PENERBANGAN KE JEPUN MENGGUNAKAN PHILIPPINE AIRLINE

TIP PERJALANAN

Post kali ini kami nak kongsikan pengalaman dan review berkenaan Philippine Airline. Ada dikalangan anda yang nak ke Jepun mencari tiket termurah kan? Skyscanner terutamanya akan memberi cadangan Philippine Airline sebagai pilihan termurah.

Dari Kuala Lumpur transit di Manila dan tukar penerbangan lain ke Jepun. Persoalan popular termasuk kami juga dulu, adakah selamat menggunakan Philippine Airline? Best ke guna Philippine Airline? Macam mana cara book dan cara check in Philippine Airline dan macam mana pula dengan berat & bilangan bagasi?

Kami kongsikan perjalanan krew kami dari Kuala Lumpur ke Manila, dan dari Manila ke Tokyo. Kos 2 hala KUL-HND adalah RM1600! Wow mahal juga! Harga yang dibeli termasuk 46kg bagasi dan juga 4 kali makanan.

Tak tuan puan, tarikh penerbangan 22 Mac adalah tepat pada musim sakura mula mengembang di Tokyo. Bermakna peak season untuk musim bunga di Tokyo. Harga tiket syarikat penerbangan lain masa ni sekitar RM3000~5000.

Berat bagasi dan bilangan bagasi Philippine Airline?

Berat dan bilangan bagasi untuk Philippine Airline berbeza mengikut negara yang di tuju. Untuk ke Jepun, berat bagasi 46kg untuk dua buah bagasi sahaja.

2 PCS : 23kg x 2 (46kg)
1 PCS : Maksimum 32kg sahaja
Hand Carry : 7kg

Bagasi maksimum boleh bawa 46kg + 7kg sahaja. Dan perlu diambil perhatian bagasi tak boleh lebih dari 2 bagasi. Kalau bawa satu bagasi sahaja, tak boleh lebih daripada 32kg. Maknanya anda akan rugi 14kg kalau bawa satu bagasi sahaja.

Semasa check in di KLIA atau di Jepun (semasa balik) anda boleh minta untuk transitkan bagasi tanpa perlu ambil di Manila jika tak perlukan apa-apa dari bagasi anda. Sediakan sikit roti atau makanan ringan dalam hand carry sementara menunggu flight di Manila nanti.

Kuala Lumpur ke Manila memakan masa 4 jam. Dari Manila ke Tokyo juga memakan masa 4 jam. Bestnya tak terasa penat duduk dalam flight. Kalau direct flight 7 jam, memang betul-betul penat walaupun guna MAS, ANA. Kalau economy seat Airasia jangan dikenang.

Transit di Manila anda boleh pilih untuk transit lama atau sekejap. Kami cadangkan pilih transit sekitar 5 jam. Tak terlalu lama dan tak terlalu sekejap. Kalau pilih transit yang singkat, kita takut ada kecemasan sementara pertukaran flight boleh menyebabkan anda tertinggal flight seterusnya.

Di Manila kita kena ke transfer kaunter walaupun kita plan nak keluar dari airport sebab tempoh menunggu yang lama. Jadi jangan ikut orang lain yang nak masuk Filipina.

Perlu diingatkan, tiada makanan halal di Airport Manila. Kalau anda transit melebihi 5 jam, dan nak keluar dari airport, wajib kena tempah penginapan hotel terlebih dahulu dan bawa dokumen bukti tempahan hotel. Baru immigration benarkan anda keluar daripada airport. Tak perlu visa.

Semasa di transfer kaunter, kalau pegawai bertugas minta tunjukkan visa masuk ke Jepun. Hanya nyatakan Malaysia tidak perlukan visa (Free visa 90 hari) untuk ke Jepun. Ada diantara pegawai mereka yang tak tahu hal visa Malaysia ke Jepun.

Kuala Lumpur ke Manila memakan masa 4 jam perjalanan
Manila ke Tokyo memakan masa 4 jam perjalanan

Adakah makanan Philippine Airline halal?

Semasa tempah tiket penerbangan online, anda cari di “special request” dan pilih siap-siap option “muslim meal”. Makanan dari Kuala Lumpur ke Manila dikatakan disediakan oleh syarikat Brahim. Jadi kesemua penumpang diberi makanan yang sama.

Tetapi makanan untuk penerbangan dari Manila-Tokyo, Tokyo-Manila & Manila – Kuala Lumpur, muslim meal diberi secara berasingan dari penumpang lain. Makanan halal akan dihidang terlebih dahulu.

Philippine Airline setaraf dengan Malaysia Airline. Semua disediakan termasuk bantal, selimut dan earphone. Nak tengok movie sepanjang perjalanan pun boleh. Yang lagi best, setiap flight disediakan paparan GPS arah kiblat.

Tokyo ke Manila
Bantal, selimut, earphone diberi
Boleh solat di ruangan menunggu semasa transit. Jangan takut takde yang datang tembak kita solat.
SHARE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *