala bergoncang-goncang sepanjang perjalanan. Bising dan sangat annoying. Dalam kepala takut bag terkeluar dari overhead locker tu.

Pergi dan balik keadaannya sama. Mungkin design flight tersebut memang begitu. Penyelesaiannya beli sahaja penyumbat telinga yang sangat membantu.

Menggunakan All Nippon Airways ANA
Makanan satu set terlalu banyak sampai tak habis. Ada yang sedap ada benda yang tak kena tekak.
Menggunakan All Nippon Airways ANA
Ada tanda Halal dari badan Nippon Asia Halal Association (NAHA)
SHARE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *