PERCEPATKAN URUSAN DI IMMIGRATION & KASTAM KETIKA MASUK KE JEPUN

TIP PERJALANAN

Kali ini kami kongsikan lagi satu tip melancong ke Jepun. Sebelum mendarat di Jepun, kebiasaannya krew penerbangan akan mengedarkan 2 borang kecil, iaitu Disembarkation Card dan Custom Declaration. 2 borang ni sangat penting semasa anda melepasi immigration dan kastam Jepun nanti.

Pastikan anda mengetahui nama hotel, alamat penginapan, dan nombor telefon penginapan. Sila print screen atau print booking confirmation, kadang kala di immigration mereka minta secara random.

Bagi mereka yang menggunakan khidmat guide, pastikan pihak pengurusan sudah berikan maklumat penginapan kepada anda sebelum penerbangan ke Jepun. Jangan lupa juga print screen atau print itinerary yang diberikan untuk rujukan dibahagian immigration andai diminta.

Sebelum mendarat pastikan anda sudah mengisi borang ini dengan betul dan jangan lupa SIGN. Sebarang kesilapan anda akan diminta berbaris semula. Kalau orang tak ramai tak menjadi masalah. Kalau ramai anda akan buang masa berejam dibarisan.

Panduan mengisi disembarkation card seperti dibawah. Setiap ahli keluarga atau kumpulan wajib mengisi kad ini. Pada bahagian nama setakat ini tidak menjadi masalah jika anda keliru dengan Family Name / Given Name. Boleh tulis sebaris sahaja seperti mana tertulis pada passport.

Home address tak perlu terlalu panjang, cukup sekadar negara dan negeri. Pada bahagian tujuan tick pada kotak “Tourism” sahaja. Tak perlu tick pada kotak lain walaupun anda datang nak menyelam barang-barang dikedai used Jepun.

Bahagian nama hotel dan nombor telefon hotel ni yang paling penting. Anda boleh tersangkut dan disoal siasat panjang lebar kalau tak diisi atau diragui. Kalau menginap lebih dari satu penginapan, cukup isi penginapan malam pertama sahaja.

Jangan MENIPU! Andai anda diragui, mereka akan siasat dan hubungi hotel tersebut. Jadi jangan memanjangkan masalah.

Disembarkation Card Japan

Kalau anda tak pernah melakukan jenayah, dan takde kaitan dengan jenayah di Jepun tick je “No” pada kotak 1, 2, 3. Kemudian SIGN. Beri bersama passport ketika memasuki kaunter immigration nanti.

Borang custom declaration tak perlu diberi pada pegawai immigration. Selepas anda ambil bagasi, sebelum keluar ke arrival hall, serahkan pada pegawai kastam. Jika mereka minta untuk periksa bagasi atau beg anda sila beri kerjasama.

Jika ditanya sahaja apa dalam bagasi, nyatakan perkataan yang general dan mudah difahami seperti “cloth” and “fast food”. Jangan panjangkan cerita dengan “Baju kurung”, “Baju Melayu”, “Rendang”, “Serunding” dan apa-apa perkataan yang membuatkan pegawai kastam Jepun tu tak faham.

Kalau mereka tak faham, maka satu bagasi anda akan dikorek dan dah memakan masa lagi. Declare barang yang anda bawa seperti stok rokok seminggu, duit cash yang melebihi 1 Juta Yen (+-RM38,000) didalam borang.

Japan Custom Declaration

Sebelum datang sila ambil perhatian bahagian PROHIBITED ITEMS dan RESTRICTED ITEMS memasuki Jepun. Prohibited items, barang yang terus dilarang memasuki Jepun, kalau dibawa memang terus ke penjara baru bicara. Restricted items, perlu memiliki permit atau sijil quarantine sebelum memasuki Jepun.

PROHIBITED ITEMS (DILARANG TERUS)

  • Dadah, ganja dan seangkatan dengannya
  • Senjata api seperti pistol dll
  • Bahan letupan atau senjata kimia
  • Duit, cek atau kad kredit palsu
  • Bahan atau barang lucah (Porno)
  • Barang copy atau cetak rompak

RESTRICTED ITEMS (PERLUKAN PERMIT)

  • Senjata memburu, pedang dll
  • Binatang, tumbuhan yang dilindungi
  • Binatang atau tumbuhan hidup
  • Produk dari daging atau daging
  • Sayur, buah, beras dll
  • Ubat dan barang kosmetik yang banyak

Permit perlu didapatkan sebelum terbang ke Jepun. Tetapi kalau dah terlajak tu anda boleh terus ke kaunter animal/plant quarantine sebelum ke kaunter kastam. Kalau bernasib baik, barang anda diberi kebenaran masuk. Kalau tidak, anda akan dikenakan denda.

SHARE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *