Japan travel guide. Menyediakan khidmat ground travel / tour guide di Jepun kepada mereka yang melancong ke Jepun tak kira percutian bajet, sederhana atau mewah. Kami juga menyediakan tip percutian ke Jepun dan juga contoh itinerary melancong ke Jepun melalui travelog.

TIP MENCARI PENGINAPAN DI JEPUN

TIP PERJALANAN

Selepas mendapatkan tiket penerbangan, urusan kedua yang biasa dibuat ialah mendapatkan penginapan berdasarkan itinerary yang telah anda susun. Pemilihan penginapan tidaklah susah, yang penting anda tahu kehendak sendiri, bajet & lokasi yang sesuai. Terdapat 2 pilihan utama anda untuk memilih penginapan.

HOTEL & HOSTEL

Hotel dan hostel mudah dicari di Jepun. Tak sesukar dahulu, kerana orang Jepun sudah ramai menggunakan platform international seperti booking.com, traveloka, agoda & lain-lain. Bagi backpackers yang lebih mementingkan bajet, booking.com banyak menyediakan hotel-hotel bajet yang cukup sekadar untuk meletakkan kepala dimalam hari.

Kalau anda belum memiliki akaun booking.com, daftar segera dan dapatkan 10% diskaun untuk penginapan pertama. Pendaftaran mudah dalam masa 2 minit, klik butang daftar dibawah dan sign up sahaja dengan akaun Facebook.

Agoda & Booking.com sebenarnya dibawah satu syarikat. Mereka hanya membezakan interface setiap website. Agoda lebih menjadi pilihan terbaik kerana hotel atau hostel yang tersenarai didalam Agoda adalah lebih berkualiti berbanding Booking.com. Adakalanya hotel yang sama tetapi harga berbeza bagi kedua-dua website. Maka gunalah trivago untuk membuat perbandingan harga.

Pro

  • Banyak pilihan
  • Pelbagai harga & lokasi
  • Banyak hotel berdekatan dengan stesen pengangkutan awam
  • Lebih selamat & kemudahan dijamin

Con

  • Tidak boleh memasak
  • Tiada ruang solat/ruang yang sempit
  • Boleh jadi mahal terutama tempah saat akhir
  • Murah sangat masalah pada kemudahan seperti bilik mandi

HOMESTAY

Ini pilihan terbaik untuk mereka yang berkeluarga atau kumpulan yang sedikit besar. Homestay boleh dikatakan lebih jimat dan lebih sesuai dengan budaya kita warga Malaysia.

Anda boleh dapatkan senarai homestay daripada Agoda Home & AIRBNB. Agoda masih baru dalam menyediakan homestay, jadi homestay yang ada masih tiada review yang boleh dijadikan rujukan. Sebaliknya, AIRBNB sudah lebih daripada 5 tahun menapak di Jepun walaupun secara illegal. Homestay didalam senarai AIRBNB kebanyakkannya sudah mempunyai review dari pelanggan sebelum ini, maka tidak menjadi kerisauan untuk anda memilih yang terbaik.

Jika anda pertama kali mendengar AIRBNB, anda boleh daftar menggunakan butang dibawah dan dapatkan diskaun RM288 dan keatas untuk penginapan pertama anda. Pengguna AIRBNB adalah satu dunia & semestinya anda boleh dapatkan homestay dinegara-negara lain seperti UK, New Zealand, Australia dan lain-lain.

Pro

  • Sesuai dengan budaya Malaysia
  • Lengkap dengan dapur dan lain-lain
  • Lebih jimat (bergantung pada pilihan)
  • Merasai cara hidup orang Jepun dengan lebih dekat

Con

  • AIRBNB masih bermasalah dari segi perlesenan di Jepun
  • Terdapat beberapa isu seperti tempahan dibatalkan & homestay tidak seperti diiklankan
  • Tidak boleh terlalu bising
  • Potensi dimarahi jiran atau polis jika terlalu bising
  • Isu kebersihan kelengkapan tempat tidur & peralatan dapur
  • Homestay kebanyakkan dijalankan oleh warga asing seperti China & Korea

TIP-TIP ASAS MEMILIH PENGINAPAN

  • Beli tiket penerbangan terlebih dahulu
  • Susun itinerary anda dengan baik
  • Pilih lokasi yang mudah untuk anda bergerak
  • Jangan pilih penginapan yang terlalu murah & pastikan anda semak review terlebih dahulu
  • Terlalu murah kebiasaan, bermasalah atau terlalu banyak bad review
  • Pilih jarak kurang dari 500 meter dengan stesen kenderaan awam
  • Jangan kerana murah anda pilih jauh dari bandar, kerana buang masa & kos pengangkutan
  • Pastikan terdapat private bathroom jika anda tidak suka backpackers style
  • Hubungi hotel/homestay  terlebih dahulu jika ada keraguan
SHARE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *