TIP MENGGUNAKAN TRAIN, MONOREL & SUBWAY DI TOKYO

TIP PERJALANAN

Post kali ni kami nak uraikan cacing-cacing besi di Tokyo yang datang dari kelompok Japan Railways (JR), Tokyo Metro, Toei Subway dan lain-lain syarikat swasta. Supaya anda yang tak ada bajet untuk menggunakan guide boleh berjalan kesini dengan lebih jimat tanpa banyak tersesat. Kalau anda tersesat banyak kali dan tersalah guna train, kos anda berkali ganda lebih mahal dari sepatutnya.

Kalau ada iklan pass train, flight atau apa-apa sales melibatkan perjalanan di Jepun dalam ruangan iklan jangan lepaskan peluang terus klik dan cek tawaran produk jualan mereka. Iklan-iklan tersebut timbul ikut apa yang tengah anda cari dan offer tersebut kadang kala tak masuk akal. Dan tenggelam timbul. Bila kita nak dia tak timbul.

Tak perlu kami terangkan terlalu mendalam hingga nama station dan lain-lain. Cukup sekadar tip asas supaya anda mudah faham dengan cepat kerana anda akan travel sementara atau hanya sebagai pelancong, bukan nak jadi seorang guide yang wajib tahu semua Line dan nama-nama station.

Apa yang perlu anda ambil tahu adalah 4 kelompok utama train/subway dan penggunaan pass/tiket.

13 LINES : JAPAN RAILWAYS (JR)

  • Yamanote Line [JY]
  • Keihin Tokoku Line [JK]
  • Chuo Line [JC]
  • Chuo/Sobu Line [JB]
  • Shonan Shinjuku Line [JS]
  • Keiyo Line [JE]
  • Tokaido Line [JT]
  • Yokosuka/Sobu Line [JO]
  • Utsunomiya/Takasaki Line [JU]
  • Saikyo Line [JA]
  • Joban Line Rapid [JJ]
  • Joban Line Local [JL]
  • Musashino Line [JM]

9 LINES : TOKYO METRO SUBWAY

  • Ginza Line [G]
  • Marunouchi Line [M/Mb]
  • Hibiya Line [H]
  • Tozai Line [T]
  • Chiyoda Line [C]
  • Yurakucho Line [Y]
  • Fukutoshin Line [F]
  • Hanzomon Line [H]
  • Namboku Line [N]
Simbol setiap line

4 LINES : TOEI SUBWAY

  • Asakusa Line [A]
  • Mita Line [I]
  • Shinjuku Line [S]
  • Oedo Line [E]

21 LINES : SYARIKAT SWASTA LAIN

  • Odakyu Line [OH]
  • Keio Line [KO]
  • Keio Iokashira Line [IN]
  • Keikyu Line [KK]
  • Keisei Line [KS]
  • Seibu Yurakucho/Ikebukuro Line [SI]
  • Seibu Shinjuku Line [SS]
  • Tokyu Den-en-toshi Line [DT]
  • Tokyu Oimachi Line [OM]
  • Tokyu Toyoko Line [TY]
  • Tokyu Meguro Line [MG]
  • Tokyu Ikegami Line [IK]
  • Rinkai Line [R]
  • Tokyo Monorail [MO]
  • Tobu Skytree/Kameido Line [TS]
  • Tobu Tojo Line [TJ]
  • Yurikamome Line [U]
  • Nippori Toneri Liner [NT]
  • Tokyo Sakura Tram [SA]
  • Tsukuba Express
  • Hokuso Line/Narita Sky Access Line [HS]

Anda tak perlu hafal atau ingat semua nama Line dan Station di Tokyo!

Kenapa tak perlu hafal? Sekarang zaman teknologi. Segalanya dihujung jari dan tak perlu bawa peta manual lagi. Cukup sekadar kenali Line tersebut datang dari kelompok mana sahaja, terutamanya bagi pengguna pass atau special ticket.

Anda yang tidak bercadang menggunakan apa-apa pass atau special ticket, boleh gunakan teknik yang kami sudah berikan. Dengan cara yang betul kos pengangkutan anda lebih jimat berbanding menggunakan apa-apa pass. Kami juga amat jarang menggunakan pass terutamanya didalam bandar.

Baca disini : Cara Membuat Smart Itinerary ke Jepun
Baca disini : Cara Membaca Route Google Map di Jepun

Anda yang menggunakan pass atau special ticket tertentu mungkin masih tertanya-tanya, pass ini boleh pakai ke kat Line ini dan Line itu? Sebenarnya penerangan mengenai pass/special ticket tersebut ada pada setiap tempat anda beli. Tetapi mungkin anda tidak faham kelompok-kelompok train tersebut. Jadi anda akan keliru.


PENGGUNAAN NATIONWIDE JR PASS DI DALAM TOKYO

Credit : Traveloka

JR Pass jenis ini boleh digunakan hampir kesemua train, bas dan ferry JR di Jepun dalam tempoh 7, 14 atau 21 hari. Di Tokyo, pass ini boleh digunakan untuk menaiki semua jenis Line di bawah kelompok Japan Railways (JR Lines) sahaja.

Tidak boleh digunakan pada kelompok Tokyo Metro Subway, Toei Subway dan syarikat swasta lain kecuali;

  • Tokyo Monorail (Boleh ke Haneda International Airport guna pass ini)

PENGGUNAAN JR TOKYO WIDE PASS DI DALAM TOKYO

Credit : JR East

JR pass ini sangat popular terutamanya semasa musim sejuk, yang mana pelancong ambil peluang gunakan pass ini untuk ke Yuzawa dan Karuizawa dari Tokyo. Dan dapat diskaun tambahan di Gala Yuzawa Ski Resort. Popular juga semasa musim luruh untuk ke Ibaraki, Nikko dan lain-lain. Hanya boleh digunakan selama 3 hari berturut-turut.

Di Tokyo, pass ini boleh digunakan untuk semua Line didalam kelompok Japan Railways (JR) dan boleh digunakan untuk ke Narita International Airport atau Haneda International Airport.

Tidak boleh digunakan pada kelompok Tokyo Metro Subway, Toei Subway dan syarikat swasta lain kecuali;

  • Tokyo Monorail (Boleh ke Haneda International Airport guna pass ini)
  • Rinkai Line (Shin-Kiba ~ Osaki)

Tip bagi pengguna pass ini pada hari terakhir sebelum balik ke Haneda International Airport, boleh singgah ke Odaiba City. Melalui Shin-Kiba Station atau dari Tennozu Isle Station, turun di Tokyo Teleport menggunakan Rinkai Line.

Kemudian boleh terus bergerak balik ke Haneda International Airport dari Tokyo Teleport ke Tennozu Isle (Rinkai Line) dan tukar ke Tokyo Monorail di Tennozu Isle terus ke Haneda International Airport.

PENGGUNAAN JR EAST PASS DI DALAM TOKYO

JR East Pass lebih luas kawasan penggunaannya berbanding JR Tokyo Wide Pass. Boleh digunakan selama 5 hari berturut-turut.

Sama seperti JR Pass lain, pass ini boleh digunakan untuk semua Line didalam kelompok Japan Railways (JR) dan boleh digunakan untuk ke Narita International Airport atau Haneda International Airport.

Tidak boleh digunakan pada kelompok Tokyo Metro Subway, Toei Subway dan syarikat swasta lain kecuali;

  • Tokyo Monorail (Boleh ke Haneda International Airport guna pass ini)

PENGGUNAAN TOKYO 1-DAY TICKET (TOKYO FREE KIPPU) DI DALAM TOKYO

Credit : JR East

Tiket ini boleh digunakan hampir kesemua kelompok Line di dalam pusat bandar Tokyo. Tetapi ia terhad dan ada sempadan terakhir untuk setiap Line terutamanya JR Lines. Caj tambahan akan dikenakan untuk station diluar sempadan tiket ini.

JR Lines

  • Yamanote Line [JY]
    • Semua Station
  • Chuo-Sobu Line [JB]
    • Nishi-Ogikubo Station [JB03] ~ Koiwa Station [JB26]
  • Chuo Line [JC]
    • Tokyo Station [JC01] ~ Nishi-Ogikubo Station [JC10]
  • Saikyo Line [JA]
    • Osaki Station [JA08] ~ Ukimafunado Station [JA17]
  • Utsunomiya/Takasaki Line [JU]
    • Ueno Station [JU02] ~ Akabane Station [JU04]
  • Keihin Tohoku Line [JK]
    • Kamata Station [JK17] ~ Akabane Station [JK38]
  • Shonan Shinjuku Line [JS]
    • Nishi-Oi Station [JS16] ~ Akabane Station [JS22]
  • Keiyo Line [JE]
    • Tokyo Station [JE01] ~ Kasai Rinkai Park Station [JE06]
  • Musashino Line [JM]
    • Tokyo Station [JM01] ~ Kasai Rinkai Park Station [JM06]
  • Yokosuka/Sobu Line [JO]
    • Nishi-Oi Station [JO16] ~ Shin Koiwa Station [JO23]
  • Joban Line Rapid [JJ]
    • Ueno Station [JJ01] ~ Kita Senju Station [JJ05]
  • Joban Line Local [JL]
    • Chiyoda Line ~ Ayase Station [JL19] ~ Kanamachi Station [JL21]

Tokyo Metro Subway

  • Ginza Line [G] : Semua Station
  • Marunouchi Line [M/Mb] : Semua Station
  • Hibiya Line [H] : Semua Station
  • Tozai Line [T] : Semua Station
  • Chiyoda Line [C] : Semua Station
  • Yurakucho Line [Y] : Semua Station
  • Fukutoshin Line [F] : Semua Station
  • Hanzomon Line [H] : Semua Station
  • Namboku Line [N] : Semua Station

Toei Subway

  • Asakusa Line [A] : Semua Station
  • Mita Line [I] : Semua Station
  • Shinjuku Line [S] : Semua Station
  • Oedo Line [E] : Semua Station

Syarikat Swasta Lain

  • Nippori Toneri Liner [NT] : Semua Station
  • Tokyo Sakura Tram [SA] : Semua Station

PENGGUNAAN TOKUNAI PASS DI DALAM TOKYO

Credit : JR East

Tokunai Pass ini hampir sama seperti Tokyo 1-Day Ticket. Tetapi Tokunai Pass hanya boleh digunakan untuk menaiki JR Lines didalam Tokyo sahaja dan ada sempadan terakhir bagi setiap Line. Caj tambahan akan dikenakan untuk station diluar sempadan tiket ini. Tidak boleh digunakan menaiki cacing besi kelompok lain sama sekali.

  • Yamanote Line [JY]
    • Semua Station
  • Chuo-Sobu Line [JB]
    • Nishi-Ogikubo Station [JB03] ~ Koiwa Station [JB26]
  • Chuo Line [JC]
    • Tokyo Station [JC01] ~ Nishi-Ogikubo Station [JC10]
  • Saikyo Line [JA]
    • Osaki Station [JA08] ~ Ukimafunado Station [JA17]
  • Utsunomiya/Takasaki Line [JU]
    • Ueno Station [JU02] ~ Akabane Station [JU04]
  • Keihin Tohoku Line [JK]
    • Kamata Station [JK17] ~ Akabane Station [JK38]
  • Shonan Shinjuku Line [JS]
    • Nishi-Oi Station [JS16] ~ Akabane Station [JS22]
  • Keiyo Line [JE]
    • Tokyo Station [JE01] ~ Kasai Rinkai Park Station [JE06]
  • Musashino Line [JM]
    • Tokyo Station [JM01] ~ Kasai Rinkai Park Station [JM06]
  • Yokosuka/Sobu Line [JO]
    • Nishi-Oi Station [JO16] ~ Shin Koiwa Station [JO23]
  • Joban Line Rapid [JJ]
    • Ueno Station [JJ01] ~ Kita Senju Station [JJ05]
  • Joban Line Local [JL]
    • Chiyoda Line ~ Ayase Station [JL19] ~ Kanamachi Station [JL21]

PENGGUNAAN TOKYO SUBWAY TICKET DI DALAM TOKYO

Tiket ini hanya boleh digunakan di Tokyo Metro Subway dan Toei Subway Line sahaja. Tidak boleh digunakan untuk JR Lines dan Line syarikat swasta yang lain. Jugak tidak boleh digunakan untuk kemana-mana airport terdekat sama ada Haneda ataupun Narita International Airport.

Tokyo Metro Subway

  • Ginza Line [G] : Semua Station
  • Marunouchi Line [M/Mb] : Semua Station
  • Hibiya Line [H] : Semua Station
  • Tozai Line [T] : Semua Station
  • Chiyoda Line [C] : Semua Station
  • Yurakucho Line [Y] : Semua Station
  • Fukutoshin Line [F] : Semua Station
  • Hanzomon Line [H] : Semua Station
  • Namboku Line [N] : Semua Station

Toei Subway

  • Asakusa Line [A] : Semua Station
  • Mita Line [I] : Semua Station
  • Shinjuku Line [S] : Semua Station
  • Oedo Line [E] : Semua Station

PENGGUNAAN IC CARD SUICA & PASMO DI DALAM TOKYO

Penggunaan IC Card adalah cara yang paling mudah sekali dah stress free. Konsep penggunaannya sama seperti Touch & Go di Malaysia. Tetapi anda mesti cekap merancang itinerary dan membaca peta secara manual atau digital.

Selain itu kad ini sangat menjimatkan masa, kerana anda tak perlu memilih Station tertentu seperti pass/special ticket. Guna sahaja mana-mana Station terdekat supaya tak banyak habiskan masa berjalan. Bas dan teksi didalam bandar Tokyo juga boleh gunakan kad ini. Mudah cerita, kad ini boleh diguna untuk semua jenis Line.

Bukan setakat untuk pengangkutan, anda juga boleh gantikan cash ditangan dengan kad ini supaya mudah untuk buat segala bayaran di convenience store, vending machine, mall dan juga dikedai-kedai. Kurang dapat duit syiling. Ringan poket.

Kad ini juga dapat diskaun untuk setiap perjalanan. Harga tiket jika dibeli satu per satu adalah lebih mahal berbanding menggunakan kad suica/pasmo.

Kami lebih suka menggunakan kad ini jika berjalan-jalan didalam bandar kerana sebenarnya ia lebih jimat terutamanya bersama keluarga atau anda jenis suka menikmati satu tempat tu lama ya amat.

Dan lagi satu untungnya menggunakan kad ini, bajet anda tidak terjejas jika berlaku sesuatu seperti ribut, gemba bumi, kemalangan yang menyebabkan sistem pengangkutan dan jadual anda terganggu.

Esok tak boleh nak kemana-mana, maka nilai didalam kad masih kekal sama. Tidak seperti pass/special tiket. Anda mesti memaksimumkan penggunaannya baru untung. Kalau sehari anda mampu pergi 1 hinga 2 tempat sahaja atau perjalanan tak seperti dirancang, tersangat rugi menggunakan pass/special ticket.

Apakah perbezaan Suica Card dan Pasmo Card?

SUICAPASMO
Deposit500 Yen500 Yen
Charge Permulaan1500 Yen500 Yen
Tempat JualJR Station / OnlineSelain JR / Online
Tempat Charge/TopupSemua StationSemua Station
Kawasan di TokyoSemua KawasanSemua Kawasan
Refund500 Yen + Baki – 220 Yen (Servis)500 Yen + Baki

Apa-apa pun kalau kad ini hilang, maka duit yang anda topup kedalam kad ini juga akan hilang. Sama juga seperti pass/special ticket. Jika hilang anda kena beli semula yang baru, tiada ganti sama sekali.

SHARE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *